Tuesday, May 19, 2026

Hukuman dua darjat kalangan melayu

Senario politik malaysia. hukuman 2 darjat kes sama orang berlainan hukuman berlainan


1. Tak ada melayu report polis keatas hadi,takiyuddun dan sanusi dan tak ada kena tindakan spt di beritahu kecuali sanusi selepas di didesak. Kes ini seolah olah allah tempelak puak ni. Mula mula Allah takdirkan pemimpin melayu pas derhaka sultan dan agong, melayu senyap tanpa bising lepas tu ALLAH takdirkan Dap hina sultan maka melayu gegak gempita. Lagi pelik sultan yang sama dihina. Tapi tindakan melayu berbeza. Jika melayu hina sultan dan agong. Jangan harap bangsa  menghormati sultan dan agong  Hukuman 2 darjat mengundang bala.Tapi melayu buta hati tak nampak pengajaran.

2. Kisah fitnah sahabat nabi dizaman jahiliah. mereka dalam otak beranggap jika salah seorang ahli kumpulan itu jahat maka dianggap semua dalam kunpulan itu jahat. jika zaman jahiliah itu jahat maka semuanya itu jahat tak ada sebahagian nya baik. spt berlaku sekarang jika seorang 2 ahli dap lawan sultan dan agong  maka semua ahli dap itu lawan sultan dan agong  dengan bercama macam kutukan tapi peliknya bila seorang dua ahli pas lawan sultan dan agong ,mereka diam tak menganggap semua ahli pas lawan sultan dan agong dan lebih dari 5 orang  memfitnah tapi tak menganggap semua ahli pas pemfitnah.  Bila orang melayu fitnah sahabat nabi mereka senyap seolah olah setuju.

3. Mereka sanggup report polis malahan polis dan jabatan agama islam membuat tindakan pada howard lee. Tapi tidak ada tindakan jakim dan polis pada pemimpin pas. Seolah olah tindakan pas betul dan tindakan howard lee salah. Tapi mereka tak kisah bila orang hindu baca petikan alquran dalam muktamar. Tak ada pula mereka kekuar fatwa dan tak report polis dan tak suruh majlis ugana islam buat tindakan.

3. kebaikan musuh politiknya disenyapkan tanpa diwar warkan atau dibincangkan. mereka lebih membincangkan keburukan dan  kejahatan  musuh politiknya dan membuat andai perkara atau isu,kejadian  yang buruk mustahil terjadi atau tak terjadi. Kejahatan dan keburukan puak mereka disenyapkan tanpa dibincangkan .jika dibincangkan dianggap musuhnya atau penghianat s maknanya mereka redo kejahatan bangsanya.. Sedangkan ia adalah  penghianat tanpa disedari sebab  membiarkan kejahatan dalam golongan mereka.Puak melayu mengamalkan hukuman 2 darjat adalah penghianat melayu sebab ia nak membinasakan melayu.

 Sesungguhnya telah binasa umat sebelum kamu kerana apabila yang mencuri itu orang berpengaruh (bangsawan), kamu bebaskan (tidak dihukum). Dan apabila yang mencuri itu orang yang lemah (rakyat biasa), maka kamu kenakan hukuman hudud terhadap mereka. Demi Allah, kalaulah Fatimah binti Muhammad (puteriku sendiri) mencuri, nescaya aku sendiri yang akan memotong tangannya. 

Golongan ini adalah penghianat bangsa melayu yang menjahanamkan bangsa melayu dengan mengamalkan hukuman 2 darjat.  Tengok sekarang dari dulu banyak kejadian kemation, kecerderaan akibat kemalangan,pergaduhan,pembunuhan,dadah rasuah,pecah amaah,curu peragut hingga peragut kelangan orang melayu. lagi pelik jarang berlaku oada bangsa  selain  bangsa  melayu . jika logik statistik 40 peratus melayu ,60 peratus terdiri cina,india, bangsa asing. jika 2 kes pembunuhan orang melayu maka akan terjadi 3 orang kes pembunuhan bangsa selain melayu. contoh kes kemation kebakaran 23 pelajar tahfiz tapi tak berlaku kematian kebakaran bangsa orang bukan melayu lebih dari 10 orang.

Parti melayu sesama melayu  bergaduh ,bersengketa,berpecah, sibuk menyalahkan parti lawannya dgn bermodalkan andaian,melalut,fitnah dan mengadu domba sesama. Penyokong parti  melayu sokong membuta tuli tanpa tabayun dan fakta.

