Monday, May 11, 2026

Ketidak waras segolongan melayu dlm bab politik

  Bila masuk bab politik segolongan melayu jadi kurang waras. Parti Melayu bergaduh sesama kumpulan sendiri menyalahkan parti lain mengemuka sebab yang remeh, melalut tanpa bukti dan fakta.Perangai pemimpinnya macam budak budak lebih cenderung emosi dari pemikiran yang waras. Sebab tamak kuasa ,dengki dan tak puas hati, mentaliti mereka cari sebab untuk bersengketa bukan cari sebab untuk berdamai terus hilang akhlak islamnya.Pemimpin mereka berfikir dgn cara bersengketa untuk dapat ramai sokongan .Menjadi contoh tak baik pada orang kafir mengangap orang islam suka bersengketa. Pengikutnya sokong membuta tuli tanpa tabayun dan memikir dengan waras. Dengan sibuk bertengkar hasilnya orang melayu kawasannya terbiar. Tengok kawasan pemimpin melayu wakili samaada dun atau perlimen susah nak jumpa lot kedai kepunyaan melayu .jika ada pun warung tepi jalan. Itupun kena hambat.jika benar ikhlas jaga melayu sepatutnya mereka mewajibkan sekurang kurangnya 10 peratus dipunyai orang melayu.Penilaian mereka adalah pemimpin yang disokong pandai cakap, menghasut,memulakan persengketaan , memfitnah,mengadu domba,bising disanjung. Cakapnya berlegar pada masalah tak ada langsung perancangan untuk selesaikan masalah. Pemimpin yang terbukti buat kerja di ketepikan dan dijadikan musuh.Mereka menyokong kerana tak kesah pemimpin puak mereka tak reti jadi menteri dan sibuk fitnah,mengadu domba,menghasut,dengki,tebuk atap tanpa memikirkan kemajuan kepada negeri ,negara , dirinya dan genarasinya. Mereka menutup kelemahan pentadbiran negerinya dengan mengalihkan isu remeh,fitnah, mengadu domba, tebuk atap, memanjangkan persengketaan antara melayu dan ratib dap dap.Mereka tak nampak atau buat buat tak tahu negeri sokongan mereka terengganu,kelantan,kedah miskin dibandingkan negeri lain. .Jambatan di jeli roboh pun mereka tak kisah. (bila keretapi tergelincir suruh menterinya letak jawatan , tapi pelik bila jambatan jeli roboh tak suruh mb kelantan letak jawatan.)  

Dalam media sosial dikemukakan perkataan atau gambar menimpulkan persengketaan dan perbalahan .Otak pengikut mereka dah setkan siapa mereka sokong dan bangkang.Mereka mengadili sesuatu isu berdasarkan tanggap dan pemikiran yang dismpan dalam otak mereka yang terkeluar melalui emosi, dengki ,tak puashati dan mengenepikan logik akal dan hujah.Segala isu yang sesuai dgn pemikiran mereka dianggap benar walaupun tak logik,melalut,mengarut,fitnah dan bukan fakta.Maka terkeluarlah jawapan melalut,mengarut,emosi marah,kutukan dan penghinaan.Mereka jadi Orang dungu ni bila kalah berhujah dan tak bolih lawan hujah maka mereka akan balas dgn emosi,mengutuk ,melalut mencarut dan melabelkan dgn nama yang buruk.Orang taksub ni pakar spin fakta jadi macam auta, spin auta jadi macam fakta.Orang dungu merasa jiwa tenang bila idea dungunya mendapat sokongan dan pujian tapi memberontak jiwanya bila idea dungunya mendapat bangkangan. Jangan berdebat dengan orang bodoh, dia akan mengheret anda dalam tahapnya dan mengalahkan anda melalui pengalamannya, Mereka buat buat bodoh, buat buat tak faham bila menjawab atau bertanya semata mata mempertahankan pendirianya. Mereka berfikiran negatif pada teguran dan nasihat dianggap sebagai kutuk kumpulan mereka. Lagi pelik mereka ini ada lulusan univesiti hingga PHD dan jawatan tinggi dalam kerajaan dan sektor swasta.Perangai mereka menyalahkan musuh politik dgn berbagai tuduhan dan andaian tanpa muhasabah diri sendiri. 

