Monday, March 27, 2023

Mata lalat dan mata lebah

 Tanggapan dan sangkaan .

Sebelum buat tangkapan dan sangkaan , tanya dirinya dulu adakah berfikiran adil dan terbuka, jika ia cenderung memenangkan kumpulan tertentu dan membenci kumpulan lain. Pandanganya akan menuju kebencian kearah kumpulan tertentu.

Pandangannya akan menjadi mata lalat iaitu mencari salah/keburukan kumpulan tertentu aje tanpa melihat kebaikan. Lalat akan menyebarkan keburukan pada lalat lain supaya datang kawasan kotor yang dijumpai.Orang yang bermata lalat akan meyebarkan keburukan orang /kumpulan tertentu supaya percaya dan mengikutnya.

Orang bermata lalat anggap dirinya perfect dan kumpulan yang dimusuhi tidak perfect.

Orang bermata lalat tidak nampak kebaikan kumpulan yang ia tidak suka

Orang bermata lalat menceritakan keburukan saja orang /kumpulan yang ia tidak tidak suka dan mengenepikan kebaikan.

Orang bermata lalat tidak bolih membezakan kelemahan/keburukan dengan kejahatan.

Orang bermata lalat tidak ada cadangan penyelesaian menambahbaikan kelemahan.

Jadilah mata lebah mencari kebaikan dan meyebarkan kebaikan pada orang lain

Monday, March 13, 2023

Pemimpin zalim/pecah amanah/ harta negara disanjung pemimpin baik , beramanah dikatakan jahat.

 Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Demi zat yang jiwa Muhammad ini berada di genggaman-Nya, hari kiamat tidak akan datang sehingga muncul kejahatan dan kebakhilan, orang yang jujur didustakan, orang yang khianat dipercayai. Binasalah al-Wa'ul dan munculnya at-Tahut? Maka sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: "Siapakah al-Wa'ul dan at-Tahut itu ya Rasulullah? Jawab baginda: 'al-Wa'ul adalah orang terhormat dalam kalangan manusia, sedangkan at-Tahut adalah orang yang hidup di bawah tekanan tanpa mengetahui siapa yang menekannya.'" (Hadis Riwayat al-Hakim, al-Fitan Hadis no, 8664)

Hadis di atas menjelaskan mengenai keadaan manusia akhir zaman iaitu kejahatan dan kebakhilan muncul dengan begitu pesat sehingga perkara itu menjadi kebiasaan dalam masyarakat. Semua perkara yang dilakukan diangkat masyarakat sehingga perbuatan yang diharamkan dihalalkan.

Berkuasanya mereka yang jahil dan jahat ini merujuk kepada penyingkiran orang baik daripada sistem kekuasaan. Dalam sistem kekuasaan yang didominasi oleh mereka yang jahat, orang-orang yang baik akan menjadi mangsa dan korban bagi menjayakan agenda yang dirancang. Sekiranya perkara tersebut berlaku secara nyata, kedudukan orang-orang baik ini amat mudah untuk dipastikan. Namun sekiranya, agenda jahat yang dikenakan kepada orang-orang baik ini melalui jalan belakang (penguasaan mental), masyarakat akan melihat golongan yang baik adalah jahat dan mereka yang jahat adalah baik dan disokong segala usaha mereka.

SABDA Rasulullah SAW: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pembohong dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah.

Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya: Siapakah golongan al-Ruwaibhidah? Maka baginda SAW menjawab: Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar. (Riwayat Ibn Majah

Hadis di atas mengkhabarkan kepada kita bahawa pada akhir zaman akan berlaku perkara-perkara berikut:

1. Pembohong  dipercayai

Hari ini, orang lebih percaya kepada pendusta apalagi jika dia berjaya menguasai media sosial. Melalui media sosial, pengaruh dan kepercayaan dibina agar ramai yang mengikuti setiap apa yang ditulisnya.

