Thursday, February 28, 2008

BN buat lagi pembangunan.. untuk kroni

BN mengulakan rakyat dengan projek pembagunan saperti bina rumah kos rendah,sekolah, masjid, jalan raya dan macam macam jenis pembagunan, segala projek pembangunan telah dibau oleh rakyat bertujuan masuk kantung kroninya. Bila ada pembangunan, kroni dapat untung tapi bangunan rendah kualiti dari bumbung bocor sehingga bangunan runtuh, pelajar sekolah sakit perut makan makan basi dan macam lagi. jika bumbung bocor lagi untung kroni, baiki bocor masuk lagi poket kroni kemudian naik kan cukai,naikan barang dan macam cara sedut duit rakyat.

Wednesday, February 27, 2008

Undi BN dapat 2,500 tapi rugi 25,000 lebih

BN mengulakan pengundi dengan memberi 2,500 dengan harapan mereka akan menyokong nya lagi, tidakkah pengundi terfikir duit itu datang dari mana, duit itu datang dari syarikat yang dapat keuntungan dari rakyat sendiri, syarikat saperti Tenaga nasional, PLUS,petronas dan lain lain syarikat melaburkan duit kepada BN dengan harapan dapat keuntungan dengan menaikan harga barang cukai dan perhidmatan. Dengan menaikan perhidmatan asas sapert minyak,api, air akan menaikan harga barang dari keperluan harian higga ke yuran kemasukan Universiti. Keuntungan segelintir rakyat sebayak 2,500 sekejap je. tapi menanggung rakyat kerugian sepanjang BN memerintah.

BA memerintah tidak akan menaikan harga keperluan asas saperti minyak,tol dan electrik kerana mereka tidak terhutang dengan syarikat ini.

Tuesday, February 19, 2008

Umpan BN

korporat melabur duit pada BN dalam pilihan raya ini utuk keuntungan lebih besar dengan menekan rakyat pada masa yang akan datang. Polisi korporat sekarang adalah keuntungan dari menindas rakyat dengan menaikan tol, minyak, tarif letrik, indahwater dan harga barang . Tidak saperti negara maju polisi keuntungan dengan mengesport barang keluar nergara.

Tidak penyokong BN terfikir, segala pemberian ini samaada duit poket atau jadi kuli semasa pilihan raya ini adalah umpan, untuk mendapat keuntungan BN lebih besar dimasa akan datang. Penyokong BN untung sikit tapi Ahli politik BN untung besar, Cuba Penyokong BN fikirkan, kamu hanya dapat sedikit sahaja dalam plihan raya ini, tapi kamu rugi lagi banyak selepas pilihan raya dengan kenaikan harga barang, cukai, pinjaman PTPN dengan interest dikenakan keatas anak kamu, kos sara hidup melambung dengan kenaikan gaji yang sedikit, Barang naik 10%, gaji naik 3%, jadi kamu defesit (-7%).

Ahli politik kaya dari hasil memeras kamu, banding kan kehidupan kamu dengan mereka, saperti langit dengan bumi, kamu nak belanja kelurga terpaksa berdikit,dikit dan berhutang. Mereka mewah berlanja kelurga mereka saperti hotel lima bintang, melancung luar negeri.
Duit sinpana kamu? kalau ada pun tak sampai huujung bulan kena keluarkan balik kerana kesempitan hidup, Ahli politik simpananya banyak termasuk anak anak sekali melampau jutaan ringgit, hanya makan faedah sahaja.

Bandingkan rumah kamu yang kecil dan tidak cukup kelengkapan dan jika nak tambah perabut kena bayar ansuran, atau berhutang,Jika tak bayar hutang kena saman. Rumah meraka mewah dan di dalamnya macam hotel lima bintang.

Kenderaan kamu hanya motor kapcai atau kereta masih berhutang dan tepakasa kena tarik kerana tak bayar ansuran. Kereta mereka dari mercedes, BMW dan segala kereta mewah mereka nak bolih dapat.

Pakaian,makanan dan duit poket anak kamu dan anak mereka jauh bezakan ?

Jika kamu atau keluarga kamu buat salah dari segi undang, akan dikenakan hukuman, jika mereka dan kroni membuat kesalahan yang sama , kes mereka ditutup atau mengkambing hitamkan orang lain.

