Tuesday, December 8, 2009

Projek pembodohan orang Melayu

United Malays National Organisation berkhayal bahawa gerombolan mereka sahaja yang mewakili orang Melayu. Dakwaan ini sebenarnya satu dongeng yang sengaja disebarkan untuk membodohkan fikrah orang Melayu.

Projek pembodohan Melayu ini sebahagian daripada strategi politik United Malays National Organisation. Selama lebih 50 tahun, proses pembodohan ini telah dilakukan. United Malays National Organisation amat amat sedar tanpa projek pembodohan ini, mereka akan hilang kuasa untuk memerintah.Pada zaman feudal dahulu, orang-orang Melayu dibodohkan dengan pelbagai dongeng tentang daulat raja, tentang hikmat raja, tentang kehebatan raja, tentang ilmu raja atau tentang raja yang mewakili tuhan di bumi ini. Dakwaan ini semuanya dongeng. Semua ini sebahagian daripada projek membodohkan Melayu.United Malays National Organisation tidak mahu orang Melayu memiliki fikrah dan berkeupayaan untuk berfikir secara bebas. Susuk yang memiliki fikrah dan berkeupayaan berfikir secara bebas pasti akan menjauhkan diri daripada gerombolan ini. Manusia yang berfikir akan berupaya untuk melihat tipu belit yang sedang dijalankan oleh gerombolan ini.Projek pembodohan ini ada yang dijalankan dengan licik sehingga tidak dapat dilihat; ada pula yang amat jelas dan dapat dilihat dengan mudah.

Projek pembodohan yang licik dan yang terang berjalan serentak untuk membonsaikan akal fikrah manusia Melayu.

Cara pertama:

Menakut-nakutkan Melayu tentang bahaya orang asing. Orang asing yang dimaksudkan oleh gerombolan ini tidak lain dan tidak bukan - orang Cina. Kaum ini dijadikan “momok” untuk terus menakut-nakutkan orang Melayu.Akan ditimbulkan pelbagai cerita untuk membuktikan bahawa ekonomi negara ini dimiliki oleh orang Cina. Racun membenci Cina telah memandulkan fikrah Melayu untuk melihat dengan jelas bahawa wujud persekongkolan intim antara kroni gerombolan United Malays National Organisation dengan para cukong Cina.Para cukong yang mengaut harta kekayaan sebenarnya bekerjasama dengan gerombolan United Malays National Organisation - kerjasama mereka ini seperti hubungan abang dengan adik.

Cuba kita kembali kepada kes bank Bumiputera Malaysia Finance (BMF) yang lingkup pada tahun 1980-an dahulu. Nama seperti Hashim Shamsuddin dan Lorraine Osman akan muncul; kemudian diikuti nama George Tan. Siapakah Lorraine Osman? Dia ini tidak lain dan tidak bukan bendahari gerombolan sendiri!Skandal bilion ringgit ini hanyalah satu contoh daripada berjuta-juta contoh lain – belum lagi diambil kira kes PKFZ, Bakun, Perwaja, Formula 1, Piala Monsoon, KLCC – wujud kerjasama antara gerombolan dengan “orang asing” ini untuk menjarah hasil negara.

Cara kedua:

Menyebar berita dongeng bahawa sesiapa yang menentang United Malays National Organisation bererti menentang raja dan monarki. Dakwaan ini bukan sahaja dongeng tetapi cerita lawak. Orang Melayu sengaja dibodohkan dan tidak diarifkan untuk memahami bahawa melawan, menentang atau mengkrtitik sistem monarki ini bukan sesuatu yang pelik atau menghairankan.Dalam sejarah negara Arab, banyak raja telah dicampakkan dalam tong sampah sejarah. Raja Feisal dari Iraq, Raja Farouk (Mesir), Raja Idris (Libya), Raja Bagi Segala Raja Ahmad Reza Pahlevi (Iran) – semuanya dihumbankan.Justeru, menentang monarki bukan sesuatu yang asing dalam sejarah tamadun manusia. Malah menentang monarki adalah tindakan progresif dan maju.Tetapi orang Melayu sengaja dibodohkan agar terus terperangkap untuk tunduk melutut tanpa berfikir.

