SABDA Rasulullah SAW: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah.
Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya: Siapakah golongan al-Ruwaibhidah? Maka baginda SAW menjawab: Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar.( Jadi menteri, menerajui kementerian). (Riwayat Ibn madjah)
"Apabila sesuatu amanah itu disalahgunakan (disia-siakan), maka tunggulah saat kehancuran." Para sahabat bertanya: "Bagaimana amanah itu disalahgunakan, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Iaitu apabila tugas atau tanggungjawab sebagai pemimpin itu diberikan (diserahkan) kepada bukan bidang kepakaran (jahil) atau bukan orang yang layak ,maka tunggulah saat kehancuran.
Perkara yang tak masuk akal di Malaysia sejak dulu lagi.
Ketua ketua kerajaan dan kementerian peringkat pengarah tertinggi berpengalaman luas bidangnya mula dari bawah lama bekerja dan mempunyai ijazah paling tinggi phd,master dan degree.tapi diterajui oleh menteri yang dijadikan ketua kementerian kelulusan setakat spm dan tidak tahu langsung bidang yang ditadbirkan.
Contoh pengarah tertinggi kementerian kesihatan bertaraf doktor berpengalaman luas dalam ilmu perubatan dan pembedahan tapi diterajui menteri kesihatan yang tak pernah rawat pesakit, tak pernah bedah pesakit apalagi jenis penyakit dan jenis ubat, dan juga tidak ditanam etika kedoktaran iaitu menyelamatkan orang dan menyembuhkan pesakit.
Kakitangan jawatan tinggi kementerian kewangan kelulusan tinggi dalam bidang kewangan,akauntan tapi diterajui oleh menteri yang tak tahu debit,kredit, tidak ada asas perakaunan dan kewangan.
Kakitangan jawatan tinggi kementerian pertanian kelulusan dalam bidang pertanian tapi diterajui oleh menteri yang ada asas pertanian.
Kakitangan jawatan tinggi kementerian perikanan kelulusan dalam bidang perikanan tapi diterajui oleh menteri yang tak kenal ikan.
Kakitangan jawatan tinggi kementerian pertahanan berpangkat jenderal tapi diterajui oleh menteri yang kelulusan setakat spm/mce dan tak kenal alat peperangan.
Kakitangan jawatan tinggi kementerian ekonomi kelulusan phd, master bidang economi tapi diterajui oleh menteri yang tak tahu apa itu ekonomi macro dan pasaran kewangan.
Kakitangan jawatan tinggi kementerian pendidikan kelulusan phd, master bidang pendidikan dan berpengalaman mengajar tapi diterajui oleh menteri yang tak pernah mengajar dan tak kenal apa itu pedagogi.
Kakitangan jawatan tinggi kementerian perhutanan kelulusan phd, master bidang perhutanan dan berpengalaman luas dalam bidang perhutanan tapi diterajui oleh menteri yang tak tak tahu jenis pokok.
Orang bodoh dalam bidang jawatannya dan otak opotunity/business spt menteri kesihatan memaksa pesakit jadi pelanggannya .membeli productnya .Duit billion peruntukan kesihatan bolih digunakan memajukan dan memodenkan hospital /kinik dan menambah doktor dan kakitangan.
Kakitangan jawatan tinggi kementerian alam sekitar kelulusan phd, master bidang dan berpengalaman luas dalam bidang hutan , Kajibumi dan pengairan tapi diterajui oleh menteri yang tak tak tahu jenis pokok, tak kenal jenis tanah dan tak tahu jenis awan.
Dinegeri negeri pengarah tertinggi perjngkat negeri lulusan sekurang kurangnya degree dan berpengalaman luas dalam pentadbiran tapi diterajui menteri besar dan ecxo hanya baru beberapa bulan dan kelulusan setakat spm.
Bila ada issue dan masalah berlaku, maka keluar la idea bodoh dari menteri ini. Rakyat tetap sokongnya walaupun idea bodoh dari mereka. Kerana rakyat suka diperbodohkan oleh menteri.
Keluar la idea bodoh / idea tak cerdik bila harga barang berasaskan pertanian naik saperti kenaikan harga barang tidak sepatutnya menjadi masalah besar kepada mereka (pengguna) berbanding rakyat dari negara lain kerana keadaan mereka lebih teruk berbanding Malaysia. Perangai macam cerita bangau, menyalahkan orang lain.
Pegawai kerajaan lulusan universiti terima , ikut idea bodoh dan mempertahankan idea bodoh menterinya kerana sanggup memperbodohkan dirinya kerana ikut arahan
Sebabnya penyokongnya bodoh dan kuat mengampu. Penyokongnya bangga jika menteri dan vvip memperbodohkannya. Mereka tak senang duduk jika menteri tidak memperbodohkannya.
Keluar la ideo bodoh dan perancangan bodoh yg menjahanamkan negara dan menyusahkan rakyat. Rakyat terima akibat keatas kebodohan mereka.
Kerajaan suruh rakyat cintakan negara, bersemangat patriot dan pegang rukun negara tapi adakah menteri yang korup ,rasuah dan tidak amanah cintakan negara,bersemangat patriotic dan pegang rukun negara.
Menteri dalam jabatan bertangungjawab keatas tugas yang dipikulnya. Ia membuat dan melaksanakan perancangan masa depan untuk memajukan kementeriannya.Dan berfikiran kedepan bagaimana melesaikan masalah jika ada masalah mungkin timbul dalam strategi. Menteri mesti pakar secara umum dalam kementeriannya yang diterajuinya supaya ia faham apa pegawai dalam kementerian menerangkan sesuatu isu dan perkara.(apa yg berlaku sekarang macam ayam bercakap dengan itik dan seorang manjat dinding dan sorang merangkak dilantai).
Adakah rakyat memilih menteri berdasarkan akhlak, amanah,jujur, tidak menipu, tidak pernah rasuah dan tidak pernah mugkir janji.
Adakah kamu tidak berfikir.
No comments:
Post a Comment