Wednesday, December 8, 2010

Kenali ketuanan Melayu ala Umno

Apabila pemimpin Umno bercakap soal ketuanan Melayu, . Inilah analogi yang layak dipakai, dalam erti kata yang lain cakap tidak serupa bikin. Selepas PRU 2008 pemimpin umno macam orang kena sawan. Berbagai formula yang dicari untuk menyembuhkan penyakit. Sudah banyak doktor pakar datang merawat, sudah banyak tok bomoh membaca jampi, namun penyakit ini tidak juga sembuh malahan makin parah.

Cuma ada satu lagi ubat untuk dicuba iaitu Ketuanan Melayu. Dengan muka tidak malu pemimpin Umno mula menunjukkan umno juara melayu dan Pakatan Rakyat tidak bela melayu. Dakwaan mereka, yang boleh tegak ketuanan melayu ialah melalui Umno. Sebenarnya umno cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji, kerana cuba untuk menutup kegagalan mereka selama ini.

Orang Melayu jangan tertipu lagi dengan slogan ketuanan melayu ala umno. Pemimpin Umno cuba meniupkan sentimen ini melalui media televisyen terutamanya. Media ini akan pusing isu ini seolah-olah umno sahaja yang mempertahankan ketuanan melayu sehingga setengah rakyat yang menganggap umno begitu suci dan tidak boleh diganggu.

Sebenarnya ketuanan Melayu umno hanya untuk menjadi tiket pemimpin mereka menggadai hak melayu dan memberi kesenangan kepada keluarga dan suku sakatnya sahaja. Dalilnya sudah lebih separuh abad umno diberi peluang untuk menjaga hak Melayu akhirnya satu persatu tergadai. Bukankah ini semua angkara Umno?

Faktanya ketuanan melayu umno telah merugikan orang melayu, bukan mengangkat martabat melayu di negara ini.

- Ketuanan Melayu umno, menyebabkan peneroka bandar telah dihalau macam anjing. Yang menjadi broker ialah pemimpin umno dengan pemaju. Contoh yang terdekat seperti yang berlaku kepada penduduk setinggan di Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang. Mereka sudah tinggal 30 tahun dan menjadi penyokong tegar umno. Sewaktu mereka dihalau batang hidung pemimpin umno tidak nampak. Begitu juga apa yang terjadi di Kampung Berembang Ampang di zaman umno berkuasa. Ini semua kawasan tegar menyokong umno. Sewaktu berhadap dengan pemaju ialah daripada Pas, Pkr, Dap dan NGO sehingga ada yang merengkok dalam lokap. Mana pergi pemimpin umno yang hendak menegakkan ketuanan melayu ketika penyokong mereka dihalau.

- ketuanan melayu ala umno pulun harta syarikat melayu bank bumiputra, felda,felcra,kumpulan wang amanah pencen.

Ketanan melayu ala umno menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?

Ketuanan melayu ala umno membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

Ketuanan melayu ala umno mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen.
-
- Ketuanan melayu umno, menyebabkan lesap RM52 bilion saham yang diperuntukkan kepada para pelabur bumiputera dari 1984 hingga 2005. Hanya nilai RM2 bilion sahaja yang masih ada di tangan bumiputera.

- Ketuanan melayu umno punya angkara, sehingga pernah menjual saham BERNAS (Syarikat Beras Negara) kepada syarikat Wan Tak Co. Ltd yang berpengkalan di Hong Kong sebanyak 31.36%. Umno tidak sedarkah majoriti yang mengusahakan sawah ialah orang melayu. Apakah jaminan petani-petani ini tidak dizalimi. Amat merbahaya apabila syarikat asing menguasai lesen beras negara di negara yang tercinta. Cuba bayangkan kalau yang menjual itu ialah kerajaan Pakatan Rakyat, nescaya akan dituduh agen asing di negara ini.

- Ketuanan melayu umno sehingga sanggup mengkhianati hak orang miskin contohnya lesap wang PPRT sebanyak 32 juta ditipu oleh lelaki Cina Ooi Kee Siang. Yang menjadi menterinya pada waktu itu ialah Datuk Anuar Musa daripada umno.

- Ketuanan melayu umno yang sanggup membunuh bahasa sendiri dengan menyokong mata pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris, walaupun berpuluh Profesor dan pakar pendidikan tidak bersetuju. Demi untuk memberi projek kepada kroni, biarlah bahasa hancur dan RM6 bilion wang negara hangus. Sedangkan berapa lama usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu telah hancur berkecai. Malahan pemimpin umno melemparkan tuduhan kepada pejuang bahasa sebagai pelampau. Jika bahasa sendiri pun umno tidak boleh pertahankan, apa yang hendak diharapkan untuk menegakkan satu bangsa yang lebih gagah.

Ketuanan melayu umno membebaskan pemimpinnya pulun wang rakyat billion memejarakan rakyat curi untuk sara hidup keluarga.
Senarai ketuana melayu korup  beri projek pada kroni yang tak tahu buat kerja hanya tahu untung atas angin tanpa didakwa.
PKFZ RM12bill

2. Submarine commission RM500mil
3. Sime Darby RM964mil
4. Paya Indah Westland RM88mil
5. Posmalaysia (transmile) RM230mil lost
6. Eurocopter deal RM1bil wasted?
7. Terengganu Stadium Collapsed RM292mil
8. MRR2 repair cost RM70mil
9. Maybank Overpaid BII RM4bil
10. Tourism -NYY kickback RM10mil
11. 3 paintings bought by MAS—————– RM 1.5M
12. Overpayment by Sport Ministry————- RM 8.4M
13. London 's white elephant sports complex —- RM 70M
14. MRR2 Repairs—————————— RM 70M
15. MATRADE repairs ————————– RM 120M
16. Cost of new plane used by PM————– RM 200M
17. InventQ irrecoverable debt —————- RM 228M
18. Compensation for killing crooked bridge —– RM 257M
20. Lost in selling Augusta ——————— RM 510M
21. Worth of AP given out in a year ———— RM 1.8B
22. Submarines (future Muzium Negara artifacts)- RM 4.1B
23. PSC Naval dockyard ———————— RM 6.75B
24. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1
billion loss (RM3.2 billion in 2008 ringgit)
Ketuanan Melayu ala UMNO sanggup bunuh Melayu di Memali. Yang kena bunuh Melayu, yang membunuh melayu. yang mengarahkan Melayu

Ketuanan melayu umno sanggup memfitnah dan memburuk kan orang melayu peliwat YAB Anwar Ibrahim. yang menuduh melayu, yang kena tuduh Melayu, pendakwa melayu, hakim Melayu diarahkan melayu, Polis melayu..
.
Ketuanan melayu ala umno menobatkan pemimpin rakus sebagai mulia.mereka sanggup perpikit untuk pemimpin umno korup. Adalah mereka berpikit jika pengundinya  korup.
Belasah perhimpunan yang terdiri Orang Melayu. Yang belasah Melayu, Yang Kena Belasah Orang Melayu.

Ketuanan melayu adalah :-
Pemimpin umno adalah tuan, pengikut,penyokongnya,pengundinya  dan rakyat adalah hamba 
orang umno Tindas orang Melayu
umno bodohkan orang Melayu
umno fitnah Melayu
umno Bunuh Melayu
umno rompak harta Melayu
Umno Tipu Melayu
Umno rampas tanah orang Melayu
Umno tak berani mengusik bukan Melayu
Umno Syok sendiri

No comments:

Post a Comment