Saturday, June 26, 2021

Kisah dongeng zaman nabi ibrahim

 Kisah dongeng di zaman Nabi Ibrahim

Pada zaman nabi ibrahim, Namrud mengarahkan semua bala tenteranya mengumpulkan kayu api dari pelusuk hutan. Disebabkan tidak cukup tentera mereka membawa binatang membantu dalam urusan pengumpulan kayu. Semasa tentera bermula bergerak ke hutan dan menaiki kuda. Kuda kuda bala tentera protes iaitu tidak bergerak, melompat spt kuda gila dan lari bertempiran. Namrud terperanjat dan mengarah tentera mencari binatang lain sebagai ganti. Semua binatang menurut perintah ALLAH dan tidak mahu terlibat membunuh Nabi  pesuruh ALLAH.  Satelah lama dan bersusah payah akhirnya dapat membawa 4 jenis binatang yg sanggup membantu dalam urusan pembakaran dan mengumpul kayu api dari pelusuk negara iaitu cicak, babi, kaldai dan anjing. Dari kisah  ni rupanya ada perangai manusia yang menentang kebaikan  sama dengan binatang ini. Cicak dilantik menjadi ketua binatang untuk membuat perancangan rapi dan juga perantaraan antara tentera namrud dan binatang ini.

1. Cicak.

Perangai dengki dan meniup api kebencian, permusuhan menghasut kearah kejahatan dan pakar mencipta fitnah. Walapun kecil tapi peranannya besar bolih melingkupkan satu kaum. Ia mereka reka cerita apa yg jahat itu baik dan apa yg baik itu jahat dan juga mengelirukan masyarakat . Mereka ini tidak bolih dikacau, cari nahas jika dikacau.

Cicak dikalangan pemerintah/ ahli politik, pemimpin bila bersuara dalam media atau dimana mana akan terpengaruh walaupun tak masuk akal dan bertentangan dengan undang undang.Cakapnya seolah olah arahan dan secara automatik manusia perangai anjing dan kaldai akan buat apa yg ia cakapkan. Ia juga membuat perancangan rapi diantara mereka supaya rancangan jahatnya berjaya.  Mereka akan mengkambing hitamkan musuhnya jika rancangannya terbongkar. Dan mengunakan kuasanya menutup kejahatannya.Mereka ini saling menyokong satu dengan lain. Jika gengnya kantoi, mereka akan backup walaupun melanggar undang undang dan rakyat menentang. Mereka ni pandai memusingkan fakta dan memutarbelitkan undang undang.

Mereka ini meniup api permusuhan pada musuhnya dan membuat fitnah keatas musuhnya, mereka juga mengunakan jentera kerajaan, media mencipta bukti palsu untuk menyokong fitnahnya. Mereka juga membuat informal SOP  supaya ulama /orang ugama tidak membuat takzirah yg terkena dengan batang hidung mereka iaitu tidak bolih berkaitan dgn politik semasa. Sopnya jelas ugama lain, politik lain. Kata katanya merupakan "arahan". Mereka ni beranggap ada orang yang menyokongnya walupun macam mana jahatnya mereka dengan menunjuk baik iaitu tunjuk muka manis bila bertemu orang bersalaman dan berucap berapi rapi.  Walaupun ideanya ternyata bodoh masih ada yang menyokongnya.

Mereka ini bijak memuji, memujuk dan perasugut golongan anjing dan kaldai.

Cicak dikalangan rakyat dan pekerja bawahan. Mereka ini akan menghasut dan memarakan api kemarahan yg masih kecil.Ia juga menyokong gengnya dikalangan pemimpinnya. Mereka akan mereka reka cerita karut untuk cover up jika bosnya atau pemimpinnya kantoi  dan putarbelitkan fakta menjadi  cerita karut  seterusnya menyabarkan pada  keldai supaya keldai percaya dan menyebarkan pada masyarakat dan mengunakan anjing untuk menghalang rahsia yg dah terkantoi dibongkarkan.

2.Babi

Perangai babi, makan tahi, najis dan segala kotoran. Orang perangai ni pulun halal ke haram tolak ketepi.

Dikalangan pemerintah/ ahli politik, pemimpin, maksiat dan buat perkara haram, makan haram dah menjadi darah daging mereka . Mereka menentang perlaksanaan  undang undang yang mengharamkan apa yg mereka suka. . Undang udang bolih dilaksanakan pada rakyat tapi dikecualikan dikalangan mereka (menteri, vvip ). Spt undang rasuah dan salahguna kuasa tidak bolih dilaksanakan keatas mereka. Bagi mereka halal haram adalah sama. Mereka pulun juga walaupun salah dan haram kerana mereka sangka mereka kebal.Mereka ini  suka menyalahguna kuasa memecat dan buang orang kerajaan yg menentang mereka. Bila dah dapat kuasa politik mereka menggagap dirinya sama kuasa dgn allah dan tak siapa yg berani kacaunya. 

