Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Wednesday, July 29, 2020

sokong pemimpin teryata jahat nengundang bala

Perhimpunan sokong orang ternyata  jahat mengundang bala pada bangsa melayu, bala yang datang menjadi melayu bangsa kelas bawah dan juara segala kejahatan spt rasuah, pencuri, peragut,perompak, dadah, sumbang mahram, lgbt, buang anak, penghuni penjara. saperti hadis nabi saw dibawah.
Saat bani Makhzum memintanya membatalkan eksekusi atas jenayah seorang perempuan bangsawan, ia menegaskan: "Sesungguhnya yang membuat binasa orang-orang sebelum kamu ialah, apabila seorang bangsawan mencuri kamu biarkan dia dan apabila yang mencuri itu rakyat jelata mereka tegakkan hokum atas-nya. Demi Allah, seandainya Fathimah anak Muhammad mencuri, maka Muhammad tetap akan memotong tangannya."


Segala jenayah yang berlaku di Malaysia ini dimulakan oleh ahli politik dan kerajaan, Ahli politik dan kerajaan buat jenayah tanpa ditangkap dan bicara menyebabkan hati rakyat terbuka membuat jenayah.
Dari tafsiran di atas , Allah membinasakan bangsa tidak menyebut ugama dengan cara menimbulkan sikap tidak takut membuat jenayah dikalangan rakyat walupun rakyat ugama islam.
Hukuman Perasuah dikalangan pemerintah tidak sama dikalangan rakyat menyebabkan rasuah menjadi budaya dikalangan rakyat
Hukuman Pencuri dan pecah amanah dikalangan pemerintah tidak sama dikalangan rakyat menyebabkan banyak kejadian curi/rompak, ragut boleh dikatakan setiap hari hingga polis tidak boleh membuat tindakkan. saperti no 9 dan 10 di bawah
Daripada Ali bin Abi Talib r.a Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala’ pasti akan turun kepada mereka :
  1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  3. Zakat dijadikan hutang.
  4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
  5. Anak derhaka terhadap ibunya.
  6. Sedangkan ia anak berbaik dengan kawannya.
  7. Suka menjauhkan diri dari ayahnya.
  8. Suara sudah ditinggikan dalam masjid.
  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka.
  10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  11. Arak sudah diminum di merata tempat.
  12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
  14. Muzik banyak di mainkan.
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (atau menyalahkan) generasi pertama (sahabat) atau orang yang sezaman dengan mereka itu.
golongan sokong orang jahat dinukilkan sebagai munafik sapert dlm alquran
Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam
Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik. Surah At-Taubah: 67

Ada empat tanda, jika seseorang memiliki empat tanda ini, maka ia disebut munafik tulen. Jika ia memiliki salah satu tandanya, maka dalam dirinya ada tanda kemunafikan sampai ia meninggalkan perilaku tersebut, yaitu: jika diberi amanat, khianat; jika berbicara, dusta; jika membuat perjanjian, tidak dipenuhi; jika berselisih, dia akan berbuat zalim.
Adakah membiarkan saja apa yg berlaku

Tuesday, September 7, 2010

Umno 'kecutkan' minda Melayu

Penulis kontroversi, Hishamuddin Rais berkata minda Melayu kini telah 'dibonsaikan' (dikecut dan diubah seperti pokok bonsai) oleh agenda politik Umno dengan tujuan bagi mengekalkan budaya takut terhadap bukan Melayu.


Umno sentiasa menyemarakkan kebimbangan perkauman untuk menyakinkan rakyat bahawa parti itu pilihan terbaik bagi orang Melayu kekal di hadapan dari segi pembangunan sosial dan ekonomi di Malaysia.

"Proses 'membonsai', mengosongkan dan mengejutkan orang Melayu ini berlaku lama dahulu pada zaman British. Melayu diketuai oleh pemimpin yang malas dan mereka yang malas berfikir,” kata Hishamuddin pada forum 'Malays are muted too!' di Kuala Lumpur malam semalam.

