Sunday, August 27, 2023

Alquran sangkaan

 Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.


(Al-Hujuraat 49:12)

Saturday, August 26, 2023

Andai PN

 Hanya andaian andaian tanpa bukti dan fakta. andaian dikukuhkan dengan andaian lain. Akhirnya syok sendiri.Maka bolih saya andaikan tun M layak jadi peresiden PN la ya.

Sebab 

1.semua orang PN hormat Tun M

2. Segala cakap Tun M diikuti sebab ia lebih berpengetahuan dan berpengatahuan.Tun M rajin membaca dari muhydin

3.bila berbincang dalam kumpulan, tun m lebih kedepan dgn idea dari muhydin

4.jika perbincang dalam PN dan tun M turut maka secara automatik tun M jadi pengerusi.

Kenapa muhydin tidak layak jadi presiden PN.

1. Pengetahuan asas pentadbiran lemah. Kes felda ia tidak sign. Asas pentabiran segala arahan diguna pakai setelah ditanda tangan bukti pengesahan. Dapat kereta loan pun selepas tandatangan agreement Loan kereta.

2. Otak konservatif, tidak ada idea memajukan negara dan menyelasaikan masalah rakyat semasa jadi PM8. Ia bekerja ikut arus, sebab mentaliti kakitangan kerajaan ikut arahan 

3.Tidak berani buat keputusan yang besar kuasa veto dalam akta darurat dan semua ahli parliment melayu islam termasuk pas semasa ia jadi PM walaupun dapat kuasa penuh dan dibenarkan membuat keputusan dan tindakan tanpa buat sidang parlimen.

i.Tidak berani hapuskan PTPN sedangkan ia dapat kuasa veto dalam akta darurat.

 ii.TIdak buat tindakan isu royalti minyak di terengganu.

iii tak berani sign hutang felda. 

iv.tidak haramkan dap.

4. Bodoh sombong, tidak tanya orang berpengetahuan untuk menyelesaikan masalah.spt kes felda tidak tanya pendapat pakar spt bank negara, dato zafrul. Banyak lagi kes yang ia buat. Cari sendiri, jika kamu ihkhlas kerana allah, allah tunjukan, jika saya tunjukan, kamu spin.

5, lambat bertindak dan tidak buat apa apa tindakan.wait and see mantaliti .kes felda tidak buat apa apa walaupun ia tahu isu itu lebih detail dari PM sekarang sebab takut buat keputusan yang besar.

6. Tak pandai berhujah dan berbahas ,hujahnya dangkal dan senang dipatahkan. Contoh diparlimen tidak dilantik jadi ketua pembangkang. Pemimpin PN yang lainpun tak yakin yang ia bolih jadi ketua pembangkang.

7. Dari segi logik Ketua pembangkang lah sepatutnya jadi presiden PN.

8. Muhydin dan hadi ponteng parlemen sebab malu terasa diperlekehkan oleh orang PN dalam parlimen . Bila dalam sidang dewan orang lebih tertumpu pada hamzah dari mereka.

 Yang layak jadi presiden Parti adalah orang ada pemikiran strategik, penyatuan semua bangsa,berani buat keputusan, cepat buat keputusan ,tidak bodoh sombong, banyak bertanya orang yang pakar sebelum buat keputusan dan cepat bertindak.Sifat ini tidak ada dalam muhydin.

Bila lagi nak lantik calon kemaman yang menang jadi presiden PAS ganti hadi dan presiden PN ganti muhydin. Syarat jadi PM kena jadi presiden PN dan ketua pembangkang. Mana janji muhydin nak calonkan jadi PM?,

Andaian pada PN

 Andaian saya , orang yang layak menjadi presiden PN bukan muhydin,bukan hamzah dan bukan hadi. Orang yang layak jadi presiden PN adalah think tank dalam PN. Dikalangan pemimpin PN tahu kelebihannya, ada yang dengki dan ada yang suka. Yang dengki padanya,ia melawan tokey dan menyingkirkan dari PN. Jika ia keluar dari PN, bersatu berpecah dan terbabit pas. Bolih kena isi ceramahnya dibandingkan dengan pemimpin PN yang lain pengisian merapu, memfitnah,mengadu domba,syok sendiri. Jika ia tubuhkan parti sendiri semua penyokong dan pengampu PN akan masuk partinya.

Tuesday, August 22, 2023

Perbezaan fitnah dan kebenaran

 Perbezaan fitnah dan kebenaran

Al-Quran mendidik manusia berhati-hati apabila menerima maklumat atau berita daripada sesuatu pihak.

Allah SWT memerintahkan golongan beriman memeriksa dengan teliti berita yang disampaikan.