Adakah kebetulan atau peranacangan allah.

1. kejadian kejahatan berlaku pada golongan melayu . tindakan segolongan melayu  ini senyap tanda setuju,tanpa bantahan.

2. kejadian sama pada orang bukan golongannya atau musuh politiknya, maka  golongan sama heboh,gegak gempita mengutuk ,memaki hamun, mereka cerita dan andaian karut.

3. bala allah muncul selepas itu sebagai pengajaran. tapi puak ini degil buat buat bodoh tak nak berfikir walaupun allah tempelaknya tidakkah kamu berfikir. 



Sunday, May 17, 2026

Pas syok sendiri

Pas syok sendiri

Ini dikatakan syok sendiri.Tak nampak Apa contoh dan kriteria baik untuk rakyat. Nak kata daulat islam jauh sekali dgn amalan fitnah,mengadu domba, persengketaan,ratib dap, hina sultan ,selangor, agong dan sahabat nabi. Tak nampak contoh negeri pas maju, hanya mundur, masalah air keruh dan tak ada air negerinya pun sampai sekarang tak selesai. Masalah negeri spt Jeti dan pasar siti kadijah pun kena minta pmx laksanakan termasuk kb sentral pun terbengkalai sebab mentaliti pemimpin pas perabih masa tenaga duit sibuk tebuk atap,derma untuk pemfitnah,demo,api persengkataan semasa islam,ratib dap dap hingga tak ada masa ,duit dan tenaga memajukan rakyat negerinya.tengok kawasan Negeri terengganu kelantan penuh semak,belukar tanpa usaha menternak kambing,lembu ,kerbau,perikanan dan pertanian secara komersial. Jika pemimpin benar ikhlas dah lama negerinya kaya dari n9 membuat projek setiap kampung mekahirkan 20 orang mengusahakan pertanian dan penternakan. Ini mungkin kifarah dari allah sebab menyanggah ayat dibawah.Mentaliti pas jika nak berjaya maka kena mengadu domba,memfitnah, tebuk atap, tawan negeri lain. Pas dah ada dalam kerajaam PM8 tak ada usaha memajukan negara.alasan covid. Semasa covid negara singapore masih maju tak pula jatuh miskin.

sumpah dan baiah PAS

Bahawa saya berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasul-Nya dan patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti.

Sumpah baiah pas yang melanngar hukum allah dan rasul

1. Surah 5:8

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan

Mereka berlaku tak adil pada musuh politik dan DAP

2.Al-Hujuraat 49:11

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Kebencian ,cemuhan,kutukan,merendahkan kerajaan dan terhadap DAP dan kersjaan sekarang bertentangan dengan sueah diatas.

3. Tak tabayun dan anggap fitnah sebagai fatwa kes Fitnah DAP hingga kena membayar saman.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

(Al-Hujuraat 49:6

4. Suka bertengkar dan berbalah sesama islam dan berpuak puak

Bertengkar Umpama Orang Gila Yang Dirasuk Syaitan

Dari 'Adiy bin Tsabit dari Sulaiman bin Shurad berkata; "Aku sedang duduk bersama Nabi SAW dan ada dua orang yang saling mencaci. Seorang diantaranya merah wajahnya dan urat lehernya menegang. Maka Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimat yang bila diucapkan akan hilang apa yang sedang dialaminya. Seandainya dia mengatakan a'uudzu billahi minasy syaitan", (aku berlindung kepada Allah dari syaitan) ". Lalu ada sahabat mengatakan kepada orang tersebut kalimah itu; "Sesungguhnya Nabi SAW bersabda; "Berlindunglah kamu kepada Allah dari syaitan". Orang itu berkata: "Apakah aku sudah gila?". (HR Bukhari No: 3040) Status: Hadis Sahih

Saturday, May 16, 2026

Hipokrit orang melayu dalam hal uec

 Orang melayu marah orang cina ketepikan bahasa melayu, tapi tak kisah orang melayu ketepikan bahasa melayu. Orang melayu marah orang cina tak menobatkan bahasa melayu .tapi orang melayu tak kesah orang melayu tak menobatkan bahasa melayu .Betul ke ikhlas mertabatkan bahasa melayu atau sekadar cakap. Buktikan dalam pekerjaan tukar semua urusan harian dipejabat ke bahasa melayu. Banyak dalam yang  kerja profesional spt doktor,enginnering,peguam , perunding ,bank,kewangan, pensyarah,pilot,  perunding kewangan dll disyarikat melayu termasuk syarikat glc,bank,syarikat insuran, pejabat peguam dan kehakiman .badan berkanun, pembelajaran di universiti awam 

Dan juga yang dah ada syarikat sendiri bila lagi nak tukar urusan kerja harian sendiri ke bahasa melayu.