Aktivis kontroversial itu berkata Melayu telah lama diindoktrin supaya takut kepada idea baru dan dihantui ketuanan Cina sehingga menganggap kaum itu satu ancaman terhadap kewujudan mereka.

Mengambil contoh, peranan bomoh atau pawang, Hishamuddin mendakwa Umno menggunakan taktik yang sama untuk menyakinkan orang Melayu bahawa mereka sentiasa berdepan atau berlawan dengan hantu.


"Di Malaysia agak mudah. Hantu bagi orang Melayu adalah Cina. Melayu dibuat percaya bahawa terdapat pelbagai macam hantu dan rakyat patut berterimakasih kepada Umno kerana menyelamatkan mereka.

"Ia seperti taktik bomoh di kampung, di mana penduduk diberitahu terdapat macam pelbagai hantu untuk ditangani...Umno menggunakan modus operandi yang sama,” katanya.

Hishamuddin mendakwa seperti zaman penjajah British di Malaya, Umno sedar minda Melayu yang bebas adalah ancaman terhadap parti tu. Justeru, mereka berusaha memastikan minda Melayu tidak bebas dan boleh terus dikongkong.

Tambahnya, Umno tidak akan bersetuju membebaskan minda Melayu kerana akan menjejaskan kuasa parti yang memerintah itu serta penguasaan kekayaan negara oleh mereka.
Pemimpin umno adalah tuan, pengikut,penyokong,pengundi dan rakyat adalah hamba .

Tuesday, July 27, 2010

Hikayat Satu Kosong Kosong Satu...

Hikayat Satu Kosong Kosong Satu...


Berbicara tentang perpaduan Melayu (Islam..?) memang membosankan. Sudah berkali-kali diajar masih tidak mengerti. Burung kakak tua sekalipun mungkin sudah boleh menghafali apa yang diajar tuannya. Tapi adat bercakap dengan Orang Kuat Umno, IQnya barang kali bawah 80. Jika di US, dengan tahap pemikiran begini nak masuk sekolah rendah pun tak layak. Kena masuk sekolah khas.

Tidak ada apa-apa istimewanya dengan Melayu. Yang memperkuatkannya hanyalah Islam. Kerajaan Melayu Melaka pun kuat bukan kerana bangsanya. Setelah bergaul dengan pedagang2 Muslim dari Arab dan India, dan selepas rajanya memeluk Islam, barulah tersirna kehebatan kuasa Melayu sebagai sebuah Empayar.

Apalah sangat jika kita meniru apa yang telah diucapkan oleh Amir Faisal seperti di atas. Atas nama nasionalisme Arab, bapanya, Sarif Hussein , telah membayar harga yang cukup tinggi untuk dibayar oleh umat Islam seluruh dunia hingga kini -kejatuhan Empayar Islam Turki. Itu pun bukan kerana kebijaksanaannya mempelopori idea baru.

Sebenarnya, kata-kata ini pernah diulang hampir 80 tahun sebelumnya di Eropah menjelang Revolusi 1948. Lajos Kossuth misalnya, ahli politik juga seorang peguam mengutarakan kesatuan bangsa Magyar untuk membebaskan Hungary dari Austria. Dalam masa yang hampir sama, apabila Frantisek Palacky, nasionalis Chezc yang berjuang untuk kebangsaan Slav di Bohemia dan Moravia gagal mencapai cita-citanya, tiba-tiba nadanya bertukar menjadi pemuja yang lebih Austrian dari Austria. Begitu mudahnya seorang pejuang bangsa bertukar watak.

Kini nada perpaduan Melayu dipalu sekali lagi. Apa salahnya, Islam juga yang untung, kata mereka. Buat sebahagian generasi muda yang mungkin tidak mengingati, mari kita ikuti sejarah pengkhianatan Umno terhadap bangsa Melayu. Sengaja saya selang selikan dengan tulisan yang dihitamkan supaya tidak berpinar mata dek panjangnya senarai ini:

1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri dari tangan BN dalam PRU 1999?

