Friday, November 1, 2024

Ahli politik masuk glc

  Tidak patut ahli poltik masuk Glc,dari pengalaman sebelumnya.Banyak masalahnya spt.


1. Tak layak. Bila tak layak mereka tak paham operasi syarikat samaada makan gaji buta atau menggangu operasi syarikat.Mereka tak ada pengelaman  meneraju syarikat malahan mereka tidak ada sijil pengurusan.

 2. Membazirkan duit syarikat memberi gaji,elaun,kemudahan spt kereta,pemandu,rawatan perubatan,ahli kelab,melawat keluar negara dll.

3. Mengutamakan kroni dalam pemberian projek,pembelian saham, pemilihan pembekal dan pembelian dari kroninya. 

4. Peluang salahguna kuasa sangat tinggi dan melibatkan kerugian jutaan ringgit.

5. Bila ahli politik masuk dlm glc. Pihak pengurusan syarikat terasa terkongkong sebab sebelum buat keputusan kena dapatkan persetujuan secara formal atau informal.Menggangu operasi syarikat termasuk membuat keputusan dan perancangan. Mereka mengunakan kuasa override keputusan yang dah dibuat.

6. Berlaku pecahan sokongan. Samaada meyokong ahli politik atau sokong pengurusan.

7. Bolih berlaku pemecatan atau resign dikalangan pengurusan.

8.Lapuran audit berkenaan ahli politik ini dibakul sampahkan dan setakat dalam draft audit report digugurkan di final audit report yang melibatkan ahli politik rasuah,salahgunakuasa dan pecah amanah.

9. Jabatan integriti dalam syarikat  tidak bolih berfungsi spt dipertanggungjawabkan  bila melibatkan perkara atau isu  berkaitan salah laku ahli politik.

20. Corporate governance yang diamalkan sebelum ini pun tak bolih diguna pakai untuk ahli politik.



No comments:

Post a Comment