 

Kenapa tak buat dari dulu sebab orang melayu sendiri tak yakin bahasa melayu.

Tengok syarikat  melayu,glc dan kerajaan dimana urusan harian berbahasa inggeris spt perbincangan, mesyuarat, repot,kertas kerja termasuk jabatan kerajaan. Pembelajaran universiti swasta dan ipta pun mengunakan bahasa inggeris.

Kerja  pun buat kertas kerja,budget, pemantauan, minit mesyuarat pun dalam bahasa inggeris ,,status kerja, bincang dgn pelanggan malahan temuduga pun dalam bahasa inggeris walaupun panel semuanya melayu.jika tak reti cakap bahasa inggeris tak dapat kerja . Syarat utama dapat kerja kena lsncar cakap dan tulis bahasa inggeris.

Kenapa orang melayu tak marah sama marahnya jika urusan harian kerja pejabat dalam bahasa inggeris. Kenapa tak demo,kenapa tak mogok tanda protes.

Ini dikatakan hukuman 2 darjat. Cakap tak serupa bikin atau hipokrit

 Jika melayu sendiri tak yakin bahasa melayu jgn harap bangsa lain yakin bahasa melayu.

Jika melayu sendiri tak nobatkan bahasa melayu jgn harap bangsa lain nobatkan bahasa melayu.

Orang bersara ,tansri dato darin pun cakap bahasa inggeris sesama sendiri๐Ÿคฃ.

Friday, May 15, 2026

Apakah subjek memenuhi dasar pendidikan kebangsaan.

 Apakah subjek yang mengambarkan martabat system pendidikan sekolah.apakah subjek memenuhi dasar pendidikan kebangsaan. Tatanegara hanya satu kali seminggu tanpa exam, dan cikgu pun ponteng mengajar. Sejarah pun ada belajar negara cina,inggeris dan india .ada sejarah melayu lebih pada iktibar negatif sentiasa kenaj ajah, rebut kuasa,talibarut inggeris,talibarut jepun. Nak melahir insan jati diri jauh sekali ,sebab kebanyakan staff, ahli politik ambil sejarah aliran sastera terlibat rasuah,salahguna kuasa, gadai tanah rezab melayu, pecah amanaha

Laluan uec

 ISU UEC: PAS JANGAN HIPOKRIT

Sebenarnya PAS lah antara parti yang paling lantang memperjuangkan pengiktirafan UEC sejak tahun 2001, iaitu setahun selepas mereka cium mulut dengan DAP. (Barisan Alternatif) 

Dan ketika PRU13, PAS bersama DAP dan PKR secara terbuka memasukkan agenda pengiktirafan UEC dalam Buku Jingga mereka. 

Waktu itu mereka desak kerajaan Barisan Nasional supaya mengiktiraf UEC sepenuhnya.

Aku ingat lagi masa tu kerajaan BN dah berbuih jelaskan memang ada pelajar UEC yang berjaya masuk ke IPTA, tetapi perlu lah melalui beberapa syarat tertentu! Bukan senang-senang saja boleh masuk.

Namun PAS tetap bantah. PAS tetap tekan supaya UEC diiktiraf sepenuhnya.

Pada 2020, bila PAS berjaya bentuk kerajaan bersama PN mereka sendiri melonggarkan syarat dengan membenarkan lepasan UEC memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG).

FAKTA YANG RAMAI TAK TAHU:

Sejak dahulu memang ada je pelajar UEC yang berjaya masuk IPTA. Tetapi bukan secara automatik

.LALUAN PERTAMA:

UEC + SPM penuh

Kalau cukup syarat akademik dan merit, mereka boleh memohon pelbagai jurusan termasuk Perubatan, Engineering, Law, Pendidikan dan lain-lain.

LALUAN KEDUA:

UEC + kredit BM + lulus Sejarah

Harini, seperti PN, Kerajaan Madani pula melonggarkan sedikit lagi syarat. Hanya perlu kredit BM dan lulus Sejarah sahaja. Kelonggaran ini termasuk juga kepada pelajar TAHFIZ. 