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam

Firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat, ayat 6 bermaksud

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”


Amalan tabayyun (menyelidik terlebih dahulu) itu amat dituntut syarak bagi memastikan setiap maklumat yang disebar tepat, diperoleh daripada sumber sahih serta boleh dipercayai.

Maka cara selidik kebenaran saperti berikut.


 Kebenaran

1. Ada bukti

Contoh

Surat perjanjian, surat tawaran tender dan dokumen berkaitan yang dah disign

Kes songlap wang rakyat.

a. Penyata bank dengan sejarah transaksi ,masa, tarikh jumlah wang.dari akaun bank yg dia soglap ke akaun bank peribadinya.

b. Sejarah transaksi dari akaun banknya selepas dari masuk dlm akaun bank ia soglap bila harta harga yg banyak spt kes fidlot beli kondo di singapura.

c. Kenyataan pegawai bank yg terlibat pengurusan cek dan hitam putih dokumen yang telah ditatangani oleh orang yg songlap.

d, dokumen ,minute meeting pertukaran status tanah dari rezab melayu ke awam .


2. Tidak bercanggahan antara bukti bukti lain. 

Tiada percangahan antara penyata bank ke penyata bank lain dan dokument lain yg terlibat urusniaga yg sama.malahan perkaitan antara penyata bank,resit dan dokument

Tiada percanggahan antara dokumen,penyata bank dan keterangan pegawai yg teribat malahan memperkukuhkan bukti bukti.

3. Bukti bolih dikukuhkan dari sumber maklumat lain spt luar negara..

Kes 1md sumber pembelian hartanah,saham, barang berjenama luar negara berkaitan Kes beli kondo disingapore pengunaan wang projek lembu.antara bukti bukti lain

4. Turutan peristiwa yang tetap dan ada peyambungan dan kaitan dengan peristiwa berikutnya,

5. Tiada percangahan keterangan saksi dengan dokumen. Dan keterangan antara saksi saksi mengukuh bukti samada turutan peristiwa,masa,tempat,orang, bahan bukti,dokumen dan lain yang berkaitan. 

6. Nampak dan jumpa samada perbuatan orang dan duit dlam premis


Fitnah

Terlalu umum dan tidak dapat dibuktikan spf fremason, agen yahudi, sgen amerika,DAP komunis, 

1,Tiada bukti

Freemason,agen israil ,agen amerika, 

a.tiada hubungan tallipon, media antara kedua dua pihak.

b, tiada butir berbualan,text yang mencurigakan antara kedua dua pihak

c. Tidak ada transaksi pindahan dana kedua dua pihak..

Jika dituduh ada dalam freemason list, dimana dapat list,dari siapa spt nama ,jawatan. Siapa lagi dalam list, berapa ramai dalam list

2. Jika ada bukti, tapi bercanggahan antara satu dengan lain dan tiada hubungkaitan antara satu dengan lain.

3. Tiada pengukuhan dari sumber maklumat lain iaitu dari luar negara.

4.Turutan peristiwa yang tidak tetap dan tidak bersambung dari satu kejadian kekejadian yg berikutnya.

5. Percangahan keterangan saksi dengan dokumen. Dan keterangan antara saksi saksi tidak mengukuhkan bukti samada turutan peristiwa,masa,tempat,orang, bahan bukti,dokumen dan lain yang berkaitan. 

6. Tidak detail sampai pada sumber spt 200 sekolah agama diselangor  diarahkan tutup. Tiada disertakan senarai sekolah ugama spt nama sekolah, tempat, status swasta atau kerajaan. Dan tidak ada surat arahan rasmi yang ditandatangan pihak yang mengarahkan .

6. Cakap merapu.ramalan dan andaian 

7. Edit video clip ambil sekerat ucapan atau ubah ucapan

8. Copy paste gambar dan tukar text .

Orang yang taksub satelah dibrainwash tak bolih fikir mana fitnah dan benar sebab ia berjustifikasi berdasarkan emosi dan anti hujah.

Orang yang berakal percaya kebenaran tapi orang yang beremosi percaya fitnah.

Friday, August 4, 2023

Doa jiibril

 BISMILLAH, BISMILLAH, BISMILLAH,berlindung negara malaysia sekarang  dengan nama nama ALLAH  yang sempurna, diketahui makhluk,tidak diketahui makhluk ,disebut makhluk,tidak disebut makhluk  tidak dilampaui orang jahat,pemimpin pemimpin jahat, berniat jahat ,rancangan jahat,tidak amanah, tamak kuasa, berkuasa untuk membolot harta negara, rasuah, dengki, mengadu domba,pemfinah, pemimpin tidak ikhlas membantu rakyat dan tidak berhasrat memajukan negara.

YA RAHMAN NI RAHIM

Aamiin