ISU UEC: PAS JANGAN HIPOKRIT
Sebenarnya PAS lah antara parti yang paling lantang memperjuangkan pengiktirafan UEC sejak tahun 2001, iaitu setahun selepas mereka cium mulut dengan DAP. (Barisan Alternatif)
Dan ketika PRU13, PAS bersama DAP dan PKR secara terbuka memasukkan agenda pengiktirafan UEC dalam Buku Jingga mereka.
Waktu itu mereka desak kerajaan Barisan Nasional supaya mengiktiraf UEC sepenuhnya.
Aku ingat lagi masa tu kerajaan BN dah berbuih jelaskan memang ada pelajar UEC yang berjaya masuk ke IPTA, tetapi perlu lah melalui beberapa syarat tertentu! Bukan senang-senang saja boleh masuk.
Namun PAS tetap bantah. PAS tetap tekan supaya UEC diiktiraf sepenuhnya.
Pada 2020, bila PAS berjaya bentuk kerajaan bersama PN mereka sendiri melonggarkan syarat dengan membenarkan lepasan UEC memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG).
FAKTA YANG RAMAI TAK TAHU:
Sejak dahulu memang ada je pelajar UEC yang berjaya masuk IPTA. Tetapi bukan secara automatik
.LALUAN PERTAMA:
UEC + SPM penuh
Kalau cukup syarat akademik dan merit, mereka boleh memohon pelbagai jurusan termasuk Perubatan, Engineering, Law, Pendidikan dan lain-lain.
LALUAN KEDUA:
UEC + kredit BM + lulus Sejarah
Harini, seperti PN, Kerajaan Madani pula melonggarkan sedikit lagi syarat. Hanya perlu kredit BM dan lulus Sejarah sahaja. Kelonggaran ini termasuk juga kepada pelajar TAHFIZ.
Tetapi mereka tak boleh ambil Law, Medic dan lain-lain seperti LALUAN PERTAMA. Hanya boleh ambil jurusan Bahasa dan Pengajian Cina sahaja. (untuk tahfiz pun sama)
LALUAN KETIGA:
UEC sahaja = TAK LAYAK
MAKNANYA SEHINGGA HARI INI UEC MASIH BELUM DIIKTIRAF PENUH sebagai syarat standard kemasukan IPTA. Begitu juga TAHFIZ.
Dan inilah perkara sebenar yang diperjuangkan oleh Dong Zong dan PAS (LALUAN KETIGA)
Mereka mahu UEC SAHAJA diterima masuk ke IPTA tanpa perlu SPM, tanpa perlu kredit BM dan lulus Sejarah.
Tapi yang paling kelakar sekarang, PAS pula sibuk menuduh UMNO “tunduk DAP”.
Sedangkan rekod paling jelas memperjuangkan pengiktirafan penuh UEC sejak dulu ialah PAS sendiri.
Dulu masa nak undi dan dana dari DAP, bukan main lagi mereka tuntut UEC diiktiraf penuh.
Harini bila PAS nak undi Melayu, depa acah2 main sentimen UMNO ikut cakap DAP. Asal ada isu je depa sanggup tunggang walau tak selari dengan prinsip mereka selama ni.
Depa ingat rakyat bodoh kot. Sekarang ni maklumat di hujung jari. Padahal PAS, Dong Zhong dan DAP sama je.
Perasan tak, sehingga hari ini PAS langsung tak minta turunkan artikel Berita pada 2001 tersebut.
Sebab apa?
Sebab bila mereka mahu tarik undi Cina semula nanti, mereka akan kata merekalah yang selama ni perjuangkan UEC, sambil petik artikel lama tersebut. Begitulah politik.
No comments:
Post a Comment