Iktibar kisah Saidina Omar

Saidina Omar mempunyai anak. Semasa Saidina Omar memerintah, Orang yahudi telah memerangkap anak saidina Omar meminum arak dan berzina. Satelah berlakunya perzinaan, Orang Yahudi telah mengadu kepada Saidina Omar anaknya berzina, Anaknya dibicara dan didapati bersalah. Saidina Omar menghukum anaknya dengan seratus sebatan saperti hukuman islam

Dari pengajaran disini didapati, Rahmat diturunkan dalam Pemerintahan Saidini Omar kerana Anak Pemimpin dihukum dengan kesalahan yang setimpal,

Negara Malaysia sekarang ,Jika pemimpin dan anak pemimpin buat salah kes ditutup, itulah sebabnya rahmat tuhan tak turun dan bermacam-macam bala turun.

Monday, February 18, 2008

Beri peluang PAS dan BA Memerintah Malaysia

Beri peluang PAS dan BA laksanakan perubahan
Haji Mahfuz Omar

Saya tertarik dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu lalu yang mengugut rakyat supaya tidak memperjudikan diri dan masa depan negara dengan mengundi pembangkang. Saya sebenarnya tidak begitu faham dengan analogi Pak Lah yang cuba mengaitkan perubahan sikap rakyat dengan perjudian masa depan. Adakah Pak Lah berfikir bahawa rakyat negara ini terlalu bodoh sehingga semudah itu diperalatkan oleh sesiapa sahaja termasuk sanggup menggadai masa depan negara.

Ironinya, pengalaman 50 tahun berada di bawah Kerajaan BN adalah satu perjudian yang besar dan rakyat telah 'kalah judi'!

Kita semua tahu bahawa rakyat dan negara ini sudah hampir bankrap dari segi politik, ekonomi dan sosial kerana perjudian mereka bersama BN. Tiba-tiba Pak Lah cuba mengugut rakyat supaya masa depan mereka tidak diperjudikan kerana bimbang ditipu oleh pembangkang.

Setakat ini tidak ada rekod pembangkang menipu rakyat, sebaliknya rekod Pak Lah sebagai penipu besar diteliti oleh rakyat setiap hari. Lihatlah bagaimana rakyat tertipu oleh slogan 'pendidikan percuma sepenuhnya' yang dilaungkan oleh Pak Lah dalam Bajet 2008. Tiba-tiba ibu bapa terpaksa membayar ratusan ringgit untuk persekolahan anak-anak mereka.

Bagi saya, kenyataan politik seperti ini amat tidak beretika dan dibuat semata-mata untuk mengaburi mata rakyat. Mengapa kita membuat spekulasi terhadap perkara yang tidak pasti sedangkan pembangkang belum diuji ketelusan dan kebolehan mereka melaksanakan janji.

Seolah-olah Pak Lah cuba mengatakan seseorang itu mandul terlebih awal sedangkan orang tersebut masih belum berkahwin. Jika rakyat mahu tahu hakikat sebenar atau kebolehan sebenar pembangkang sebagai 'kerajaan menunggu', mereka harus memberi peluang kepada PAS/BA untuk memerintah negara ini.

Pemimpin BN tidak perlu menakut-nakutkan rakyat supaya jangan berubah. Bangsa yang maju fikirannya ialah bangsa yang bersedia untuk berubah kepada yang lebih baik. BN sedar bahawa mereka gagal mentadbir negara dengan baik dan berkesan. Di bawah regim mereka, rakyat ditindas, penyelewengan melata di mana-mana, rakyat hidup melarat tetapi pemimpin hidup mewah, keadilan terjejas dengan teruk dan rakyat hidup dalam ketakutan.

Tiba-tiba mereka menggunakan cara yang tidak senonoh iaitu mengugut rakyat bahawa masa depan negara akan lebih teruk di bawah pembangkang.

Bagi rakyat yang sudah lama tertindas dan dianiayai, mereka tidak perlu berfikir tentang keadaan masa depan yang kononnya lebih buruk di bawah pembangkang, tetapi harus berfikir bagaimana untuk menamatkan kezaliman yang sedia ada.