Orang Melayu tidak diberi kefahaman yang jelas bahawa “menjunjung ke bawah duli” itu ertinya “menjunjung tapak kaki”. Orang Melayu tidak diberitahu bahawa “pacal” itu ertinya “anak anjing”.“Patik pacal yang hina menyembah duli tuanku” bermakna “saya ini anak anjing yang hina menjunjung tapak kaki kamu”. Bukankah kenyataan ini kerja bodoh dan memperbodohkan diri sendiri?Kenapa orang Melayu boleh dibodohkan sebegini? Kenapa orang Mealyu mahu menjadi bodoh dan terus dibodohkan?

Cara ketiga:

Sesiapa yang menentang United Malays National Organistion dikatakan menentang Islam. Dakwaan ini juga projek membodohkan orang Melayu. Bagaimana menentang gerombolan ini disangkutpautkan dengan agama tidak pula dilakar dengan jelas. Islam ialah agama kepercayaan. Manakala United Malays National Organistion adalah satu gerombolan politik. Islam wujud 1,500 tahun dahulu. Gerombolan yang beroperasi hari ini hanya wujud semenjak tahun 1988. Manusia Melayu menganut Islam 500 tahun dahulu dan tidak ada sangkut paut dengan United Malays National Organisation.Manusia Melayu menganut Islam bukan kerana United Malays National Organisation. Mereka menganut Islam kerana satu kepercayaan agama.Tetapi orang Melayu di Malaysia ini terus ditakut-takutkan seolah-olah gerombolan ini wakil tuhan di atas bumi ini. Dakwaan ini karut.


Tidak ada sesiapa yang mewakili tuhan di atas bumi ini. Menentang United Malays National Organisation bukan menentang agama, bukan menentang Islam dan bukan menentang tuhan.Yang Maha Esa tidak pernah melantik United Malays National Organisation untuk menjadi wakilnya. Malah Yang Maha Esa tidak juga melantik pope, sami, dalai, ayatollah, paderi, rabbai untuk menjadi wakilnya. Apa yang terjadi, para agamawan ini orang-orang yang beramal dan beribadat. Mereka mengikut selurus dan setepat mungkin ajaran-ajaran daripada kitab-kitab suci. Semua mereka hanyalah manusia yang sama seperti makcik dan pakcik di Felda Sungai Rokan – bezanya mereka boleh berfikir dan berilmu.Ahkirnya: Projek pembodohan Melayu ini telah dibudayakan. Ertinya, ia menjadi sebahagian daripada proses pembudayaan fikiran Melayu.

Lembaga-lembaga daulah yang wujud diarahkan untuk terus menjalankan projek pembodohan ini.Kaedah pembelajaran dan media menjadi dua lembaga yang digunakan untuk projek membodohkan Melayu. Media Melayu – jika dibandingkan dengan media yang bukan Melayu – amat ketara perbezaan kandungannya.Tahap laporan berita, tahap tulisan rencana, tahap soal jawab agama dalam media Melayu – semuanya memiliki nilai bodoh yang amat tinggi.Begitu juga kaedah pembelajaran dan keilmuan.

Anak-anak muda Melayu terus diperbodohkan dalam sistem pembelajaran yang sedia wujud. Justeru, ibu bapa dalam masyarakat Cina tidak mahu anak anak mereka masuk ke sekolah aliran Melayu.Mereka tidak mahu anak-anak mereka jadi bodoh. Dalam masa yang sama, makin ramai ibu bapa Melayu telah mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran Cina. Di sekolah aliran bukan Melayu, masih ada peluang untuk anak-anak sekolah ini diajar berfikir, bukan diajar untuk menjadi bodoh.Kemelut politik hari ini adalah hasil daripada projek pembodohan orang Melayu. Masih ramai lagi orang Melayu yang bodoh sehingga mereka gagal untuk membezakan apa yang betul dan apa yang salah; apa yang hak dan apa yang batil.Projek bodoh ini telah juga memesongkan nilai budaya orang Melayu.

Orang Melayu yang telah dibodohkan gagal melihat bahaya rasuah, malah mereka dengan bangga akan mengangkat pemimpin pengamal rasuah.Orang Melayu yang telah berjaya dibodohkan gagal melihat bagaimana sistem kehakiman dan keadilan dalam negara ini boleh dijual beli. Mereka ini terus ingin menjadi bodoh.Orang Melayu yang ingin terus menjadi bodoh gagal melihat pembunuh, penculik, pengambil rasuah – ini semua bukan pekerjaan salah.

Budaya songsang lagi bodoh ini melihat kejahatan itu sebagai baik dan suci kerana ia dilakukan oleh manusia Melayu beragama Islam yang memiliki kad gerombolan United Malays National Organisation.