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95%Melayu menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri2 seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT?

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempasan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment" , "boulevard", "presint", "bajet" dan lain2?

19..Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

Senarai pengkhianatan Umno terhadap orang2 Melayu memang panjang. Ia tidak habis untuk ditulis dalam sehari. Apa yang penting, ia sudah terakam dalam sejarah. Khalayak yang memalu gendang perkauman ini patut malu pada diri sendiri, pada saat mereka di puncak kuasa tidak pernah pula terdengar retorik Islam dan Melayunya. Kini menyedari kuasa semakin jauh dari genggaman, tidak perlu lah lagi umat Melayu yang selama ini diperbodoh dan diperkuda semahunya, memberi bantuan talian hayat dan oksigen.

Kalaulah Umno hidup ribuan tahun yang lalu, mungkin epik Yunani Homer, Illiad and Oddysey atau pun Hikayat 1001 Malam tidak akan mendapat tempat di sisi penglipur lara, penulis buku, pemikir sastera-sejarah, pemikir sosiologi mahu pun pembuat filem. Demikian banyaknya yang dikisah dalam hikayat dari Parsi itu, mengikut lagenda, sesiapa yang membaca seluruh koleksi cerita ini akan menjadi gila.

Alahai, kalau membaca hikayat sepanjang ini menjadi gila, siapa pula yang mampu mengingati ratusan pengkhianatan Umno terhadap Melayu. Besar kemungkinan anda akan jadi GILA BABI!!!

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Belajar sejarah Umno beri alasan
Belajar kitab pun Umno tak mahu

--
Posted By Topeng Perak® Unmasked to Perisik Rakyat® at 7/25/2010 10:47:00 PM

Monday, January 4, 2010

Awas,golongan munafiq mencari mangsa!

Dalam program Forum Perdana Isu Semasa yang dilangsungkan di Karnival Rakyat Keadilan, Tanjung Piandang kelmarin, Dr.Mujahid telah menyentuh banyak perkara. Di antaranya, tentang penggunaan kalimat Allah oleh Mahkamah Tinggi yang menutup tirai tahun tahun 2009 dan membuka lembaran tahun 2010, penuh kontroversi. Mungkin tidak sehebat jet engine hilang atau gula naik 20sen. Tetapi isu ini telah menjadi sepak mula arena isu di negara ini semenjak 1 Jan lagi.Saya boleh memahami mengapa ianya menjadi isu yang menarik, kerana di Malaysia apa sahaja yang berbau sensitif pasti akan menarik minat pihak tertentu, apatah lagi pihak tertentu mempunyai agenda tersendiri dalam keadaan mereka mendapati diri mereka sempit dan tidak boleh bernafas dengan kemunculan wajah baru politik Malaysia.

Malangnya ramai yang menjadi mangsa kepada golongan desperado ini. Walaupun mangsa golongan tersepit yang menggunakan isu kalimah Allah ini untuk survival politik mereka dieksploitasikan namun, garisan penghujahan jika diteliti berbeza antara yang berkepentingan dan mereka yang melihat secara objektif dalam permasalahan yang timbul.Saya meneliti garis penghujahan yang menentang keputusan Hakim Lau tempoh hari mempunyai rasionalnya tersendiri dan perlu diambil kira pandangannya. Apa yang saya tidak berminat untuk melihat ialah pihak tertentu yang hanya mengambil kesempatan dengan apa yang ada dan sekaligus menunjukkan sikap hipokrasi mereka dan double standards yang memualkan lagi menjijikkan.Kerana golongan hipokrit ini bahaya kepada pembentukan masa hadapan politik Malaysia saya terpaksa dedahkan topeng sebenar mereka yang jelas tidak konsisten dalam “perjuangan” mereka.Antaranya ialah golongan inilah yang yang satu ketika dahulu pernah mencadangkan supaya nama Islam dibuang dari dikaitkan kepada mana-mana pertubuhan kerana “menggunakan Islam” untuk kepentingan. Cadangan ini menjadikan umat Islam marah kerana menganggap nama Islam itulah yang memberikan keistimewaan sesebuah pertubuhan untuk dikenali identitinya, sama jika ianya sebuah pertubuhan yang identitinya Kristian atau Buddha.Alhamdulillah, Raja-Raja Melayu menolak cadangan ini bahkan menggalakkan supaya nama Islam dalam pertubuhan digunakan. Asal cadangan ini kerana mereka mahu mengharamkan PAS dari menggunakan nama yang begitu sinonim dengan rakyat Malaysia iaitu Parti Islam Se Malaysia, mungkin mereka cemburu kerana Umno tidak ada sinonim itu.