Rakyat sudah cukup menderita dengan kenaikan harga minyak mentah, tepung, tol dan tambang bas. Nanti harga petrol pula akan menyusul. Rawatan swasta di hospital kerajaan sudah diperkenalkan. Barang-barang makanan seperti roti dan kuih muih sudah mengalami kenaikan harga. Tetapi kerajaan BN masih tidak dapat mencari jalan mengurangkan beban hidup rakyat.

Dalam politik, negara ini benar-benar diperintah oleh segolongan elit BN dengan dipengaruhi oleh kroni-kroni mereka. Apa-apa dasar negara ditentukan berasaskan kepentingan mereka. Kerajaan BN mewujudkan WPI untuk kepentingan Singapura, membazirkan RM4.458 bilion (kos asal RM8 bilion meningkat kepada RM12.485 bilion selepas penangguhan) untuk menyiapkan landasan berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, juga kerana kepentingan Singapura dalam menghubungkan republik itu dengan China.

Manakala pegawai tinggi polis dan hakim tidak lagi dilantik secara bebas oleh Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya oleh sekumpulan gangster. Bahkan, pegawai-pegawai yang bermasalah dengan kroni pemimpin BN akan dihadap ke mahkamah, manakala penjenayah yang bersekutu dengan pemimpin BN terlepas begitu sahaja.

Perlaksanaan demokrasi sudah tidak demokratik lagi. Sistem pilihan raya kita sekadar mengesahkan proses demokrasi sahaja apabila hak rakyat untuk bersuara, berhimpun dan berpersatuan dinafikan. Indeks kebebasan media begitu dahsyat seteruk indeks rasuah. ISA dan akta draconian lain terus disalahgunakan untuk menutup mulut rakyat.

Lebih teruk lagi, pengundi-pengundi pos menjadi alat untuk mengekalkan kuasa politik BN. Pengerusi SPR sendiri bercakap bagi pihak regim, bukannya seorang yang berkecuali. Ini belum dikira soal kuasa politik orang Melayu yang semakin terjejas dan juga kegagalan pemimpin Umno melaksanakan keadilan dan undang-undang yang berteraskan al-Quran dan Sunnah. Masakan rakyat hidup terjamin apabila pemimpin BN bercakaran sesama sendiri untuk merebut kepentingan peribadi.

Kehilangan adik Sharlinie beberapa bulan selepas adik Nurin Jazlin sudah cukup untuk menggambarkan betapa parahnya keadaan sosial kita. Usah bercakap lagi soal bohsia, bohjan, dadah, rempit, mabuk, jenayah, zina dan lain-lain. Setiap hari kita mendengar masalah ragut, bunuh, rogol hinggalah penculikan kanak-kanak. Kita seperti hidup pada zaman batu yang tidak mempunyai peraturan sosial.

Apa tidaknya apabila menteri sendiri ‘berlakon’ untuk CD lucah, pemimpin tertinggi BN satu demi satu dikaitkan dengan skandal seks, pecah amanah, rasuah dan sebagainya. Dah bapa borek, sudah tentu anaknya rintik! Timbalan Perdana Menteri kononnya menyeru pemimpin BN supaya menjaga tingkah laku, walhal beliau sendiri beberapa kali dikaitkan dengan skandal.

Kerajaan BN juga secara mudah menyalahkan para siswazah apabila mereka merungut kerana ketiadaan pekerjaan. Yang diungkitkan adalah kegagalan siswazah membina kompetensi diri sehingga mereka tidak laku di pasaran kerja. Sedangkan, Kerajaan BN gagal menyediakan persekitaran ekonomi yang kondusif yang menggalakan pertumbuhan. Bagaimana mahu bekerja jika tidak ada majikan untuk mengambil pekerja. Pelabur asing kurang berminat apabila Malaysia tersohor dek indeks rasuahnya.

Usahawan-usahawan baru begitu sukar untuk meneroka peluang-peluang perniagaan kerana ‘duit kopi’ yang terlalu besar dan permainan kroni yang terlalu licik. Kita kadang-kadang berasa hairan apabila anak menantu Perdana Menteri dan adik timbalannya begitu cepat melonjak naik, sedang siswazah lain terus terbungkam kerana ‘tidak kompeten’.

