Wednesday, July 8, 2009

Pemansuhan PPSMI

Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Pemansuhan PPSMI adalah cadangan yang tidak sesuai . Rancangan ini akan mengundang banyak masalah dan masalah ini akan berkaitan masalah lain saperti masa depan murid, kecelaruan Bahasa Malaysia sendiri, pembaharuan sukatan mata pelajaraan melibatkan kos pembeliaan buku teks dan buku kerja.

Kecelaruan istilah Bahasa Malaysia.
Sepanjang pembelajaran Sains dalam Bahasa Melayu, Istilah sains terutama Biologi dan Kimia sering bertukar dengan alasan memberkayakan bahasa Melayu, tetapi pada akhirnya bercelaru. Banyak lagi istilah sains belum lagi diMelayukan. Badan yang terlibat dalam memperjuangkan bahasa Melayu saperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Pusat Bahasa dan Kementerian Pelajaran sering bercanggah pendapat dan tunjuk ego masing masing dan akhirnya tidak ada jalan penyelesaian. Bukan sahaja Kementerian Pelajaran saja yang keliru tetapi kalangan guru dan murid murid juga menjadi keliru. Penyediaan buku teks, buku rujukan , buku kerja dan soalan latihan juga akan menjadi serabut kerana setiap pencetak mempunyai fahaman berbeza dalam pengistilahan matapelajaran sains. Disamping itu Buku rujukan Sains masih tidak mencukupi untuk membantu pelajar dalam penguasai ilmu pengetahuan dalam bidang sains.

Kementerian Pelajaran membuat keputusan sering bertukar dan tidak ada matlamat yang tetap.
Kita tidak tahu dimanakah arah pendidikan anak bangsa dengan pertukaran yang kerap ilmu pendidikan anak anak. Anak murid menjadi mangsa dalam percaturan orang atasan. Dan tidak mustahil salepas 2014 pembelajaran Sains dan metamatik kembali menggunakan bahasa Inggeris. Murid dari darjah satu hingga ke Tingkatan 5 mengunakan Bahasa Melayu dalam sains akan menjadi masalah semasa di universiti kerana buku rujukan, syarahan, tutorial dalam bahasa inggeris. Jika pembelajaran di Universiti dalam Bahasa Malaysia, masalah lain timbul dikalangan murid mendapatkan buku rujukan dalam bahasa Malaysia dan seterusnya dibidang pekerjaan satelah menamatkan Universiti, kerana kebanyakkan kerjaya memerlukan kemahiran dalam pertuturan dan penulisan dalam bahasa Inggeris .

Pembaziran dalam pembelian Buku dan lain-lain
Setiap pertukaran kandungan matapelajaran menyebabkan pertukaran buku teks, buku rujukan , buku kerja dan buku latihan. Ibu bapa terpaksa menanggung kos pembelian buku. Walaupun buku teks percuma (sampai bila?) tapi ibu bapa terpaksa membeli buku latihan dan buku kerja. Sebagai contoh anak yang tua tingkatan 3 dalam pembelajaran PPSMI dan anak nombor dua tingkatan 2 bukan dalam kategori PPSMI. Pada tahun hadapan, anak nombor dua terpaksa beli segala buku Matematik dan sains edisi baru. Ini bermakna buku yang abangnya beli dalam sesi PPSMI tidak boleh digunakan lagi.

Sikap kita
Kemerosotan pencapaian keputusan Sains dan metamatik dalam bahasa inggeris dikalangan pelajar di luarbandar diatasi dengan merubah sikap negatif terhadap bahasa inggeris dikalangan ibu bapa dan pelajar di Luar Bandar. Ibubapa di Luar Bandar masih lagi memandang serong dan memulaukan orang yang bercakap bahasa inggeris dikalangan mereka dan bertanggapan lupa diri, tidak ada sifat melayu atau Mat Saleh sesat. Sikap ini terbawa-bawa dikalangan pelajar terutama di sekolah 100 peratus Pelajar Melayu atau Sekolah Kebangsaan.
Malu bertutur bahasa Inggeris kerana takut ejekan kawan disebabkan kesilapan sebutan atau dikatakan berlagak menyebabkan faktor tidak kurang pentingnya. Sikap negatif kawan kawan terhadap bahasa inggeris hendaklah dihapuskan . Kawan-kawan sepatutnya memberi semangat dan membantu pelajar memperbaiki bahasa inggeris dan ini akan membuat kejayaan dikalangan pelajar . Jika kita ingin maju kita mesti boleh menguasai bahasa inggeris sebaik-baiknya kerana merupakan bahasa utama di seluruh dunia. Selain itu dalam bidang pekerjaan di Malaysia samada swasta atau kerajaan menggunakan bahasa Inggeris dalam pertuturan dan penulisan samada dalam mesyuarat, berbincangan kumpulan, membuat memo, menyediakan kertaskerja,lapuran atau kertas projek walaupun jabatan dan syarikat hampir 100 peratus pekerja bangsa Melayu atau equiti Bangsa Melayu.

Cara Penyelesaian
1. Istilah
(a) Semua ahli bahasa sepakat dalam penyediaan istilah dan membuat satu polisi dan peraturan dalam penyediaan istilah dari permulaian sehingga istilah itu disahkan dan diwarwarkan.
(b) Satelah Istilah dipersetujui tidak boleh sewenang-wenangnya ditukarkan
(c) Istilah yang dipersetujui diwarwarkan dalam media atau media cetak dan Kementerian Pelajaran memaklumkan pada semua sekolah dan Unversiti

2. Kelemahan Bahasa Inggeris Dikalangan Pelajar
(a) Perubahan sikap anti Bahasa inggeris dikalangan ibubapa dan Murid perlu dilakuan. Kementerian teribat saperti kementerian Pelajaran, media cetak menerangkan berapa pentingnya bahasa inggeris dalam pelajaran sains dan tidak menolak kepentingan Bahasa Melayu.
(b) Pemantauan Hari Bahasa Inggeris disekolah. Satengah-satengah Sekolah menyediakan hari bahasa inggeris atau tempat laluan Bahasa inggeris . Kebanyakan Pelajar Melayu menjadi bisu atau kurang bercakap pada hari itu . Jika pelajar Melayu mengelak melalui laluan atau tempat bahasa Inggeris kerana malu dan tidak ada kenyakinan diri. Guru dan pelajar boleh membantu kawan dalam peruturan bahasa inggeris jika berlaku kesilapan sebutan dan memotivasi pelajar yang malu bertutur bahasa inggeris.

No comments:

Post a Comment