Hishamuddin Rais
Dis 4, 0912:18pm


Tanya orang UMNO sepanjang perjalanan dari Rumahnya ke PWTC (bangunan UMNO?) berapa banyak kedai orang Melayu berbanding dengan kedai Bangsa lain.. Berapa banyak Peniaga Melayu berbanding Dengan Peniaga Asing. Suruh mereka pergi Chowkit yang dulu nya terdiri dari Peniaga Melayu.. Sekarangnya kira berapa banyak Peniaga Melayu.. dan tanya Siapa bagi lesen .. dan dimana dapat lesen meniaga.. Tanya DBKL apakah tindakanya pada peniaga Asing.. (biarkan). apa tindakan Peniaga Melayu..( ROBOH kedai dan Hambat Peniaga) realiti nya Melayu.. Melayu melingkup kan melayu..

Tuesday, August 11, 2009

Umat dahulu binasa

sabda RASULALLAH
Wahai manusia, Sesungguhnya orang-orang terdahulu daripada kamu binasa, kerana apabila orang mulia di antara mereka yang mencuri, mereka membiarkan dan apabila orang lemah antara mereka yang mencuri, mereka melakukan hukuman atasnya.

Wednesday, July 8, 2009

Pemansuhan PPSMI

Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Pemansuhan PPSMI adalah cadangan yang tidak sesuai . Rancangan ini akan mengundang banyak masalah dan masalah ini akan berkaitan masalah lain saperti masa depan murid, kecelaruan Bahasa Malaysia sendiri, pembaharuan sukatan mata pelajaraan melibatkan kos pembeliaan buku teks dan buku kerja.

Kecelaruan istilah Bahasa Malaysia.
Sepanjang pembelajaran Sains dalam Bahasa Melayu, Istilah sains terutama Biologi dan Kimia sering bertukar dengan alasan memberkayakan bahasa Melayu, tetapi pada akhirnya bercelaru. Banyak lagi istilah sains belum lagi diMelayukan. Badan yang terlibat dalam memperjuangkan bahasa Melayu saperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Pusat Bahasa dan Kementerian Pelajaran sering bercanggah pendapat dan tunjuk ego masing masing dan akhirnya tidak ada jalan penyelesaian. Bukan sahaja Kementerian Pelajaran saja yang keliru tetapi kalangan guru dan murid murid juga menjadi keliru. Penyediaan buku teks, buku rujukan , buku kerja dan soalan latihan juga akan menjadi serabut kerana setiap pencetak mempunyai fahaman berbeza dalam pengistilahan matapelajaran sains. Disamping itu Buku rujukan Sains masih tidak mencukupi untuk membantu pelajar dalam penguasai ilmu pengetahuan dalam bidang sains.

Kementerian Pelajaran membuat keputusan sering bertukar dan tidak ada matlamat yang tetap.
Kita tidak tahu dimanakah arah pendidikan anak bangsa dengan pertukaran yang kerap ilmu pendidikan anak anak. Anak murid menjadi mangsa dalam percaturan orang atasan. Dan tidak mustahil salepas 2014 pembelajaran Sains dan metamatik kembali menggunakan bahasa Inggeris. Murid dari darjah satu hingga ke Tingkatan 5 mengunakan Bahasa Melayu dalam sains akan menjadi masalah semasa di universiti kerana buku rujukan, syarahan, tutorial dalam bahasa inggeris. Jika pembelajaran di Universiti dalam Bahasa Malaysia, masalah lain timbul dikalangan murid mendapatkan buku rujukan dalam bahasa Malaysia dan seterusnya dibidang pekerjaan satelah menamatkan Universiti, kerana kebanyakkan kerjaya memerlukan kemahiran dalam pertuturan dan penulisan dalam bahasa Inggeris .

Pembaziran dalam pembelian Buku dan lain-lain
Setiap pertukaran kandungan matapelajaran menyebabkan pertukaran buku teks, buku rujukan , buku kerja dan buku latihan. Ibu bapa terpaksa menanggung kos pembelian buku. Walaupun buku teks percuma (sampai bila?) tapi ibu bapa terpaksa membeli buku latihan dan buku kerja. Sebagai contoh anak yang tua tingkatan 3 dalam pembelajaran PPSMI dan anak nombor dua tingkatan 2 bukan dalam kategori PPSMI. Pada tahun hadapan, anak nombor dua terpaksa beli segala buku Matematik dan sains edisi baru. Ini bermakna buku yang abangnya beli dalam sesi PPSMI tidak boleh digunakan lagi.