2.Projek membonzaikan pemikiran melayu.

Pokok bonzai telah dibuat semasa kecil dan bentuk bentuk menjadi kekal hingga dewasa walaupun ditiup angin Bonsai ialah suatu seni menggubah pokok miniatur dalam bekas pasu hiasan menyerupai pokok besar melalui penyimpanan spesies pokok tertentu di dalam pasu yang bersaiz kecil, mengawal tumbesarannya serta mengoleh pangkas bentuk semula jadi susunan dahan, ranting, daun dan juga banirnya mengikut gaya yang dikehendaki.

Mereka dimomokan DAP anti islam, jika DAP memerintah habis melayu kena sembelih. Keluarlah fatwa ,hadis dan alquran tidak bolih undi kafir DAP. Bila tanya MCA tu buka kafir ke? . Bila DAP ambil petikan alquran maka keluar fatwa orang kafir haram ambil petikan alquran tapi mereka buat tak kisah bila orang kafir ambil petikan alquran dalam muktamarnya. Jawapannya.tu tak apa MCA geng.Di Malaysia agak mudah. Hantu menakutkan orang Melayu adalah DAP. Mereka marah bila DAP bercakap tak sealiran dgn agong, sultan dgn alasan melawan sultan,mencabar orang melayu tapi mereka diam dan tak kisah jika ada pemimpin melayu kalangan mereka bercakap tak sealiran dgn sultan dan yg dipertuan agong malahan menentang yang dipertuan agong.Jika seorang ahli DAP lawan sultan dan agong, maka mereka mengangap semua ahli dap lawan sultan dan agong dikutuk habis habisan tapi pelik bila seorang  2 ahli pas lawan sultan dan agong mereka senyap dan tak pula anggap semua ahli pas lawan sultan dan agong.Jika melayu perlekehkan agong dan sultan jangan harap bangsa lain menghormati sultan dan agong. Seorang dua ahli dap anti islam maka mereka menuduh semua ahli dap anti islam dan kutuk habis habisan tapi pelik seorang ahli pas hina sahabat nabi mereka tak pula anggap semua ahli pas hina sahabat nabi.

Melayu dibuat percaya bahawa terdapat pelbagai macam hantu.bila pilihan raya tak ada calon melayu dari mereka lawan calon DAP .  Musuh DAP kalangan melayu berpecah tapi DAP bertambah kuat sebab tak ikut ayat dibawah 

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

(Al-Maaidah 5:8)

4. Mereka tak tabayun kenapa tanah rezab melayu tergadai dan mengkambing hitamkan bangsa bukan melayu dan dap sedangkan alasan tak logik dap tak pernah menjadi menteri besar negeri yang tergadai tanah rezab melayu spt kedah,perak,selangor,n9, johor melaka,pahang dll. Kuasa penukaran setatus tanah rezab melayu dalam bidang kuasa menteri besar. Lagi pelik ada kalangan melayu melaungkan selogan hidup melayu,demi melayu juara jual tanah pusaka ibubapa atuk nenek pada bukan melayu lepas tu salahkan DAP..


