Monday, November 27, 2023

Normalisasi melenyapkan alquran dan hadis secara perlahan

 

Sekarang ni puak tertentu yang alim dalam ugama islam  menormalisasikan tidak ikut syariat malahan menentang syariat yang ditetapkan  dalam alquran dan hadis sebagai perkara biasa dan dianggap sebagai bukan maksiat.Jika orang alim dalam islam buat maka dianggap sebagai rujukan dan diterima pakai. Iaitu dinormalisasi  perbuatan fasiq sebagai perbuatan biasa dan dijadikan budaya. 

Dan siapakah lagi yang lebih aniaya dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.


(Al-An'aam 6:21)

(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?


(Muhammad 47:24

Berlakunya yang demikian ialah: kerana mereka berkata kepada orang-orang yang tidak menyukai perkara yang diturunkan oleh Allah: "Kami akan patuh kepada kamu pada setengah perkara (yang berhubung dengan menentang Muhammad dan pengikutnya) itu"; sedang Allah mengetahui segala (perkataan dan perbuatan) yang mereka sembunyikan.


(Muhammad 47:26)

 |

 1.Dinormalisasikan Fitnah dan mewarwarkan fitnah

Pada mulanya fitnah ditentang dengan mengeluarkan ayat tabayun hadis dan alquran saperti dibawah.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Tapi dinormalisasikan memfitnah dan percaya berita tanpa tabayun  sebagai bukan maksiat dan ada yang backup mengatakan tak kan lebai bohong.

Contoh normalisai fitnah.

Misalnya, DAP difitnah atas dakwaan parti ini mengancam kedudukan Melayu-Islam. DAP dituduh hendak menukar Malaysia menjadi republik, menghapuskan raja berperlembagaan dan Islam sebagai agama rasmi, melarang laungan kuat azan, menghentikan tilawah al-Quran, membenarkan anak hak mutlak memilih agama selepas 18 tahun, memansuhkan subjek agama Islam di sekolah, membubarkan MARA, mahkamah syariah, dan rejimen askar Melayu Diraja, menyokong komunis dan LGBT.

. Berleluasakah fitnah politik ini? Lihat sahaja contoh ini. Pada 10 Februari 2023, Pesuruhjaya PAS Perak memohon maaf kepada PMX kerana menuduh beliau membawa agenda songsang LGBT dan menyokong agenda komunis.

. Pada 25 Jun 2023, akhbar Harakah Daily memohon maaf kerana mendakwa Razali penasihat khas Lim Guan Eng. Pada hari ketiga Zulhijah, memohon maaf kerana mendakwa PMX melantik wanita DAP sebagai pengerusi Felda.

Jika hendak disebutkan, senarai fitnah PAS paling banyak. Sekadar menyebut beberapa: 25 Januari 2017 Hasan Ali vs Khalid Samad RM200,000, 10 November 2017 PJ PAS Perak vs DS Nizar RM200,000, 31 Januari 2019 TGHH vs Sarawak Report RM1.4 juta, 28 Februari 2020 KP PAS Selangor vs Teresa Kok RM80,000, 9 Julai 2020 KP PAS Pulau Pinang vs Eric Paulsen RM100,000, 10 Februari 2021 Masri Che Yusoff vs Husam Musa RM155,000, 30 Ogos 2022 AJK Dewan Ulama vs KP PAN Kelantan RM10,000, dan 3 April 2023 MB Kedah vs Mahfuz Omar RM120,000.

Strategic impresion management juga digunakan  dispin bukan fitnah . Cakap je bukan apa apa. Malahan fitnah sudah  menjadi budaya yang diterima pakai dan bukan dianggap maksiat. Malahan fitnah terbaru spt 200 sekolah tahfiz diselangor ditutup dan lim guan eng dan lim kit siang  keturunan chin peng.

Mereka tidak berusaha mncegah kemungkaran malahan membiarkan kemungkaran berterusan sebab mereka dah anggap bukan mungkar.malahan sesiapa yang berusaha mencegahnya dianggap dan dispin jahat

2. Normalisasi kebencian puak tertentu dengan mengenepikan alquran bukan dianggap maksiat.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

(Al-Hujuraat 49:11) | 

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

(Al-Maaidah 5:8)

Strategic impresion management juga digunakan dispin dap kafir tanpa disedari dalam dap ada ahli islam . Cakap je bukan apa apa.Mereka tidak berusaha mncegah kemungkaran malahan membiarkan kemungkaran berterusan sebab mereka dah anggap bukan mungkar.malahan sesiapa yang berusaha mencegahnya dianggap dan dispin jahat

3. Islamopobia

Dinormalisasi alquran hanya untuk orang islam yang bolih tafsir. Orang kafir bukan tafsir alquran hanya ambil petikan dispin sebagai tafsir. Menyebabkan terhalangnya orang kafir mendekati islam dan dianggap bukan maksiat. Dalam alquran ada tauhid,fekah, ibadah,sejarah, akhlak, muamalat. Mereka mengharamkan terus orang kafir mengunakan mana mana ayat alquran. Alasannya niat orang kafir guna alquran menghentamnya. 