Tetapi mereka tak boleh ambil Law, Medic dan lain-lain seperti LALUAN PERTAMA. Hanya  boleh ambil jurusan Bahasa dan Pengajian Cina sahaja. (untuk tahfiz pun sama) 

LALUAN KETIGA:

UEC sahaja = TAK LAYAK 

MAKNANYA SEHINGGA HARI INI UEC MASIH BELUM DIIKTIRAF PENUH sebagai syarat standard kemasukan IPTA. Begitu juga TAHFIZ.

Dan inilah perkara sebenar yang diperjuangkan oleh Dong Zong dan PAS  (LALUAN KETIGA) 

Mereka mahu UEC SAHAJA diterima masuk ke IPTA tanpa perlu SPM, tanpa perlu kredit BM dan lulus Sejarah.   

Tapi yang paling kelakar sekarang, PAS pula sibuk menuduh UMNO  “tunduk DAP”.

Sedangkan rekod paling jelas memperjuangkan pengiktirafan penuh UEC sejak dulu ialah PAS sendiri.

Dulu masa nak undi dan dana dari DAP,  bukan main lagi mereka tuntut UEC diiktiraf penuh.

Harini bila PAS nak undi Melayu, depa acah2 main sentimen UMNO ikut cakap DAP. Asal ada isu je depa sanggup tunggang walau tak selari dengan prinsip mereka selama ni.  

Depa ingat rakyat bodoh kot. Sekarang ni maklumat di hujung jari. Padahal PAS, Dong Zhong dan DAP sama je. 

Perasan tak, sehingga hari ini PAS langsung tak minta turunkan artikel Berita pada 2001 tersebut. 

Sebab apa?

Sebab bila mereka mahu tarik undi Cina semula nanti, mereka akan kata merekalah yang selama ni perjuangkan UEC, sambil petik artikel lama tersebut. Begitulah politik.   




Tuesday, May 12, 2026

Pas derhaka agong dan sultan


 

LRA Sungai Limau: SPRM patut siasat MB Kedah dan Widad

 LRA Sungai Limau: SPRM patut siasat MB Kedah dan Widad.

Kronologi ringkas.

Tahun 2020: 

๐Ÿ”น MB Kedah umum terima RM900 juta daripada kerajaan Pusat (PN)

๐Ÿ”น RM900 juta itu bertujuan untuk bina 4 LRA, salah satunya ialah LRA Sungai Limau.

๐Ÿ”น Di sini bermulanya janji MB Kedah yang kononnya akan selesaikan masalah air menjelang 2023.

Tahun 2021:

๐Ÿ”น Kerajaan Kedah beri kontrak LRA Sungai Limau kepada anak syarikat Widad, iaitu Widad Builders Sdn Bhd.

๐Ÿ”น Kontrak itu bernilai RM89.8 juta.

๐Ÿ”น Kontrak itu berkuatkuasa 2 Mei 2021 hingga 28 Oktober 2023

๐Ÿ”น Sebulan selepas terima kontrak, Widad dapat satu lagi kontrak LRA Bukit Selambau bernilai RM129.4 juta.

Tahun 2023:

๐Ÿ”น Pembinaan tidak siap seperti dijadualkan, kerajaan negeri beri EOT (masa tambahan).

Tahun 2024:

๐Ÿ”น Kementerian datang buat spot check, mendapati sepanjang 2 tahun satu bahagian LRA, kerja-kerja asas langsung tak dibuat, teguran diberikan kepada MB Kedah.

๐Ÿ”น MB Kedah koyak, dia salahkan semua orang. Dia maki menteri, dia salahkan kontraktor, dia salahkan Covid-19.

๐Ÿ”น MB Kedah sekali lagi berjanji, akan siapkan LRA Sungai Limau pada Januari 2025.

Tahun 2025:

๐Ÿ”น Kementeri datang sekali lagi, rupa-rupanya sudah terbengkalai terus.

๐Ÿ”น MB Kedah berjanji April 2024, tapi projek tu terbengkalai bermula Julai 2024.

๐Ÿ”น MB Kedah koyak sekali lagi, kali ini MB Kedah salahkan kontraktor, beri alasan kontraktor lama akan ditamatkan, dan akan lantik kontraktor baru.

๐Ÿ”น Seperti biasa, MB akan salahkan semua orang, kecuali dirinya sendiri.

Tahun 2026:

๐Ÿ”น Kerajaan Madani ambil alih sepenuhnya LRA Sungai Limau bagi tujuan menyelamatkan projek ini.

๐Ÿ”น Tender baru dibuka "kontraktor penyelamat", perlu tambahan RM50 juta.