Bukankah di negara kita terdapat lebih 2.5 juta pekerja asing, tidak termasuk pendatang haram. Mereka menguasai pasaran buruh dengan kos yang rendah, sedangkan rakyat sebagai pekerja mahir tidak mendapat tempat. Universiti kini sudah mencecah 50 buah, tetapi peluang pekerjaan untuk graduan masih tidak bertambah. Jika siswazah tidak kompeten, apa tugas Kementerian Pengajian Tinggi untuk meningkatkan kebolehupayaan rakyat dalam menjana ekonomi. Rakyat sebetulnya sudah meluat dengan dasar-dasar aneh Kerajaan BN yang mengutamakan kroni dan keluarga, mengamalkan rasuah dan kolusi.

Jika kita meneliti secara ringkas gambaran susana politik, ekonomi dan sosial negara yang saya cerakinkan itu, nampaklah kita bahawa soal menggadai masa depan tidak timbul lagi. Keadaan sudah cukup kelam kabut sekarang. Dalam kata lain sudah 50 tahun rakyat kalah judi! Rakyat harus berfikir untuk menebuskan balik kekalahan judi di tangan BN ini dengan memberi peluang kepada pembangkang pula untuk mengotakan janji dan manifesto mereka.

PAS/BA berjanji untuk mengurangkan harga petrol sekurang-kurangnya 30 sen bagi satu liter, sedangkan kerajaan BN seperti yang dinyatakan oleh Pusat Kajian Ekonomi (MEIR) bahawa harga minyak akan dinaikkan sekurang-kurangnya 30 sen bagi satu liter.

Selain itu, PAS/BA berjanji menyediakan pendidikan percuma daripada sekolah rendah sehingga ke ijazah pertama dengan memberikan biasiswa dan menghapuskan yuran universiti. Dan bagi 220,000 graduan yang masih berhutang dengan PTPTN, PAS/BA berjanji hutang mereka akan dihapuskan. Rakyat perlu mengambil kesempatan ini sebelum kita terus menderita oleh kegagalan pengurusan dan pentadbiran BN.

Pembangkang tidak pernah berpeluang untuk menunjukkan kebolehan mereka memerintah dan rakyat tidak perlu takut untuk berubah. Pemimpin BN yang ada diketahui umum tidak beretika dan menggunakan pendekatan tidak beretika untuk menakut-nakutkan rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir juga sudah berpesan kepada rakyat supaya menolak pemimpin-pemimpin yang tidak berertika dalam pilihan raya ini. Jika rakyat berubah, mereka akan mendapat apa yang sekarang sedang dinikmati oleh rakyat Kelantan.

Dasar-dasar yang prorakyat oleh PAS di Kelantan ditiru satu demi satu oleh Kerajaan BN. Daripada rumah tiga bilik, cuti Sabtu dan Ahad hinggalah takaful kifalah dan armalah semuanya cuba dicedok oleh BN yang menunjukkan rakyat lebih terjamin di bawah PAS. Maka tidak terjejas masa depan rakyat dengan membuat perubahan.

Perubahan ke arah keadilan, kemakmuran dan kemajuan!

Tuesday, February 12, 2008

Kerajaan Borek Rakyat Rintik

Segala jenayah yang berlaku di Malaysia ini dimulakan oleh ahli politik dan kerajaan, Ahli politik dan kerajaan buat jenayah tanpa ditangkap dan bicara menyebabkan hati rakyat terbuka membuat jenayah.

Contoh 1
Fintah YAB Anwar Ibrahim, Musa Hassan Ketua Polis Negara mendakwa YAB Anwar Ibrahim sehigga berjaya memenjarakan YAB Anwar Ibrahim menyebabkan banyak kes kes jenayah tidak dapat diselesakan dan kes semakin bertambah, adakah ini bala dari tuhan kerana memilih orang tidak amanah dan membuat fitnah menjaga keaman negara. Tugas polis sekarang hanya merekod jenayah bukan menyelesaikan jenayah atau tidak menangkap penjenayah.

Contoh 2
Buang sampah merata tempat oleh rakyat kerana ahli politik suka membuang sampah merata rata tempat dan tidak dikenakan tindakan. contoh jika kilang kepunyaan dato' atau ahli politik ternama membuang sampah tidak dikenakan tindakan dan tutup kes.

