Saturday, September 28, 2024

Ketakdupan parti lebih dari perjuangkan memajukan bangsa

 Pelik umat melayu malaysia masih ketaksupan parti. Lebih pentingkan kumpulan parti dari rakyat. Dari dulu melayu kalangan rakyat tak maju sebab pemimpin melayu ketaksupan parti. Sibuk berebut kuasa,wang rakyat tanpa disedari melayu ketinggalan hingga sekarang pendatang asing membolot harta negara bawa balik kenegara mereka. Salah satu sebab wang malaysia jatuh adalah pengeluaran matawang malaysia ke negara asing melalui duit gaji ,business membawa keluar ke negara mereka.

Strategy yang dirancang macam nak nak rebut kuasa untuk kepentingan parti bukan digunakan masa,tenaga untuk memajukan melayu.

Tengok sekarang cina dominan business spt 999speedmart, 7eleven,alpro farmasi, big farmasi,lotus eon,kk mart, lazada, shopee.

Sepanjang tempoh sepuluh tahun kebelakangan tak ada satu pun pasaraya melayu ada setiap negeri.

Cina dapat duit juta juta dibuat businees

Melayu dapat duit juta juta disimpan dan perabih cari pengaruh dalam parti.

Jika PM dan kabinet sekarang dah perfom kearah memajukan negara dan orang melayu tak perlu tukar kepimpinan kerajaan atau kabinet. 


No body prefect. Jika ada kekurangan bersama perbetulkan. Tapi mentaliti melayu,bila ada kelemahan sebagai modal untuk hentam balik.jika teruskan perangai begini sampai bila bilapun melayu tak akan berjaya



 Tapi sekarang kayu ukur bukan perestasi pemimpin kerajaan. Kayu ukur adalah partinya,orangnya.Tak mementingkan samaada bolih buat kerja terbaik Jika berteruskan cara ini alamatnya akan datang negara dan melayu lingkup.

Monday, September 9, 2024

Isu sijil halal

 Hentam teressa berkenaan isu sijil halal menjerat diri melayu sendiri. 

Susah nak dapat sijil halal lebih lebih lagi kedai makan tepi jalan,kedai minum, warung melayu, jual kosmetik melalui proses mendapatkan yang lambat,rigid.

Maknanya kedai makan melayu tepi jalan, warung melayu ,pasar melayu wajib kena ada sijil halal.malahan jual madu lebah ,jual buah,jual lemang, jual petai,sayur sayuran, pertanian,penternakan, makanan ternakan terpaksa dapat kelulusan sijil halal.

Adakah masalah bolih selesai sgn mengutuk ,menghentam individu? 

Contoh jika tayar kereta bocor.

Adakah masalah akan selesai bila marahkan tayar,marahkan paku?

Cara sekarang marahkan pemandu,marahkan tayar,marahkan paku dgn mencipta andaian andaian,cerita karut, Macam mana bolih bocor.

Orang perpengaruh hanya tahu hentam, dan mengeruhkan suasana dan ada yang menangguk di air keruh.Ini perangai budak tak matang iaitu hentam dan marah individu sebagai modal kempen. Bangsa lain berfikir adakah mentaliti pemimpin melayu sekarang.

Sepatutnya seorang yang profesional kena buat sekurangnya spt dibawah

1. Dapatkan maklumat dari jakim, peniaga melayu islam dan orang atau sumber maklumat berkaitan.

2. Dapatkan maklumat punca masalah dan bincang  cara penyelesaian

3. Cari jalan penyelesaian yang terbaik

4. Buat perancangan jangka pendek,jangka panjang.

5. Tatacara dan tata kelola pemantauan

Ada ke ia buat spt 1 hingga 3



Wednesday, August 14, 2024

Perbalahan sesama sendiri

 Mentaliti melayu sekarang dari bawah hingga peringkat tinggi ulama ,ahli politik berbalah sesama sendiri isu politik,kilaf,ibadat,tauhid,mazhab tanpa kesudahan.sibuk tuduh sesat menyesatkan sesama sendiri,kafir mengkafir sesama sendiri.rakyat akan berfikir apakah jenis manusia ni.


Isu Sembahyang duduk pun tak selesai. Sepuluh ustaz kata sepuluh cara yang betul/sah solat.Caranya yang betul/sah solat ,cara selainnya salah/ tak sah solat


Orang islam luar negara sibuk mengislamkan orang kafir.

Tapi orang islam malaysia menghalang orang kafir mendekati islam

Dinormalisasi alquran hanya untuk orang islam yang bolih tafsir. Orang kafir bukan tafsir alquran hanya ambil petikan dispin sebagai tafsir. Menyebabkan terhalangnya orang kafir mendekati islam dan dianggap bukan maksiat. Dalam alquran ada tauhid,fekah, ibadah,sejarah, akhlak, muamalat. Mereka mengharamkan terus orang kafir mengunakan mana mana ayat alquran. Alasannya niat orang kafir guna alquran menghentamnya. 

Strategic impresion management juga dengan membuat hasutan dan peraturan hanya orang islam saja bolih tafsir alquran. Ini adalah maksiat terbesar yang dinormalisaikan. Orang islam wajib berdakwah pada orang kafir dinormalisasikan orang kafir tidak bolih mendekati islam dan alquran dan hadis sebagai panduan mereka.

Mereka menormalisasikan orang islam membantah ayat dibawah bukan dianggap maksiat dan jahat.

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

(Al-Baqarah 2:159

Memang kena laknat puak ni.

(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

(A-li'Imraan 3:138)

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.(Yunus 10:57)

Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).

(Al-Jaathiyah 45:20)

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sesat,atau disesat, gelincir atau digelincirkan, dizalimkan, atau menzalimkan orang lain atau jahil atau memperbodohkan diri. Aaamiiin

Saturday, June 8, 2024

Mentaliti melayu terhadap bahasa melayu

Salam

Sekadar pandangan.

Mentaliti bangsa melayu sendiri yang mengenepi bahasa melayu.jadi jangan salahkan bangsa lain.

Tengok syarikat corporate melayu,glc dan kerajaan dimana urusan harian berbahasa inggeris spt perbincangan, mesyuarat, repot,kertas kerja termasuk jabatan kerajaan. malahan temuduga kerja pun cakap dalam bahasa inggeris walaupun panel temuduga semuanya melayu.calon yg tak lancar bercakap bahasa inggeris kena kutuk dan tak dapat kerja. 

Orang dah bersara  pun sesama sendiri bercakap bahasa inggeris.