Friday, July 3, 2026

Ceramah politik bermula salam, nama allah,selawat nabi pengisian hinaan,kutukan,sampah

 Dah jadi budaya penceramah politik melayu islam bemula salam,sebut nama allah,doa,selawat nabi saw tapi pengisiannya sampah, memfitnah, mengutuk,mengeji, melalut  tanpa bukti dan fakta ,maki hamun musuh politiknya dengan semangat dan emosi. Pehak mendengar bertakbir. 

Tak terkecuali juga nitizen buat live atau video clip dalam tiktok,youtube,face book terbawa bawa budaya ini. Adakah ini cara yang islam ajar. 

Dalam Islam kata-kata kotor, makian serta ucapan menghina merupakan satu perkara yang sangat tercela dan dilarang. Sesungguhnya segala sumber kata-kata kotor itu timbul daripada watak yang rendah dan jiwa yang hina.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Jauhilah olehmu semua kata-kata kotor sebab Allah tidak suka kepada kata kotor atau yang menyebabkan timbulnya kata kotor dari orang lain.”

(Riwayat Nasa’I, Hakim dan Ibn Hibban)

Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Seorang mukmin bukanlah tukang mencela, tukang melaknat orang, tukang berkata kotor dan berkata rendah.”

(Riwayat Tarmizi)

“Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang berkata kotor untuk memasukinya.”

(Riwayat oleh Ibn Abi Dunia dan Abu Naim dari hadis Abdullah bin Amru)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya kata-kata kotor dan berkata-kata kotor bukan dari Islam, dan sebaik–baik keislaman manusia adalah yang paling baik akhlaknya.”

(Riwayat Ahmad)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum menghina kaum yang lain, kerana barangkali mereka yang dihina itu lebih baik dari mereka yang menghina.”

(Surah al-Hujurat: 11)

Ibn Mas’ud r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

Mencari maki seorang Muslim termasuk perbuatan fasik, membunuhnya termasuk kafir.”(Muttafaq Alaih)

maknanya pengundi memilih dan menyokong pemimpin fasik.


No comments:

Post a Comment