Monday, September 9, 2024

Isu sijil halal

 Hentam teressa berkenaan isu sijil halal menjerat diri melayu sendiri. 

Susah nak dapat sijil halal lebih lebih lagi kedai makan tepi jalan,kedai minum, warung melayu, jual kosmetik melalui proses mendapatkan yang lambat,rigid.

Maknanya kedai makan melayu tepi jalan, warung melayu ,pasar melayu wajib kena ada sijil halal.malahan jual madu lebah ,jual buah,jual lemang, jual petai,sayur sayuran, pertanian,penternakan, makanan ternakan terpaksa dapat kelulusan sijil halal.

Adakah masalah bolih selesai sgn mengutuk ,menghentam individu? 

Contoh jika tayar kereta bocor.

Adakah masalah akan selesai bila marahkan tayar,marahkan paku?

Cara sekarang marahkan pemandu,marahkan tayar,marahkan paku dgn mencipta andaian andaian,cerita karut, Macam mana bolih bocor.

Orang perpengaruh hanya tahu hentam, dan mengeruhkan suasana dan ada yang menangguk di air keruh.Ini perangai budak tak matang iaitu hentam dan marah individu sebagai modal kempen. Bangsa lain berfikir adakah mentaliti pemimpin melayu sekarang.

Sepatutnya seorang yang profesional kena buat sekurangnya spt dibawah

1. Dapatkan maklumat dari jakim, peniaga melayu islam dan orang atau sumber maklumat berkaitan.

2. Dapatkan maklumat punca masalah dan bincang  cara penyelesaian

3. Cari jalan penyelesaian yang terbaik

4. Buat perancangan jangka pendek,jangka panjang.

5. Tatacara dan tata kelola pemantauan

Ada ke ia buat spt 1 hingga 3



No comments:

Post a Comment