Strategic impresion management juga dengan membuat hasutan dan peraturan hanya orang islam saja bolih tafsir alquran. Ini adalah maksiat terbesar yang dinormalisaikan. Orang islam wajib berdakwah pada orang kafir dinormalisasikan orang kafir tidak bolih mendekati islam dan alquran dan hadis sebagai panduan mereka.

Mereka menormalisasikan orang islam membantah ayat dibawah bukan dianggap maksiat dan jahat.

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

(Al-Baqarah 2:159

(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

(A-li'Imraan 3:138)

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.(Yunus 10:57)

Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).

(Al-Jaathiyah 45:20)

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

(Al-Baqarah 2:2)

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):

(Al-Kahfi 18:1)

Mereka tidak berusaha mencegah kemungkaran malahan membiarkan kemungkaran berterusan sebab mereka dah anggap bukan mungkar.malahan sesiapa yang berusaha mencegahnya dianggap dan dispin jahat

4. Poligami. 

Dulu kawin ramai ikut sunah tapi dinormalisasikan hanya monogami saja. Dan dianggap pelik dan berdosa jika amalkan poligami. 

Strategic impression menagement ujudnya mind set yang poligami itu teruk,jahat, dan tidak elok diamalkan.  Malahan serangan dibuat setiap penjuru orang yang poligami dengan penuh emosi mencopkan gila,sewel,tak betul,buang tabiat,tidak pernah dibuat orang.

Mereka tidak berusaha mencegah kemungkaran malahan membiarkan kemungkaran berterusan sebab mereka dah anggap bukan mungkar.malahan sesiapa yang berusaha mencegahnya dianggap dan dispin jahat

5. Taat pada pemimpin dikalangan kamu.

Membantah Ayat alquran  taat pada pemimpin dikalangan kamu selagi tidak suruh buat jahat dan fitnah dinormalisasi sebagai bukan maksiat dan mungkar.

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

(An-Nisaa' 4:59) .

Strategic impression management. Menghasut dan spin sebagai sekular,cipta fitnah,andaian melalut mencari kelemahan kerajaan sekarang sebagai jahat.

Mereka tidak berusaha mncegah kemungkaran malahan membiarkan kemungkaran berterusan sebab mereka dah anggap bukan mungkar.malahan sesiapa yang berusaha mencegahnya dianggap dan dispin jahat.

Lama lama apa panduan,larangan, suruhan yang ada dalam alquran lenyap dalam budaya melayu islam sedikit demi sedikit. Amalan menyuruh buat baik mencegah kemungkaran dah lenyap perlahan lahan dan diganti dengan menyuruh buat mungkar dan menghalang buat baik dimana allah cop sebagai munafik. Maka bertambahlah golongan munafik dan terang terang buat perbuatan munafik.

Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.


(At-Taubah 9:67

Friday, November 10, 2023

Tanda munafik dan hasutan syaitan

 Sesiapa yang pada dirinya salah satu daripada sikap itu, maka dalam dirinya terdapat salah satu sikap munafik, hingga dia meninggalkannya. Iaitu, apabila diberikan amanah dia khianat, apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia menipu dan apabila bertengkar dia ingin menang." (Hadis Sahih Bukhari dan Muslim)

Saling Mencela Itu Adalah Syaitan

عَنْ عِيَاضِ بْنِ حِمَارٍ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ رَجُلٌ مِنْ قَوْمِي يَشْتُمُنِي وَهُوَ دُونِي عَلَيَّ بَأْسٌ أَنْ أَنْتَصِرَ مِنْهُ قَالَ الْمُسْتَبَّانِ شَيْطَانَانِ يَتَهَاتَرَانِ وَيَتَكَاذَبَانِ

Daripada Iyadl bin Himar ia bertanya, "Saya berkata, "Wahai Rasulullah, seorang laki-laki dari kaumku mencaciku sementara ia sendiri tidak lebih mulia dariku, maka apakah saya berdosa jika membalas cacian darinya?" baginda bersabda: "Dua orang yang saling mencaci adalah dua syaitan yang saling merendahkan dan saling berkata-kata dusta." (HR Ahmad No: 16836) Status: Hadis Sahih

Saturday, November 4, 2023

Ringkasan fitnah dan kebenaran

 Ringkasan

 Perbezaan fitnah dan kebenaran

Al-Quran mendidik manusia berhati-hati apabila menerima maklumat atau berita daripada sesuatu pihak.