Contoh 3
Berzina dikalangan ahli politik tidak dikenakan tindakan. Kes Rahim Tambi Cik, pasangan Perempuan dituduh bohsia, so rakyat pun berzina

Contoh 4

Pembunuhan dikalangan Ahli politik tidak diselesaikan dengan adil saperti kes Altantuya, Norita. so rakyat pun suka berbunuhan

Contoh 5
Penagihan dadah anak ahli politik tidak dikenakan tindakan jadi terjadinya penagihan dadah dikalangan rakyat

Buka Fikiran dalam Pilihan Raya

Kita buka fikiran tidak mengundi wakil BN dalam pilihan raya, Lebih 50 tahun memerintah dan wakil BN merasa kebal dan melanggar etika semua bidang termasuk badan kehakiman. Bila telah lama memerintah berbagai korup dan jenayah dari BN walaupun berjaya dibongkarkan tapi mereka menutupnya dengan berbagai tipu muslihat saperti dalam cerita hindustan, bezanya cerita hindustan hanya cerita rekaan tapi Di malaysia cerita benar. Jenayah dilakukan oleh ahli politik dan kroni mereka terlepas dan mengkambing hitam kan orang lain saperti kes altantuya, Norita dan banyak lagi kes-kes yang cuba disembunyikan, tapi jika jenayah dilakukan oleh bukan kroninya, akan dikenakan hukuman. Sampai bila kamu nak biarkan, adakah dah terkena batang hidung sendiri baru nak menyesal, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Hadis nabi SAW semasa kisah Seorang perempuan bangsawan yahudi didapati berzina hanya bayar denda sahaja tidak dikenakan rejam saperi yang dikenakaan rakyat biasa, Nabi SAW bersabda umat Yahudi terdahulu binasa kerana kesalahan yang sama golongan bangsawan dan kroni dihukum ringan tapi golongan rakyat dihukum mengikut hukuman yang termaktub dalam undang-undang.adakah kamu dan anak keturunan binasa saperti Nabi SAW sabdakan?

kes rompakan yang tidak pernah selesai pembunuhan Nurin dan kehilangan kanak kanak lain yang tidak dihebuhkan dan tidak dijumpai, adalah bala dari tuhan, sehingga sembahyang hajat pun ALLAH tidak makbulkan kerana tidak menyuruh membuat kebaikan dan tidak mencegah kemungkaran. kerajaan sekarang lebih menyuruh membuat kemngkaran dan mencegah kebaikan, saperti Nabi SAW pernah bersabda hendaklah kamu menyuruh membuat kebaikan dan mencegah membuat kemungkaran sebelum tiba satu zaman dimana ALLAH tidak turun rahmat kepada kamu, jika kamu berdoa,doa kamu tidak dimakbulkan,jika kamu minta tolong, ALLAH tidak menolong kamu. kita sudah di sampai zaman yang Nabi Maksudkan, adakah kita akan terus begini, gunakan kuasa mengundi kamu menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran.


Kes pita lingam contoh kes yang menyelamatkan kroni, kemungkinan Lingam dan kroni lepas tapi yang kena tangkap orang yang rakam video dan mencipta tuduhan keatasnya. sebarang kes melibatkan kroni kerajaan sudah dijangka hasilnya, kroni lepas, rakyat yang kena.

Kepada yang dapat kontrak kerajaan, kamu terpaksa beri duit kepada Wakil BN untuk merasuah rakyat. kamu untung sikit tapi terpaksa tabur duit untuk pilihan raya ini, setiap pilihan raya kamu terpaksa buat begitu.


kita nampak seolah olah negara diperintah oleh Vincent Tan dan BN hanya boneka Vincent Tan.Vincent Tan yang menentukan politik negara MALAYSIA

Jika Parti alternative Menang dan memerintah Malaysia, disebabkan baru memerintah malaysia, semangat dan motivasi lebih kepada memperjuangkan rakyat dan belum ujud lagi semangat mementingkan diri dan segala korupsi yang dilindungi sebelumnya kemungkinan akan terbongkar. Tidak ada dalam sejarah negara huruhara jika negara bertukar pemerintah malahan negara yang bertukar pemerintah lebih telus dan adil sapeti Jepun, Korea, UK, US. Kemungkinan yang yang huru hara wakil BN dan kroninya dan cabut lari ke Negara Lain