๐Ÿ”น MB Kedah sebelum ni kata akan "dedahkan satu persatu", namun sampai hari ni satu pun tidak didedahkan, relaks je dia berbohong.

Kesimpulan:

๐Ÿ”ธ SPRM patut siasat apa deal sebenarnya yang berlaku antara MB Kedah dengan Widad.

๐Ÿ”ธ Widad sangat mendapat "layanan istimewa", sampai dapat 2 kontrak oleh kerajaan negeri Kedah pada tahun 2021.

๐Ÿ”ธ Ke mana pergi duit RM900 juta yang diberikan oleh kerajaan Pusat (PN) pada tahun 2020?

๐Ÿ”ธ Ke mana pergi duit kontrak 2 LRA Sungai Limau (RM89.8 jut) dan LRA Bukit Selambau (RM129.4 juta)?

๐Ÿ”ธ Apakah sudah jadi belanja pilihanraya 2022 dan 2023?

๐Ÿ”ธ Semoga SPRM masuk siasat dengan segera, jelas berlaku sakau dan penyelewengan di sini.

Total kos keseluruhan untuk siapkan 4 LRA adalah RM900 juta..

Umum 2020, yang umum Sanusi.

2021

Sanusi beri kontrak LRA Sungai Limau kepada Widad Builders Sdn Bhd bernilai RM89.8 juta.

Tempoh projek: 2 Mei 2021 hingga 28 Oktober 2023.

Sebulan kemudian, Widad dapat lagi kontrak LRA Bukit Selambau bernilai RM129.4 juta

2023

Projek gagal siap ikut jadual.

Kerajaan beri EOT (lanjutan masa).

2024.

Spot check kementerian dapati ada bahagian projek langsung tak bergerak walaupun sudah 2 tahun.

Teguran diberikan kepada MB Kedah.

MB Kedah salahkan pelbagai pihak termasuk kontraktor dan Covid-19.

Janji baru dibuat, projek kononnya siap Januari 2025

2025

Pemeriksaan lanjut dapati projek terus terbengkalai sejak Julai 2024.

MB Kedah salahkan kontraktor dan umum mahu tukar kontraktor baru.

Sekali lagi banyak alasan diberi, tetapi projek masih gagal disiapkan

2026

Kerajaan Madani ambil alih projek bagi menyelamatkan LRA Sungai Limau.

Tender baru dibuka untuk “kontraktor penyelamat” dengan tambahan kos RM50 juta.

MB Kedah sebelum ini kata mahu “dedah satu persatu”, tetapi sampai hari ini tiada pendedahan dibuat.

Lepas 5 tahun baru mengaku.

Lepas berjuta dana rakyat dibazirkan.

Lepas bertahun rakyat Kedah menunggu penuh harapan.

Soalan mudah;

Kenapa masuk tender kalau tak ada kepakaran...???

Macam mana boleh dapat tender....???

Kebaikan PM sekarang tak nampak, sebab dengki, rakus kuasa, dan percaya hasutan

Kebaikan PM sekarang tak nampak, sebab dengki, rakus kuasa, dan percaya hasutan

1) Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

2) Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

3) Bantuan Awal Persekolahan

4) Bantuan Khas Kewangan

5) Bantuan Khas Aidilfitri

6) Bantuan Bakul Rahmah

7) eMadani / eTunai Belia Rahmah

๐Ÿ˜Ž eWallet RM100 M40 & B40

9) Baucar Perlindungan Tenang

10) Subsidi Barangan Asas

11) Diskaun Bil Elektrik

12) Program Menu Rahmah

13) Jualan Rahmah (PJR)

14) Skim Perlindungan MySalam

15) Skim Peka B40

16) Saringan Kesihatan Percuma

17) Rawatan Mental & Psikososial

18) Bantuan OKU

19) Program MySTEP

20) Bantuan Rumah Perlindungan

21) Diskaun Bayaran PTPTN

22) Penangguhan Bayaran PTPTN

23) Baucar Buku / eBaucar Pelajar

24) Elaun Latihan Industri

25) Bantuan MyBrain15

26) Subsidi Yuran TASKA/TADIKA

27) Insentif PERKESO Graduan TVET

28) Bayaran Latihan Pekerja Gig

29) Dana IPR (Inisiatif Pendapatan Rakyat)

