Thursday, June 18, 2026

Ketidak waras segolongan melayu dlm hall politik

Ketidak waras segolongan melayu dlm bab politik

Bila masuk bab politik segolongan melayu jadi kurang waras. Parti Melayu bergaduh dan kebencian sesama kumpulan sendiri menyalahkan parti lain mengemukakan sebab yang remeh, melalut tanpa bukti dan fakta.Modal ceramah pemimpinnya berperangai macam budak budak lebih cenderung emosi ,kutuk keji,musuh politiknya. . Sebab tamak kuasa ,dengki,kebencian dan tak puas hati, Mentaliti pemimpin mereka cari sebab untuk bersengketa bukan cari sebab untuk berdamai .Berfikir dgn cara bersengketa untuk dapat ramai sokongan .Dengan sibuk bertengkar hasilnya orang melayu kawasannya terbiar. Tengok kawasan pemimpin melayu wakili samaada dun atau perlimen susah nak jumpa lot kedai kepunyaan melayu .jika benar ikhlas jaga melayu sepatutnya mereka mewajibkan sekurang kurangnya 10 peratus dipunyai orang melayu.. Cakapnya berlegar pada masalah tak ada langsung perancangan untuk selesaikan masalah. Pemimpin yang terbukti buat kerja di ketepikan dan dijadikan musuh.Pemimpin nya berebut jawatan menteri,exco untuk membolot banyak pencen.. Mereka menutup kelemahan pentadbiran negerinya dengan mengalihkan isu remeh,fitnah, mengadu domba,kebencian, tebuk atap, memanjangkan persengketaan antara melayu dan ratib dap dap.Mereka tak nampak atau buat buat tak tahu negeri sokongan mereka terengganu,kelantan,kedah miskin dibandingkan negeri lain. .Jambatan di jeli roboh pun mereka tak kisah. (bila keretapi tergelincir suruh menterinya letak jawatan , tapi pelik bila jambatan jeli roboh tak suruh mb kelantan letak jawatan.)

Dalam media sosial dikemukakan perkataan atau gambar menimpulkan persengketaan,kebencian dan perbalahan .Otak pengikut mereka menjadi dungu dah setkan siapa mereka sokong dan bangkang.Mereka mengadili sesuatu isu berdasarkan tanggap dan pemikiran yang dismpan dalam otak mereka yang terkeluar melalui emosi, dengki ,tak puashati dan mengenepikan logik akal dan hujah.Segala isu yang sesuai dgn pemikiran mereka dianggap benar walaupun tak logik,melalut,mengarut,fitnah dan bukan fakta..Mereka jadi Orang dungu ni bila kalah berhujah dan tak bolih lawan hujah maka mereka akan balas dgn emosi,mengutuk ,melalut mencarut dan melabelkan dgn nama yang buruk.. Lagi pelik mereka ini ada lulusan univesiti hingga PHD dan jawatan tinggi .Perangai mereka menyalahkan musuh politik dgn berbagai tuduhan dan andaian tanpa muhasabah diri .Penilaian penyokong adalah pemimpin yang disokong pandai cakap, menghasut,memulakan persengketaan ,kebencian memfitnah,mengadu domba,bising tanpa memikirkan kemajuan kepada negeri ,negara , dirinya dan genarasinya.

Mereka dimomokan DAP anti islam, Keluarlah fatwa ,hadis dan alquran tidak bolih undi kafir DAP. Bila tanya MCA ,mic tu buka kafir ke? . Bila DAP ambil petikan alquran maka keluar fatwa orang kafir haram ambil petikan alquran tapi mereka buat tak kisah bila orang kafir ambil petikan alquran dalam muktamarnya. Jawapannya.tu tak apa MCA geng Mereka marah bila DAP bercakap tak sealiran dgn agong, sultan dgn alasan melawan sultan,mencabar orang melayu tapi mereka diam dan tak kisah jika ada pemimpin melayu kalangan mereka bercakap tak sealiran dgn sultan dan yg dipertuan agong malahan menentang yang dipertuan agong.Jika seorang ahli DAP lawan sultan dan agong, maka mereka mengangap semua ahli dap lawan sultan dan agong tapi pelik bila seorang 2 ahli pas lawan sultan dan agong mereka senyap dan tak pula anggap semua ahli pas lawan sultan dan agong.Jika melayu perlekehkan agong dan sultan jangan harap bangsa lain menghormati sultan dan agong

Bila pilihan raya tak ada calon melayu dari mereka lawan calon DAP . Musuh DAP kalangan melayu berpecah tapi DAP bertambah kuat

