Saturday, November 4, 2023

Ringkasan fitnah dan kebenaran

 Ringkasan

 Perbezaan fitnah dan kebenaran

Al-Quran mendidik manusia berhati-hati apabila menerima maklumat atau berita daripada sesuatu pihak.

Allah SWT memerintahkan golongan beriman memeriksa dengan teliti berita yang disampaikan.

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam

Firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat, ayat 6 bermaksud

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”

Amalan tabayyun (menyelidik terlebih dahulu) itu amat dituntut syarak bagi memastikan setiap maklumat yang disebar tepat, diperoleh daripada sumber sahih serta boleh dipercayai.

Maka cara selidik kebenaran saperti berikut.

Kebenaran

1. Ada bukti

Contoh

Surat perjanjian, surat tawaran tender dan dokumen berkaitan yang dah disign.

a. Penyata bank dengan sejarah transaksi ,masa, tarikh jumlah wang.dari akaun bank yg dia soglap ke akaun bank peribadinya.

b. Sejarah transaksi dari akaun banknya selepas dari masuk dlm akaun bank ia soglap bila harta harga yg banyak

c. Kenyataan pegawai bank yg terlibat pengurusan cek dan hitam putih dokumen yang telah ditatangani oleh orang yg songlap.

d, dokumen ,minute meeting pertukaran status tanah dari rezab melayu ke awam .


2. Tidak bercanggahan antara bukti bukti lain. 

Tiada percangahan antara penyata bank ke penyata bank lain dan dokument lain yg terlibat urusniaga yg sama.malahan perkaitan antara penyata bank,resit dan dokument

Tiada percanggahan antara dokumen,penyata bank dan keterangan pegawai yg teribat malahan memperkukuhkan bukti bukti.

3. Bukti bolih dikukuhkan dari sumber maklumat lain spt luar negara..

Kes 1md sumber pembelian hartanah,saham, barang berjenama luar negara berkaitan Kes beli kondo disingapore pengunaan wang projek lembu.antara bukti bukti lain

4. Turutan peristiwa yang tetap dan ada peyambungan dan kaitan dengan peristiwa berikutnya,

5. Tiada percangahan keterangan saksi dengan dokumen. Dan keterangan antara saksi saksi mengukuh bukti samada turutan peristiwa,masa,tempat,orang, bahan bukti,dokumen dan lain yang berkaitan. 

6. Nampak dan jumpa samada perbuatan orang dan duit dlam premis


Fitnah

Terlalu umum dan tidak dapat dibuktikan spf fremason, agen yahudi, agen amerika,DAP komunis, 

1,Tiada bukti

Freemason,agen israil ,agen amerika, 

a.tiada hubungan tallipon, media antara kedua dua pihak.

b, tiada butir berbualan,text yang mencurigakan antara kedua dua pihak

c. Tidak ada transaksi pindahan dana kedua dua pihak..

Jika dituduh ada dalam freemason list, dimana dapat list,dari siapa spt nama ,jawatan. Siapa lagi dalam list, berapa ramai dalam list

2. Jika ada bukti, tapi bercanggahan antara satu dengan lain dan tiada hubungkaitan antara satu dengan lain.

3. Tiada pengukuhan dari sumber maklumat lain iaitu dari luar negara.

4.Turutan peristiwa yang tidak tetap dan tidak bersambung dari satu kejadian kekejadian yg berikutnya.

5. Percangahan keterangan saksi dengan dokumen. Dan keterangan antara saksi saksi tidak mengukuhkan bukti samada turutan peristiwa,masa,tempat,orang, bahan bukti,dokumen dan lain yang berkaitan. 

6. Tidak detail sampai pada sumber spt 200 sekolah agama diselangor  diarahkan tutup. Tiada disertakan senarai sekolah ugama spt nama sekolah, tempat, status swasta atau kerajaan. Dan tidak ada surat arahan rasmi yang ditandatangan pihak yang mengarahkan .

6. Cakap merapu.ramalan dan andaian 

7. Edit video clip ambil sekerat ucapan atau ubah ucapan

8. Copy paste gambar dan tukar text .

Orang yang taksub satelah dibrainwash tak bolih fikir mana fitnah dan benar sebab ia berjustifikasi berdasarkan emosi dan anti hujah.Matlamatnya  bukan cari kebenaran tapi hanya nak menang dalam perbalahan.

Orang yang berakal percaya kebenaran tapi orang yang beremosi percaya fitnah dan andaian.

No comments:

Post a Comment