Pembohong yang mempunyai wang yang banyak akan menaburkan wangnya kepada orang ramai bagi mencari pengaruh. Apatah lagi pada hari ini, ramai orang lebih cenderung untuk menyokong dan mempercayai mereka yang berduit daripada mereka yang tiada apa-apa.

Berapa ramai yang membela pendusta hanya kerana kehebatan pendusta dalam memutar belit fakta? Begitulah hakikat yang ada pada hari ini.

Pada dunia akhir zaman ini, orang yang jujur tidak akan dapat kekal lama dalam satu-satu jawatan atau pangkat.

Kejujuran beliau amat dibenci kerana kejujuran itu akan menyekat pihak lain untuk mengaut kekayaan. Kerana itu, antara cara yang akan dilakukan adalah dengan menyebarkan fitnah secara meluas sehingga akhirnya orang lebih percaya kepada penyebar fitnah daripada pihak yang jujur dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.

Pada hari ini tidak sukar untuk menularkan fitnah. Dalam masa satu saat sahaja segalanya boleh tersebar dengan cepat.

SABDA Rasulullah SAW: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah.

Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya: Siapakah golongan al-Ruwaibhidah? Maka baginda SAW menjawab: Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar. (Riwayat Ibn Majah)

Hadis di atas mengkhabarkan kepada kita bahawa pada akhir zaman akan berlaku perkara-perkara berikut:


1. Pendusta /pembohong dipercayai

Hari ini, orang lebih percaya kepada pendusta apalagi jika dia berjaya menguasai media sosial. Melalui media sosial, pengaruh dan kepercayaan dibina agar ramai yang mengikuti setiap apa yang ditulisnya.

Pendusta yang mempunyai wang yang banyak akan menaburkan wangnya kepada orang ramai bagi mencari pengaruh. Apatah lagi pada hari ini, ramai orang lebih cenderung untuk menyokong dan mempercayai mereka yang berduit daripada mereka yang tiada apa-apa.

Berapa ramai yang membela pendusta hanya kerana kehebatan pendusta dalam memutar belit fakta? Begitulah hakikat yang ada pada hari ini.

2. Orang yang jujur dikatakan jahat/pecah amanah

Pada dunia akhir zaman ini, orang yang jujur tidak akan dapat kekal lama dalam satu-satu jawatan atau pangkat.

Kejujuran beliau amat dibenci kerana kejujuran itu akan menyekat pihak lain untuk mengaut kekayaan. Kerana itu, antara cara yang akan dilakukan adalah dengan menyebarkan fitnah secara meluas sehingga akhirnya orang lebih percaya kepada penyebar fitnah daripada pihak yang jujur dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.

Pada hari ini tidak sukar untuk menularkan fitnah. Dalam masa satu saat sahaja segalanya boleh tersebar dengan cepat.


3. Amanat diberi kepada pengkhianat

Pada hari ini memang banyak pengkianat agama, bangsa dan negara. Berapa ramai yang menggunakan agama untuk memenuhi kepentingan diri sendiri. Berapa ramai yang diberi amanat dan telah mengkhianati bangsa dan negara.

Mereka bukan memikul amanat itu untuk membela bangsa dan mendaulatkan negara tetapi sebaliknya membiarkan bangsa mereka sendiri terus meringkuk dalam kehinaan dan penderitaan dan membiar negara menuju kehancuran.

Amanat yang diberi bukan diguna untuk membantu rakyat tetapi digunakan untuk membolot kekayaan sebanyak mungkin biarpun ramai rakyat yang menderita.

4. Orang yang jujur dikhianati

Sedaya upaya usaha akan dilakukan untuk mengkhianati orang yang jujur. Semuanya dilakukan demi memastikan orang yang jujur tiada tempat di mana-mana apatah lagi untuk dipilih sebagai pemimpin. Kejatuhan akhlak pada akhir zaman ini sangat jelas sekali dan kerana itulah orang yang jujur sudah pasti akan diketepikan.