Satu slot Cerita alibaba bujang lapuk dapat taik dengan serbu jamban sebagai pengajaran
1.jika tak tabayun
2.tak selidik kesahihan maklumat
3. Orang yg berdiri mengelilingi jamban diangggap sebagai ketua sebab tahu dengan mata dan kepala itu adalah jamban
4. Ketua dah nampak dan tahu itu jamban dan tak bolih berfikir dengan waras orang kaya tinggal dijamban sebab otak jadi level dungu dan bebal.
5.Malahan tetap teruskan tindakan walaupun dah beritahu yang diserbu itu jamban alasan terima arahan dan majoriti mereka yang lain mengikut membuta tuli.
6. Orang yang kemudian pun dapat taik sebab main serbu ikut tindakan majoriti.
Bila salah dapat maklumat atau maklumat tak lengkap menyebabkan membuat keputusan yang salah dengan mereka cipta andaian andaian diikuti tindakan meyebabkan kerosakan dan musibah jika bertindak tanpa tabayun. Mereka tetap berkeras melakukannya walaupun terima maklumat sahih dengan alasan terima arahan atau otaknya dah disetkan ia tetap betul walau pun salah dari fakta dan bukti dan majoriti yg mengikut membuta tuli.
Pengajaran ,dapat taik bila
1.terima maklumat tanpa tabayun menghasilkan keputusan yg salah dan bolih menyebabkan musibah
2.tak terima maklumat baru walaupun sahih dan betul dan tidak terima pendapat orang lain walaupun logik
3.ikut arahan membuta tuli tanpa berfikir dgn waras.
4. Ikut pendapat majoriti membuta tuli.
5.rumusan berdasarkan andaian, ramalan melalut sebagai hujah tanpa fakta dan bukti.
6. Mewarwarkan isu tak sahih ,tanpa kesedaran mewar warkan kebodohannya.
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Al-Hujuraat 49:6
Oleh itu selidikilah (apa-apa jua lebih dahulu, dan janganlah bertindak dengan terburu-buru). Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati dengan mendalam akan segala yang kamu lakukan.
(An-Nisaa' 4:94)