Sikap kita
Kemerosotan pencapaian keputusan Sains dan metamatik dalam bahasa inggeris dikalangan pelajar di luarbandar diatasi dengan merubah sikap negatif terhadap bahasa inggeris dikalangan ibu bapa dan pelajar di Luar Bandar. Ibubapa di Luar Bandar masih lagi memandang serong dan memulaukan orang yang bercakap bahasa inggeris dikalangan mereka dan bertanggapan lupa diri, tidak ada sifat melayu atau Mat Saleh sesat. Sikap ini terbawa-bawa dikalangan pelajar terutama di sekolah 100 peratus Pelajar Melayu atau Sekolah Kebangsaan.
Malu bertutur bahasa Inggeris kerana takut ejekan kawan disebabkan kesilapan sebutan atau dikatakan berlagak menyebabkan faktor tidak kurang pentingnya. Sikap negatif kawan kawan terhadap bahasa inggeris hendaklah dihapuskan . Kawan-kawan sepatutnya memberi semangat dan membantu pelajar memperbaiki bahasa inggeris dan ini akan membuat kejayaan dikalangan pelajar . Jika kita ingin maju kita mesti boleh menguasai bahasa inggeris sebaik-baiknya kerana merupakan bahasa utama di seluruh dunia. Selain itu dalam bidang pekerjaan di Malaysia samada swasta atau kerajaan menggunakan bahasa Inggeris dalam pertuturan dan penulisan samada dalam mesyuarat, berbincangan kumpulan, membuat memo, menyediakan kertaskerja,lapuran atau kertas projek walaupun jabatan dan syarikat hampir 100 peratus pekerja bangsa Melayu atau equiti Bangsa Melayu.

Cara Penyelesaian
1. Istilah
(a) Semua ahli bahasa sepakat dalam penyediaan istilah dan membuat satu polisi dan peraturan dalam penyediaan istilah dari permulaian sehingga istilah itu disahkan dan diwarwarkan.
(b) Satelah Istilah dipersetujui tidak boleh sewenang-wenangnya ditukarkan
(c) Istilah yang dipersetujui diwarwarkan dalam media atau media cetak dan Kementerian Pelajaran memaklumkan pada semua sekolah dan Unversiti

2. Kelemahan Bahasa Inggeris Dikalangan Pelajar
(a) Perubahan sikap anti Bahasa inggeris dikalangan ibubapa dan Murid perlu dilakuan. Kementerian teribat saperti kementerian Pelajaran, media cetak menerangkan berapa pentingnya bahasa inggeris dalam pelajaran sains dan tidak menolak kepentingan Bahasa Melayu.
(b) Pemantauan Hari Bahasa Inggeris disekolah. Satengah-satengah Sekolah menyediakan hari bahasa inggeris atau tempat laluan Bahasa inggeris . Kebanyakan Pelajar Melayu menjadi bisu atau kurang bercakap pada hari itu . Jika pelajar Melayu mengelak melalui laluan atau tempat bahasa Inggeris kerana malu dan tidak ada kenyakinan diri. Guru dan pelajar boleh membantu kawan dalam peruturan bahasa inggeris jika berlaku kesilapan sebutan dan memotivasi pelajar yang malu bertutur bahasa inggeris.

Wednesday, February 4, 2009

Perak- Pengajarannya

Pengajaran didapati pada masa akan datang PKR membuat penyelidikan dan siasatan lebih dalam keatas calun yang dipilh dan pastikan calun yang dipilh tidak terlibat sebarang kes atau boleh menyebabkan ia terlibat dalam kes saperti rasuah, perempuan dan lain lain kes yang merosakkan parti dan calun. BN akan mencari calun yang bermasalah sebagai senjata untuk menikam PKR.
Pihak pemimpin PKR buat solat isthikharah sebelum memilih calun yang hendak dipertanding disesuatu kawasan. didapati calun PAS lebih kuat dan jati diri yang tinggi dari calun PKR dan DAP. saya setuju akan datang pilian utama dari calun PAS, kerana Calun PAS tidak terlibat dalam kes jenayah atau salahlaku dan susah dipengeruhi degan wang, harta dan perempun. Jika tiada Calun PAS. pilih calun PKR yang tidak mempunyai sejarah yang buruk.