Golongan ini jugalah yang tanpa merujuk kepada Majlis Raja-Raja dan Persatuan Peguam Syari’e serta para ulamak tergesa-gesa membuat keputusan tentang hak penjagaan anak yang ibubapanya tukar agama mengikut agama asal ibu-bapa. Arahan ini adalah satu kebiadaban kepada undang-undang yang sedia ada kerana mereka telah mencampuri urusan Legaslatif yang tidakpun dibawa untuk berbincang.Akhirnya Raja-Raja Melayu menolak untuk dibawa ke perbahasan kerana ia bertentangan dengan enakmen-enakmen yang tersedia ada di negeri masing-masing dan bertentangan dengan kehendak perlembagaan.Begitu juga golongan ini yang menjadi parti pemerintah di peringkat Federal, masih belum mampu “menyebat” Kartika yang sudah puas menanti bilakah dia akan disebat, mereka mempertahankan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam, tetapi peruntukan undang-undang Islam yang sedia ada iaitu sebatan enam rotan ke atas Kartika yang rela disebat pun hingga hari ini tak dapat dijalankan?Berlatarbelakangkan sikap golongan opportunis ini, seseorang tidak dapat menahan diri untuk bertanya mengapa kali ini mereka seolah-olah menjadi juara pula nak mempertahankan kalimah Allah supaya tidak boleh digunakan oleh bukan Islam, bukankah usaha satu ketika dahulu membuang nama Islam kepada pertubuhan satu cadangan yang lebih teruk daripada isu kalimat “Allah?”Kalau melarang bukan Islam menggunakan perkataan Allah, apa halnya melarang orang Islam sendiri untuk menggunakan nama Islam kepada pertubuhan mereka? Kalau mereka mendakwa nama Allah akan menghina umat Islam, apakah yang lebih hina kalau peruntukan syariat yang dah sedia ada pun mereka tak dapat laksanakan?Jika mereka mendakwa penggunaan itu akan menimbulkan keadaan tidak sihat, apa pula yang sihatnya kalau Kabinet dari parti sempit ini melanggar sempadan Legaslatif tanpa dibawa perbincangan?Manakala garis penghujjahan seolah dilihat sama oleh mereka yang menentang penggunaan kalimat Allah, tetapi jelas matlamat dan kesempatan yang dicari darinya berbeza. Saya memahami beberapa argumen dari PGSRM, contohnya, begitu juga JIM dan Abim, mereka ini berhujjah secara objektif dan jauh dari penghujjahan golongan sempit perkauman dan provokatis dan mereka yang sama waktu dengannya.Respons kepada keputusan Hakim Lau secara spontan dibalas dengan logic perundangan. Saya memahami intepretasi artikel 3, artikel 11 (4), 12 (2), 130 dan 121 (1A), bagi saya itu adalah aspek penghujahan berperlembagaan yang praktikal dan ada local standinya.

Yang pasti saya amat membenci golongan “munafiq” yang berhujah “atas kebenaran” untuk matlamat kebatilan, iaitu mencapai maksud politik sempit, opportunis dan musang berbulu ayam.Saya lebih sedih ramai yang menjadi mangsa. Lagipun pertembungan perundangan belum berakhir, kita tunggu dan lihat, pada waktu yang sama “JAGA-JAGA DARI KUMPULAN MUNAFIQ YANG MENCARI MANGSA YANG TIDAK BERDOSA”.