Mereka tidak bolih lagi buat maksiat , kejahatan, tipu rakyat dan pulun harta negara lebih lebih lagi mereka takut kena hukum akan datang jika dipilih pemimpin yg baik. Mereka akan buat strategi supaya pemimpin yg berkelibar dan baik supaya tidak dipilih dengan mereka cipta fitnah dan cerita bohong seterusnya golongan anjing dan kaldai menyebarkannya.

Babi kalangan rakyat dan pekerja bawahan. Maksiat dan buat perkara haram dah sebati spt dadah,tipu, judi, arak, mencuri, rompak,rasuah dll.

3. Keldai

 Bodoh dan bodoh sombong . Bodoh yg tak bolih diajar dan tak bolih dinasihat.Mereka tak bolih fikir mana yg baik mana yg buruk. Ia membezakan baik dan buruk berlandaskan siapa orang yangg ia setkan dalam otaknya.  

Perangai keldai dikalangan ahli politik/Pemerintah/pemimpin/ketua kerajaan. Mereka ini bodoh dan percaya walaupun idea bodoh yg keluar dari kalangan ahli  politik/pemimpinnya. Mereka dipilih bukan berdasarkan kelayakan tapi diplih atas dasar apa jawatan yg ia nak. Contoh Menteri kesihatan bukan yang ada tauliah doktor, menteri keselamatan bukan kalangan tentera. Menteri besar yang tidak ada kelayakan pentadbiran dan kewangan. Golongan ini  tahu idea itu bodoh yang dikeluarkan oleh gengnya  dan bolih merosakàn masyarakat dan negara tapi meraka diam dan tidak membuat apa apa tindakan membetulkan walaupun mereka ada kuasa dengan jawatan tertinggi mereka sebab pulus dan menyelamatkan tempolok mereka dan takut kena pecat olih orang politik dan juga dianggap penghianat atau berpaling tadah.Konsep mereka adalah diam maknanya menyokong apa apa tindakan atau idea gengnya. Mereka tak berani membetulkan idea bodoh gegnya. Mereka dianggap menentang gengnya jika memperbetulkan perbuatan atau idea bodoh gengnya.

Keldai dari kalangan rakyat dan pekerja bawahan

Baik buruk sesuatu dinilaikan siapakah orangnya bukan apa yg ia buat atau apakah ia cakap.Dalam mindanya dah disetkan mana idea dan perkara  perbuatan dari orang yg ia sokong adalah betul dan mana perkara,perbuatan dari orang yg ia tak suka adalah salah ,bohong dan fitnah.   Banyak kali kena kelentong masih percaya dan mengharapkan pemimpin/ahli politik memang dah lumrahnya kaki kelentong.dan menerima apa apa alasan ahli politik  kaki kelentong dan juga buat alasan sendiri walaupun alasan tak logik  demi menjaga ahli politik kaki kelentong, kaki rasuah dan kaki pulun wang rakyat. Dah terang terang ahli politik ni rasuah dan jahat masih tak percaya dan masih mengharapkan lagi orang macam ni. Bila ada isu dan perkara yg confirm benar keatas ahli politik yg ia sokong buat rasuah dan kaki pulun wang rakyat dan kaki kelentong , puak ini menganggap  sebagai fitnah dan memutar belitkan fakta dari salah menjadi tidak salah.   Mereka senyap dan no komen,bila ahli politik /pemerintah yg ia sokong buat kejahatan banyak kali ,tipu rakyat banyak kali dan banyak pulun wang rakyat. Jika ada orang yang memberitahu kisah kejahatan pemimpinya keluar fatwa Muhasabah diri lebih baik dari mengata orang menambahkan dosa saja . Keluar lah hadis dan alquran spt tak bolih menceritakan keburukan orang.Nanti  berdosa dan masuk neraka. Masa tu lah ingat tuhan.Meraka akan minta bukti walaupun dah terang. Mereka ini akan marah dan beri amaran tidak bolih bincang  issue politik . Tapi orang yg sama akan membincang isue politik jika terkena keburukan dan kejahatan musuh politiknya dan membincang kebaikan orang/pemimpin yang  ia sokong. Mereka ni tak bolih membezakan keburukan dgn kejahatan. Tak perlu minta bukti dan tak keluar fatwa dosa dan tak baik menceritakan keburukan orang.

Bila gengnya umno memerintah , alim ulamaknya dan jurucakap nya  menasihat supaya bersatu dan jangan bergaduh dan keluarlah fatwa, hadis dan alquran tapi bila parti selain umno berkuasa mereka tak nasihat supaya bersatu dan keluar fatwa , hadis dan alquran

Segala fitnah keatas pembangkang dianggap betul dan menyebarkan dengan penuh semangat pada orang lain pada masyarakat. Orang yang sama menasihat tak bolih mencerita keburukan orang menjadi juara menceritakan keburukan orang yang dibenci oleh ahli politiknya. Orang yang sama lupa  tuhan  dosa dan neraka.