30) Dana TEKUN / AIM

31) Dana Usahawan Tani

32) Geran Padanan Usahawan Muda

33)Kredit Mikro MADANI

34)Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

35)Latihan Kemahiran & TVET

36)Pas MY50 / MY100

37)Diskaun Pengangkutan Pelajar & Warga Emas

38)Tambang Percuma OKU

39)Bas Percuma Wilayah

40)Skim Perumahan MADANI

41)Bina Rumah Mesra Rakyat

42)Subsidi Pesawah

43)Insentif Harga Getah (IPG)

44)Insentif Pengeluaran Lateks (IPL)

45)Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

46)Subsidi Baja & Racun

47)Bantuan Input Pertanian

48)Elaun Sara Hidup Nelayan

49)Insentif Tangkapan Laut & Darat

50)Elaun Pekebun Kecil

51)Program Rezeki Tani MADANI

52)Elaun Imam

53)Elaun Bilal

54)Elaun Siak

55)Elaun Guru KAFA

56)Bantuan Sekolah Agama Rakyat

57)Peruntukan Masjid & Surau

58)Sumbangan Maal Hijrah

59)Insentif Khas Guru KAFA

60)Bantuan Khas Penjawat Awam

61)Bantuan Khas Pesara Kerajaan

62)Bayaran Khas Gred 56 ke bawah

63)Kenaikan Elaun ITKA

64)Insentif Awal Aidilfitri

65)Geran PMKS One-Off RM1,000

66)CahayaMata Keluarga Malaysia

67)MyBAS50 (Johor Bahru)

68)Pengecualian Duti Setem Rumah Pertama

69)Penstrukturan Subsidi Diesel & RON95

70)Bantuan Tunai Diesel Bersasar

71)Pembatalan Kebankrapan Golongan Rentan

72)Dividen Tambahan & Had Pelaburan ASB/ASB2

73)Penambahbaikan/ kenaikan Gaji Penjawat Awam 15%

74)Wujudkan gaji minima penjawat awam baharu/swasta.

Madani bekerja

Monday, May 11, 2026

Ketidak waras segolongan melayu dlm bab politik

  Bila masuk bab politik segolongan melayu jadi kurang waras. Parti Melayu bergaduh sesama kumpulan sendiri menyalahkan parti lain mengemuka sebab yang remeh, melalut tanpa bukti dan fakta.Perangai pemimpinnya macam budak budak lebih cenderung emosi dari pemikiran yang waras. Sebab tamak kuasa ,dengki dan tak puas hati, mentaliti mereka cari sebab untuk bersengketa bukan cari sebab untuk berdamai terus hilang akhlak islamnya.Pemimpin mereka berfikir dgn cara bersengketa untuk dapat ramai sokongan .Menjadi contoh tak baik pada orang kafir mengangap orang islam suka bersengketa. Pengikutnya sokong membuta tuli tanpa tabayun dan memikir dengan waras. Dengan sibuk bertengkar hasilnya orang melayu kawasannya terbiar. Tengok kawasan pemimpin melayu wakili samaada dun atau perlimen susah nak jumpa lot kedai kepunyaan melayu .jika ada pun warung tepi jalan. Itupun kena hambat.jika benar ikhlas jaga melayu sepatutnya mereka mewajibkan sekurang kurangnya 10 peratus dipunyai orang melayu.Penilaian mereka adalah pemimpin yang disokong pandai cakap, menghasut,memulakan persengketaan , memfitnah,mengadu domba,bising disanjung. Cakapnya berlegar pada masalah tak ada langsung perancangan untuk selesaikan masalah. Pemimpin yang terbukti buat kerja di ketepikan dan dijadikan musuh.Mereka menyokong kerana tak kesah pemimpin puak mereka tak reti jadi menteri dan sibuk fitnah,mengadu domba,menghasut,dengki,tebuk atap tanpa memikirkan kemajuan kepada negeri ,negara , dirinya dan genarasinya. Mereka menutup kelemahan pentadbiran negerinya dengan mengalihkan isu remeh,fitnah, mengadu domba, tebuk atap, memanjangkan persengketaan antara melayu dan ratib dap dap.Mereka tak nampak atau buat buat tak tahu negeri sokongan mereka terengganu,kelantan,kedah miskin dibandingkan negeri lain. .Jambatan di jeli roboh pun mereka tak kisah. (bila keretapi tergelincir suruh menterinya letak jawatan , tapi pelik bila jambatan jeli roboh tak suruh mb kelantan letak jawatan.)  