Allah SWT memerintahkan golongan beriman memeriksa dengan teliti berita yang disampaikan.

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam

Firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat, ayat 6 bermaksud

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”

Amalan tabayyun (menyelidik terlebih dahulu) itu amat dituntut syarak bagi memastikan setiap maklumat yang disebar tepat, diperoleh daripada sumber sahih serta boleh dipercayai.

Maka cara selidik kebenaran saperti berikut.

Kebenaran

1. Ada bukti

Contoh

Surat perjanjian, surat tawaran tender dan dokumen berkaitan yang dah disign.

a. Penyata bank dengan sejarah transaksi ,masa, tarikh jumlah wang.dari akaun bank yg dia soglap ke akaun bank peribadinya.

b. Sejarah transaksi dari akaun banknya selepas dari masuk dlm akaun bank ia soglap bila harta harga yg banyak

c. Kenyataan pegawai bank yg terlibat pengurusan cek dan hitam putih dokumen yang telah ditatangani oleh orang yg songlap.

d, dokumen ,minute meeting pertukaran status tanah dari rezab melayu ke awam .


2. Tidak bercanggahan antara bukti bukti lain. 

Tiada percangahan antara penyata bank ke penyata bank lain dan dokument lain yg terlibat urusniaga yg sama.malahan perkaitan antara penyata bank,resit dan dokument

Tiada percanggahan antara dokumen,penyata bank dan keterangan pegawai yg teribat malahan memperkukuhkan bukti bukti.

3. Bukti bolih dikukuhkan dari sumber maklumat lain spt luar negara..

Kes 1md sumber pembelian hartanah,saham, barang berjenama luar negara berkaitan Kes beli kondo disingapore pengunaan wang projek lembu.antara bukti bukti lain

4. Turutan peristiwa yang tetap dan ada peyambungan dan kaitan dengan peristiwa berikutnya,

5. Tiada percangahan keterangan saksi dengan dokumen. Dan keterangan antara saksi saksi mengukuh bukti samada turutan peristiwa,masa,tempat,orang, bahan bukti,dokumen dan lain yang berkaitan. 

6. Nampak dan jumpa samada perbuatan orang dan duit dlam premis


Fitnah

Terlalu umum dan tidak dapat dibuktikan spf fremason, agen yahudi, agen amerika,DAP komunis, 

1,Tiada bukti

Freemason,agen israil ,agen amerika, 

a.tiada hubungan tallipon, media antara kedua dua pihak.

b, tiada butir berbualan,text yang mencurigakan antara kedua dua pihak

c. Tidak ada transaksi pindahan dana kedua dua pihak..

Jika dituduh ada dalam freemason list, dimana dapat list,dari siapa spt nama ,jawatan. Siapa lagi dalam list, berapa ramai dalam list

2. Jika ada bukti, tapi bercanggahan antara satu dengan lain dan tiada hubungkaitan antara satu dengan lain.

3. Tiada pengukuhan dari sumber maklumat lain iaitu dari luar negara.

4.Turutan peristiwa yang tidak tetap dan tidak bersambung dari satu kejadian kekejadian yg berikutnya.

5. Percangahan keterangan saksi dengan dokumen. Dan keterangan antara saksi saksi tidak mengukuhkan bukti samada turutan peristiwa,masa,tempat,orang, bahan bukti,dokumen dan lain yang berkaitan. 

6. Tidak detail sampai pada sumber spt 200 sekolah agama diselangor  diarahkan tutup. Tiada disertakan senarai sekolah ugama spt nama sekolah, tempat, status swasta atau kerajaan. Dan tidak ada surat arahan rasmi yang ditandatangan pihak yang mengarahkan .

6. Cakap merapu.ramalan dan andaian 

7. Edit video clip ambil sekerat ucapan atau ubah ucapan

8. Copy paste gambar dan tukar text .

Orang yang taksub satelah dibrainwash tak bolih fikir mana fitnah dan benar sebab ia berjustifikasi berdasarkan emosi dan anti hujah.Matlamatnya  bukan cari kebenaran tapi hanya nak menang dalam perbalahan.

Orang yang berakal percaya kebenaran tapi orang yang beremosi percaya fitnah dan andaian.