Thursday, April 10, 2025

Jika tak tabayun dapat taik

 Satu slot Cerita  alibaba bujang lapuk serbu jamban sebagai pengajaran jika tak tabayun  atau tak selidik  kesahihan  maklumat maka ia dapat taik.Malahan tetap teruskan tindakan walaupun dah beritahu yang diserbu itu jamban alasan terima arahan dan majoriti mereka yang lain mengikut membuta tuli.

Bila salah dapat maklumat atau maklumat tak lengkap menyebabkan membuat keputusan yang salah dengan mereka cipta andaian andaian diikuti tindakan meyebabkan  kerosakan dan musibah jika bertindak tanpa tabayun. Mereka tetap berkeras melakukannya walaupun terima maklumat sahih dengan alasan terima arahan atau otaknya dah disetkan ia tetap betul walau pun salah dari fakta dan bukti dan majoriti  yg mengikut membuta tuli.

Pengajaran ,dapat taik bila

1.terima maklumat tanpa tabayun menghasilkan keputusan yg salah dan bolih menyebabkan musibah

2.tak terima maklumat baru walaupun sahih dan betul dan tidak terima pendapat orang lain walaupun logik

3.ikut arahan  membuta tuli

4. Ikut pendapat majoriti membuta tuli.

5.rumusan berdasarkan andaian, ramalan melalut sebagai hujah tanpa fakta dan bukti

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.


(Al-Hujuraat 49:6


Oleh itu selidikilah (apa-apa jua lebih dahulu, dan janganlah bertindak dengan terburu-buru). Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati dengan mendalam akan segala yang kamu lakukan.


(An-Nisaa' 4:94)