3.Pas sibuk nak merampas negeri lain hingga membiarkan negerinya miskin spt mentaliti lanun tidak ada usaha menyara hidup kumpulannya dan negerinya dengan usaha sendiri .Jika nak hidup atau kaya melalui takluk dan rampas kekayaan kumpulan lain dan negeri lain . Spt sekarang sibuk nak rampas negeri kaya. Tindakannya sekarang membunuh mental dan jati diri bangsanya. Persoalannya jika bagus kenapa tak buktikan negerinya lebih maju dari negeri lain satelah beri peluang lebih 30 tahun.Tengok kawasan Negeri terengganu kelantan penuh semak,belukar tanpa usaha menternak kambing,lembu ,kerbau,perikanan dan pertanian secara komersial. Jika pemimpin benar ikhlas dah lama negerinya kaya dari n9 melalui membuat projek setiap kampung melahirkan 20 orang mengusahakan pertanian dan penternakan.lebihan hasil bolih diexport.
Dah jadi sejarah UMNO PULUN wang negara bertahun tahun tapi pelik masih ada yang sokong. Dapat dosa ke pahala?
BN dan PAS bila ia rasa kuasanya bertambah ia akan khianat sehingga terbubarnya kerajaan . Khianat pada rakyat, sumpah perlantikan ,dirinya dan ALLAH. Penghianat akan dikhianati.Mengundi penghianat maknanya bersubahat.

4. Tidak sedar pengajaran semasa pm8 memerintah pas ada dalam kerajaan dan pm8 ada kuasa veto dalam akta darurat bolih luluskan undang undang tanpa sidang parlimen. Kenapa tak usulkan isu yang di bisingkan spt haramkan dap,haramkan judi, tuntut royalti minyaknya.? Berdemo ,kempen memperjuangkan kematian prebet Adam tapi senyap bila dah ada dalam kerajaan.Tak pula dicop penipu atau mungkir janji.pemimpin PAS memfitnah tak dicop menipu.songlap wang negara juga tak dikatakan penipu.

5. Kebaikan musuh politiknya disenyapkan tanpa diwar warkan atau dibincangkan. mereka lebih membincangkan keburukan dan kejahatan musuh politiknya dan membuat andai perkara atau isu,kejadian yang buruk mustahil terjadi atau tak terjadi. Kejahatan dan keburukan puak mereka disenyapkan tanpa dibincangkan .jika dibincangkan dianggap musuhnya atau penghianat maknanya mereka redo kejahatan kumpulan sokongannya.. Sedangkan ia adalah penghianat tanpa disedari sebab membiarkan kejahatan dalam golongan mereka.

6. Mereka sibuk minta PMX turun tanpa membandingkan secara adil dengan PM yang terdahulu dan tanpa memikirkan siapakah yang layak jadi PM akan datang dan akibat pada mereka, rakyat dan negara iaitu adakah negara stabil dan mereka akan dapat subsidi diterima sekarang spt minyak, sara,mykasih,sir sar, sumbangan bantuan sekolah,bantuan bakul rahmah,emadani untuk b40,subsudi barang asas,skim peka b40,bantuan oku, mystep,ensentif pekeso garduan tvet,PAS MY50/My100,bas percuma wilayah.bantuan pesawah,elaun sara hidup nelayan.elaun imam,bilal dan siak,elaun guru kafa,bantuan sekolah agama rakyat., gaji minimum . Persoalannya adakah PM akan datang beri bantuan serupa.atau lebih baik dan negara lebih stabil.dan mereka protes tapi ambil bantuan yang diberikan.

7. Mereka tak tahu membezakan mungkir janji dgn tak dapat tunaikan janji. Tak dapat dapat janji adalah tak bolih tunaikan janji sebab kengkangan ,halangan ,kewangan atau keadaan semasa berjanji lebih baik dari keadaan masa nak tunaikan janji. Janji tak tertunai sebab harta negara dah diperabih oleh PM sebelumnya. Walaupun janji tak tertunai tapi di beri banyak bantuan yang tak dijanjikan semasa pilihan raya.

Mungkir janji adalah tidak, ada niat tunaikan janji walaupun diberi peluang dan kuasa.
Kamu marah pmx mungkir janji maknanya jika kamu pernah mungkir janji kamu marah dirikamu sendiri.
Kesannya Bila orang tak waras dominan dalam masyarakat menyebabkan negara tak stabil ,kerajaan negeri terbubar, berpuak puak, tak ada masa nak uruskan negara melayan kerenah orang tak warras.

Sebelum mengundi buat solat isthikarah.

Ya Allah, Tuhan Jibrail, Mikail, dan Israfil. Pencipta langit dan bumi. Yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan nyata. Engkaulah yang memutuskan apa yang mereka perselisihkan. Tunjukkanlah aku pada kebenaran apa yang dipertentangkan dengan seizin-Mu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan pada jalan yang lurus bagi orang yang Engkau kehendaki.

YA ALLAH, yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Kurniakan lah negara malaysia pemimpin yang layak,amanah dan adil.Aaamiiin.

No comments:

Post a Comment