 6.Pas sibuk nak merampas negeri lain hingga membiarkan negerinya miskin spt mentaliti lanun. Mereka bermentaliti lanun  tidak ada usaha menyara hidup  kumpulannya dan negerinya  dengan usaha sendiri .Jika nak hidup atau kaya melalui takluk dan rampas kekayaan kumpulan lain  dan negeri lain  . Spt sekarang sibuk nak rampas negeri kaya. Tindakannya  sekarang membunuh mental dan jati diri bangsanya. Persoalannya jika bagus kenapa tak buktikan negerinya lebih maju dari negeri lain satelah beri pulang lebih 30 tahun.Tengok kawasan Negeri terengganu kelantan penuh semak,belukar tanpa usaha menternak kambing,lembu ,kerbau,perikanan dan pertanian secara komersial. Jika pemimpin benar ikhlas dah lama negerinya kaya dari n9 melalui membuat projek setiap kampung melahirkan 20 orang mengusahakan pertanian dan penternakan.lebihan hasil bolih diexport. 

8. Mentaliti negerinya  harap bantuan dari persekutuan untuk maju tanpa usaha sendiri. Macam indonesia dulu terpaksa harap bantuan negara luar dan akhirnya generasinya miskin hingga sekarang.

9. Tidak sedar pengajaran semasa pm8 memerintah pas ada dalam kerajaan dan pm8 ada kuasa veto dalam akta darurat bolih luluskan undang undang tanpa sidang parlimen. Kenapa tak usulkan isu yang di bisingkan spt haramkan dap,haramkan judi, tuntut royalti minyaknya.? Mereka bising,berdemo, berkempen memperjuangkan kematian prebet Adam tapi senyap bila dah ada dalam kerajaan.

10. Kebaikan musuh politiknya disenyapkan tanpa diwar warkan atau dibincangkan. mereka lebih membincangkan keburukan dan kejahatan musuh politiknya dan membuat andai perkara atau isu,kejadian yang buruk mustahil terjadi atau tak terjadi. Kejahatan dan keburukan puak mereka disenyapkan tanpa dibincangkan .jika dibincangkan dianggap musuhnya atau penghianat maknanya mereka redo kejahatan kumpulan sokongannya.. Sedangkan ia adalah penghianat tanpa disedari sebab membiarkan kejahatan dalam golongan mereka.

11. Mereka sibuk minta PMX turun tanpa membandingkan secara adil dengan PM yang terdahulu dan tanpa memikirkan  siapakah yang layak jadi  PM akan datang dan akibat pada mereka, rakyat dan negara iaitu adakah negara stabil dan mereka akan dapat subsidi diterima sekarang spt minyak, sara,mykasih,sir sar, sumbangan bantuan sekolah,bantuan bakul rahmah,emadani untuk b40,subsudi barang asas,skim peka b40,bantuan oku, mystep,ensentif pekeso garduan tvet,PAS  MY50/My100,bas percuma wilayah.bantuan pesawah,elaun sara hidup nelayan.elaun imam,bilal dan siak,elaun guru kafa,bantuan sekolah agama rakyat., bantuan khas penjawat awam. mengujudkan gaji minimum penjawat awam. jika mereka tak dapat saperti sekarang confirm menyesal dan kena kutuk  yang buang pmx  . Persoalannya adakah PM akan datang beri bantuan serupa.atau lebih baik dan negara lebih stabil.

12. Mereka tak tahu membezakan mungkir janji dgn tak dapat tunaikan janji. Tak dapat dapat janji adalah tak bolih tunaikan janji sebab kengkangan ,halangan ,kewangan atau keadaan semasa berjanji lebih baik dari keadaan masa nak tunaikan janji.  Janji tak tertunai sebab harta negara dah diperabih oleh PM sebelumnya. Walaupun janji tak tertunai tapi di beri banyak bantuan yang tak dijanjikan semasa pilihan raya.

Mungkir janji adalah tidak, ada niat tunaikan janji walaupun diberi peluang dan kuasa. Spt pas nak hapuskan judi dan laksanakan hudud .  Seumur hidup kamu ada tak kamu mungkir janji.?

Sebelum mengundi buat solat isthikarah.

Undi siapa ?Solat Istikharah

Sabda Nabi : "Beruntunglah bagi yang beristikharah".


Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini. mengundi Parti ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

Aamiin

No comments:

Post a Comment