Dalam media sosial dikemukakan perkataan atau gambar menimpulkan persengketaan dan perbalahan .Otak pengikut mereka dah setkan siapa mereka sokong dan bangkang.Mereka mengadili sesuatu isu berdasarkan tanggap dan pemikiran yang dismpan dalam otak mereka yang terkeluar melalui emosi, dengki ,tak puashati dan mengenepikan logik akal dan hujah.Segala isu yang sesuai dgn pemikiran mereka dianggap benar walaupun tak logik,melalut,mengarut,fitnah dan bukan fakta.Maka terkeluarlah jawapan melalut,mengarut,emosi marah,kutukan dan penghinaan.Mereka jadi Orang dungu ni bila kalah berhujah dan tak bolih lawan hujah maka mereka akan balas dgn emosi,mengutuk ,melalut mencarut dan melabelkan dgn nama yang buruk.Orang taksub ni pakar spin fakta jadi macam auta, spin auta jadi macam fakta.Orang dungu merasa jiwa tenang bila idea dungunya mendapat sokongan dan pujian tapi memberontak jiwanya bila idea dungunya mendapat bangkangan. Jangan berdebat dengan orang bodoh, dia akan mengheret anda dalam tahapnya dan mengalahkan anda melalui pengalamannya, Mereka buat buat bodoh, buat buat tak faham bila menjawab atau bertanya semata mata mempertahankan pendirianya. Mereka berfikiran negatif pada teguran dan nasihat dianggap sebagai kutuk kumpulan mereka. Lagi pelik mereka ini ada lulusan univesiti hingga PHD dan jawatan tinggi dalam kerajaan dan sektor swasta.Perangai mereka menyalahkan musuh politik dgn berbagai tuduhan dan andaian tanpa muhasabah diri sendiri. 

2.Projek membonzaikan pemikiran melayu.

Pokok bonzai telah dibuat semasa kecil dan bentuk bentuk menjadi kekal hingga dewasa walaupun ditiup angin Bonsai ialah suatu seni menggubah pokok miniatur dalam bekas pasu hiasan menyerupai pokok besar melalui penyimpanan spesies pokok tertentu di dalam pasu yang bersaiz kecil, mengawal tumbesarannya serta mengoleh pangkas bentuk semula jadi susunan dahan, ranting, daun dan juga banirnya mengikut gaya yang dikehendaki.

Mereka dimomokan DAP anti islam, jika DAP memerintah habis melayu kena sembelih. Keluarlah fatwa ,hadis dan alquran tidak bolih undi kafir DAP. Bila tanya MCA tu buka kafir ke? . Bila DAP ambil petikan alquran maka keluar fatwa orang kafir haram ambil petikan alquran tapi mereka buat tak kisah bila orang kafir ambil petikan alquran dalam muktamarnya. Jawapannya.tu tak apa MCA geng.Di Malaysia agak mudah. Hantu menakutkan orang Melayu adalah DAP. Mereka marah bila DAP bercakap tak sealiran dgn agong, sultan dgn alasan melawan sultan,mencabar orang melayu tapi mereka diam dan tak kisah jika ada pemimpin melayu kalangan mereka bercakap tak sealiran dgn sultan dan yg dipertuan agong malahan menentang yang dipertuan agong.Jika seorang ahli DAP lawan sultan dan agong, maka mereka mengangap semua ahli dap lawan sultan dan agong dikutuk habis habisan tapi pelik bila seorang  2 ahli pas lawan sultan dan agong mereka senyap dan tak pula anggap semua ahli pas lawan sultan dan agong.Jika melayu perlekehkan agong dan sultan jangan harap bangsa lain menghormati sultan dan agong. Seorang dua ahli dap anti islam maka mereka menuduh semua ahli dap anti islam dan kutuk habis habisan tapi pelik seorang ahli pas hina sahabat nabi mereka tak pula anggap semua ahli pas hina sahabat nabi.

Melayu dibuat percaya bahawa terdapat pelbagai macam hantu.bila pilihan raya tak ada calon melayu dari mereka lawan calon DAP .  Musuh DAP kalangan melayu berpecah tapi DAP bertambah kuat sebab tak ikut ayat dibawah 

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

(Al-Maaidah 5:8)

4. Mereka tak tabayun kenapa tanah rezab melayu tergadai dan mengkambing hitamkan bangsa bukan melayu dan dap sedangkan alasan tak logik dap tak pernah menjadi menteri besar negeri yang tergadai tanah rezab melayu spt kedah,perak,selangor,n9, johor melaka,pahang dll. Kuasa penukaran setatus tanah rezab melayu dalam bidang kuasa menteri besar. Lagi pelik ada kalangan melayu melaungkan selogan hidup melayu,demi melayu juara jual tanah pusaka ibubapa atuk nenek pada bukan melayu lepas tu salahkan DAP..