Jika perkara baik yg dibuat oleh musuh politik pemimpinnya diputar belitkan menjadi salah.Bila orang politik/pemimpin yang ia tak sokong  buat 10 kebaikan ia senyap dan beri alasan meraih undi tambah sokongan tapi jika ahli politik ni buat 1 kesilapan.Heboh satu negara diwa warkan dan kempen supaya kerajaan bannya. Ada dulu pihak imam masjid mendoakan ,allah membinasakan pemimpin yg zalim, kianat rakyat ,pecah amanah dan rasuah. Golongan kaldai ini melenting dan mencadangkan menarik tauliah  imam itu walaupun imam itu tidak menyebut specific individu itu. Golongan kaldai ini tahu pemimpin nya korup tapi yg peliknya masih menyokongnya.

4. Anjing

Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.

(Al-Baqarah 2:166


Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami (dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!" Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.

(Al-Baqarah 2:167) |

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.

(Al-Ahzaab 33:66) | <

Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.

(Al-Ahzaab 33:67)

"Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"

(Al-Ahzaab 33:68)

Perangai Anjing

a.Mengikut arahan tetap bos iaitu menyalak, mengejar dan mengigit pada manusia yg bos tak kenal dan bila bos suruh

b. Memandai mandai, lebih sudu dari kuah, menyalak dan mengejar orang yg lalu depan rumah walaupun bosnya tak suruh. Jika nak tahu tuan tumah ada ke tidak senang je, ia diam bila bosnya tak ada di rumah dan bising  bosnya rumah.

c. Menyangka lagi banyak dapat habuan lagi kuat salakan dgn mengharap dapat lebih habuan.

Perangai anjing Pemerintah/ahli politik/pemimpin/ketua kerajaan.

 Mindsetnya Ikut arahan tanpa memikirkan samada arahan itu baik atau jahat. Bahayanya adalah mengarah orang bawahan buat kerja kerana dah terikat dengan pemerintah dan ahli politik sebab takut kena tindakan atau termakan budi. Mereka tak berani kata "TIDAK" keatas arahan diterima dan bertindak cepat demi menjaga hati orang yang mengarahnya (cicak /babi) supaya dapat habuan dan bos pujinya. Mereka ini juga buat kerja berlebihan walaupun bos nya tak mengarahnya . Bos sekadar cakap "saya tak suka mereka" atau "tak suka dia" 

maka golongan anjing ini :

  ia akan memulaukan orang ini,jika menguruskan media,

Menarik tauliah ika ia bekerJa jabatan ugama ,  

Ia akan menangkap Jika ia sebagai polis,

Memecat ,jika orang yg ia tak suka bekerja di jabatan  . 


Anjing dikalangan rakyat dan pekerja bawahan

Kepala dah diset apa yg bolih dan tak bolih , orang atas tak suruh tapi mereka memandai mandai. Lebih sudu  dari kuah. Saperti ceramah ugama, otak mereka dah set tak bolih ceramah politik, Meraka akan bersuara dan bising jika ceramah menyentuh politik , lebih lebih lagi perkara yg bertentangan dengan penyokongnya walaupun benar,  Dia berdiam diri jika ceramah mengutuk pembangkang atau musuh politiknya. Begitu juga dijabatan kerajaan, ketua jabatan perangai ni saja saja memecat atau pindah jauh orang bawahan yg menentang kerajaan walaupun menteri tak suruh.Alasan jangan kerja kerajaan jika tak sokong kerajaan dgn pemikiran sempit, rezeki tu datang dari kerajaan bukan dari ALLAH walaupun ia cakap rezeki datang dari ALLAH.  cakap tak sama dengan perbuatan yg allah cop sebagai fasiq.

Jika orang yang disanjung walaupun tidak amanah dan rasuah datang ketempatnya , Mereka ini buat persiapan awal mengunakan apa sumber kewangan dan tenaga kerja supaya majlis berjalan lancar dan tiada cacat cela. Mereka akan merasa dosa besar yg tak bolih diampun, jika majlis itu ada kekurangan. Mereka ini ikut kemana orang kenamaan pergi dan mengampu berlebih lebihan  hingga ada yang sanggup cium tangannya.

Di masjid, surau,Jika tahu vvip, menteri nak datang, maka mereka dah booking  saf paling depan untuk menteri dan vvip dan bersikap tak apa melanggar sunah nabi dimana jemaah datang dulu pergi penuhkan saf depan. Mereka lebih takut menteri vvip dari takutkan allah. Mereka lebih hormat menteri dan vvip dari hotmatkan  nabi saw.Peraturan ni dah di setkan informal kepada pemikiran pengerusi, imam dan ajk masjid dan surau sejak dulu lagi

Kumpulan Ini memang ramai di mana mana samaada di masjid, kedai kopi, group whatapp atau jabatan kerajaan.