Sunday, January 11, 2026

PERPADUAN” VERSION PAS : SAH KALAU KAMI DI ATAS, BATAL KALAU ORANG LAIN

 PERPADUAN” VERSION PAS : SAH KALAU KAMI DI ATAS, BATAL KALAU ORANG LAIN

PAS sering melaungkan perpaduan Melayu dan Islam. Bunyi cantik, ayat molek, sejuk telinga orang awam.

Tapi hakikatnya satu sahaja : Perpaduan itu hanya sah kalau PAS yang memimpin.Kalau orang lain di atas, automatik jadi “tak Islam”, “tak jaga Melayu”, “alat DAP”, “musuh agama”.

Itu teori politik PAS, bukan ajaran Islam.

BUKTI PALING MUDAH : DALAM PN SENDIRI PUN BERKECAMUK

Bila Tan Sri Muhyiddin (TSMY) letak jawatan pengerusi PN, apa jadi?

Sebelum itu : PAS berdegar-degar kata mereka bersedia memimpin,Konon parti paling besar, paling bersih, paling layak,Konon ada “barisan ulama”, “kepimpinan Islam”

Tup-tup…Tak ada satu nama pun yang betul-betul berani tampil,Tak ada calon yang diyakini semua komponen,Masing-masing tarik tangan, pura-pura uzur, pura-pura tak layak,Ini baru tahap koalisi pembangkang., Belum lagi tahap mentadbir negara.

Kalau PN pun PAS tak mampu kemaskan, nak urus Malaysia 33 juta rakyat?

ISLAM TAK AJAR MEREBUT KUASA, TAPI AMANAH & KELAYAKAN

Islam tidak pernah ajar :, Rebut jawatan guna agama,Hukum orang lain kafir atau sesat sebab politik,Anggap hanya kelompok sendiri layak memerintah

Rasulullah ﷺ sendiri bersabda :

إِنَّا وَاللَّهِ لَا نُوَلِّي هَذَا الْعَمَلَ أَحَدًا سَأَلَهُ، وَلَا أَحَدًا حَرَصَ عَلَيْهِ

“Demi Allah, kami tidak akan menyerahkan jawatan ini kepada orang yang memintanya dan yang tamak kepadanya” - (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

PAS hari ini :, Mintak kuasa,Tamak kuasa, Marah bila tak dapat kuasa,Haramkan orang lain bila bukan mereka

Ini bukan siyasah Islam, ini siyasah nafsu.

SOLAT BOLEH, TADBIR NEGARA TAK BOLEH

Tak ada siapa nafikan , PAS kuat ceramah,PAS kuat solat hajat,PAS kuat baca qunut nazilah, PAS kuat demo dan provokasi

Tapi mentadbir negara bukan kerja imam solat jenazah.

Mentadbir negara perlukan :, Kecekapan ekonomi,Diplomasi antarabangsa,Pengurusan fiskal, Polisi pelaburan,Kestabilan kaum dan agama

Kalau memerintah 4 negeri pun ekonomi tercorot, hutang meningkat,bpelaburan lembap, isu air dan pembangunan berulang -

nak suruh rakyat serah negara?

Islam tak ajar umatnya bunuh diri secara berjemaah.

AGAMA DIJADIKAN SENJATA, BUKAN PANDUAN

Allah SWT sudah beri amaran jelas :

وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

“Jangan kamu campur adukkan kebenaran dengan kebatilan dan jangan kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya” - (Surah al-Baqarah: 42).

Hari ini :, Agama dicampur dengan politik kepartian, Ayat Quran jadi peluru politik,Hadis dijadikan perisai kepentingan,Orang lain salah, PAS sentiasa betu Akhirnya kain sendiri yang kena taik.

KESIMPULAN RINGKAS & PADU:PAS pandai provokasi, bukan pentadbiran, PAS lantang menuduh, lemah mengurus,PAS hebat bercakap soal Islam, tapi gagal menterjemah Islam dalam pemerintahan,PAS hanya mampu jadi pembangkang kekal, bukan pemimpin negara

Perpaduan Melayu & Islam bukan milik PAS.

Ia milik umat yang berfikir, adil dan beramanah.

Kalau perpaduan hanya sah bila PAS di atas, itu bukan perpaduan - itu diktator berserban.

Dan Islam tidak pernah melahirkan diktator, Islam melahirkan pemimpin yang layak, amanah dan bertanggungjawab.

 

Fikir. Jangan tak fikir.

HFM | Pengasas QLP

Kuala Lumpur, Malaysia

No comments:

Post a Comment