 6.Pas sibuk nak merampas negeri lain hingga membiarkan negerinya miskin spt mentaliti lanun. Mereka bermentaliti lanun  tidak ada usaha menyara hidup  kumpulannya dan negerinya  dengan usaha sendiri .Jika nak hidup atau kaya melalui takluk dan rampas kekayaan kumpulan lain  dan negeri lain  . Spt sekarang sibuk nak rampas negeri kaya. Tindakannya  sekarang membunuh mental dan jati diri bangsanya. Persoalannya jika bagus kenapa tak buktikan negerinya lebih maju dari negeri lain satelah beri pulang lebih 30 tahun.Tengok kawasan Negeri terengganu kelantan penuh semak,belukar tanpa usaha menternak kambing,lembu ,kerbau,perikanan dan pertanian secara komersial. Jika pemimpin benar ikhlas dah lama negerinya kaya dari n9 melalui membuat projek setiap kampung melahirkan 20 orang mengusahakan pertanian dan penternakan.lebihan hasil bolih diexport. 

8. Mentaliti negerinya  harap bantuan dari persekutuan untuk maju tanpa usaha sendiri. Macam indonesia dulu terpaksa harap bantuan negara luar dan akhirnya generasinya miskin hingga sekarang.

9. Tidak sedar pengajaran semasa pm8 memerintah pas ada dalam kerajaan dan pm8 ada kuasa veto dalam akta darurat bolih luluskan undang undang tanpa sidang parlimen. Kenapa tak usulkan isu yang di bisingkan spt haramkan dap,haramkan judi, tuntut royalti minyaknya.? Mereka bising,berdemo, berkempen memperjuangkan kematian prebet Adam tapi senyap bila dah ada dalam kerajaan.

10. Kebaikan musuh politiknya disenyapkan tanpa diwar warkan atau dibincangkan. mereka lebih membincangkan keburukan dan kejahatan musuh politiknya dan membuat andai perkara atau isu,kejadian yang buruk mustahil terjadi atau tak terjadi. Kejahatan dan keburukan puak mereka disenyapkan tanpa dibincangkan .jika dibincangkan dianggap musuhnya atau penghianat maknanya mereka redo kejahatan kumpulan sokongannya.. Sedangkan ia adalah penghianat tanpa disedari sebab membiarkan kejahatan dalam golongan mereka.

11. Mereka sibuk minta PMX turun tanpa membandingkan secara adil dengan PM yang terdahulu dan tanpa memikirkan  siapakah yang layak jadi  PM akan datang dan akibat pada mereka, rakyat dan negara iaitu adakah negara stabil dan mereka akan dapat subsidi diterima sekarang spt minyak, sara,mykasih,sir sar, sumbangan bantuan sekolah,bantuan bakul rahmah,emadani untuk b40,subsudi barang asas,skim peka b40,bantuan oku, mystep,ensentif pekeso garduan tvet,PAS  MY50/My100,bas percuma wilayah.bantuan pesawah,elaun sara hidup nelayan.elaun imam,bilal dan siak,elaun guru kafa,bantuan sekolah agama rakyat., bantuan khas penjawat awam. mengujudkan gaji minimum penjawat awam. jika mereka tak dapat saperti sekarang confirm menyesal dan kena kutuk  yang buang pmx  . Persoalannya adakah PM akan datang beri bantuan serupa.atau lebih baik dan negara lebih stabil.

12. Mereka tak tahu membezakan mungkir janji dgn tak dapat tunaikan janji. Tak dapat dapat janji adalah tak bolih tunaikan janji sebab kengkangan ,halangan ,kewangan atau keadaan semasa berjanji lebih baik dari keadaan masa nak tunaikan janji.  Janji tak tertunai sebab harta negara dah diperabih oleh PM sebelumnya. Walaupun janji tak tertunai tapi di beri banyak bantuan yang tak dijanjikan semasa pilihan raya.

Mungkir janji adalah tidak, ada niat tunaikan janji walaupun diberi peluang dan kuasa. Spt pas nak hapuskan judi dan laksanakan hudud .  Seumur hidup kamu ada tak kamu mungkir janji.?

Sebelum mengundi buat solat isthikarah.

Undi siapa ?Solat Istikharah

Sabda Nabi : "Beruntunglah bagi yang beristikharah".


Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini. mengundi Parti ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

Aamiin