Sunday, August 15, 2021

Adakah kita layak memakmurkan masjid

 Sesungguhnya org2 yg LAYAK MEMAKMURKAN MASJID ALLAH hanyalah ORG2 YG BERIMAN KPD ALLAH  DAN HARI KEMUDIAN SERTA TETAP MENDIRIKAN SOLAT, MENUNAIKAN ZAKAT, DAN TDK TAKUT KPD APA PUN KECUALI KPD ALLAH. Maka mudah2an mereka termasuk dlm kalangan org2 yg mendpt petunjuk. - Surah Al- Taubah ( 9: 18).

Dari hadis ni kita orang melayu syok  sendiri kerana ayat yg akhir membuat tidak layak memakmurkan masjid iaitu takut pada pemimpin yang jahat  dari allah dan tidak berani menegor pemimpin yg jahat menipu rakyat, salahguna kuasa, salah guna wang rakyat dan juga tidak berani mengeluarkan dan membincangkan hadis dan ayat alquran berkaitan dengan politik dan kepimpinan yang benar dan yang jahat. Masjid  membuat peraturan tidak bolih bincang dan ceramah berkaitan politik lebih lebih lagi membincang kejahatan ahli politik dan kerajaan. Tanya diri mu sendiri  , Orang yang melenting dan menegur jika takzirah berkaitan dengan pemimpin jahat, pemimpin rasuah dengan menerangkan berdasarkan  hadis dan alquran adakah kamu layak memakmurkan masjid. Pihak ajk masjid beranggapan akan mengundang perpecahan dan permusuhan antara jemaah demi menjaga hati sekolompok yang taksub pada kumpulan atau  pemimpin yang korup dan pecah amanah dan ketepikan perkara yang benar kerana perangai melayu yang bermusuhan pada sesiapa yang bertentangan pendapat dengannya. Konsep keterbukaan dalam memberi pandangan dan mencari kebenaran berlandaskan alquran dan hadis tidak ujud dihati melayu. Mereka beranggap masjid ini masjid kerajaan kerana dari duit kerajaan bukan masjid allah dimana bukan sumber rezeki dari Allah.

Di masjid, surau,Jika tahu vvip, menteri nak datang, maka mereka dah booking  saf paling depan untuk menteri dan vvip dan bersikap tak apa melanggar sunah nabi dimana jemaah datang dulu pergi penuhkan saf depan. Maknanya mereka lebih menghormati menteri dan vvip dari nabi muhammad saw. Mereka  takutkan menteri dan vvip dari allah dengan alasan kena hormat dengan menteri. Peraturan ini dah ada sejak dulu dari kalangan pengerusi  dan kariah walaupun tiada hitam putih.

Orang yang takut selain Allah ialah

Takut tak dapat peruntukan dan gaji kerana mereka percaya gaji dan peruntukan datang dari kerajaan dan tidak yakin rezeki datang dari allah

Takut pada pemimpin yang korup buat tindakan padanya seperti paksa pindah atau dipecat

Takut pada orang tertentu dikalangan jemaah yang nampak perangai kuat mengampu.orang tertentu ni cepat melenting bila orang yang disokong dikutuk dan dihina. Orang tertentu ni menganggap pemimpin atau golongan yang ia sokong ni sama kuasa  dan mulia dengan allah dan setaraf mulia nabi saw. Lebih lebih lagi memburukan kepimpinan bosnya yang dah ternyata jahat.

Takut spy yang pecah rahsia pendirian kearah bangkang kepimpinan yang ternyata menipu,pecah amanah dan kianat pada rakyat.

Takut kena pulau oleh golongan dan puak ni, kerana puak ni berkuasa penuh dan bolih membuat keputusan dan rancangan menganiaya musuhnya spt memulau dan mengadu domba dan meniup api permusahan. Kerana golongan ni berasa yakin ia lebih berkuasa dari allah.

Mengunakan masjid sebagai halangan mencegah kemungkaran yang dibuat oleh menteri dan vvip yang korup dan menyalahgunakuasa dan menyslahguna harta negara. Mereka membuat sop dimana hal politik tidak bolih dibincangkan,diceramahkan  dalam masjid



Orrang bodoh jadi menteri

SABDA Rasulullah SAW: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah.

Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya: Siapakah golongan al-Ruwaibhidah? Maka baginda SAW menjawab: Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar.( Jadi menteri, menerajui kementerian). (Riwayat Ibn madjah)

"Apabila sesuatu amanah itu disalahgunakan (disia-siakan), maka tunggulah saat kehancuran." Para sahabat bertanya: "Bagaimana amanah itu disalahgunakan, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Iaitu apabila tugas atau tanggungjawab sebagai pemimpin itu diberikan (diserahkan) kepada bukan bidang kepakaran (jahil) atau bukan orang yang layak ,maka tunggulah saat kehancuran.

Perkara yang tak masuk akal di Malaysia sejak dulu lagi.

Ketua ketua kerajaan dan kementerian  peringkat pengarah tertinggi berpengalaman luas bidangnya mula dari bawah lama bekerja dan mempunyai ijazah paling tinggi phd,master dan degree.tapi diterajui  oleh menteri yang dijadikan ketua kementerian kelulusan  setakat spm dan tidak tahu langsung bidang yang  ditadbirkan.

 Contoh pengarah tertinggi kementerian kesihatan bertaraf doktor  berpengalaman luas dalam ilmu perubatan dan pembedahan tapi diterajui menteri kesihatan yang tak pernah rawat pesakit, tak pernah bedah pesakit apalagi  jenis penyakit dan jenis ubat, dan juga tidak ditanam etika kedoktaran iaitu menyelamatkan orang dan menyembuhkan pesakit.

Kakitangan jawatan tinggi  kementerian kewangan kelulusan tinggi dalam bidang kewangan,akauntan tapi diterajui  oleh menteri yang tak tahu debit,kredit, tidak ada asas perakaunan dan kewangan.

Kakitangan jawatan tinggi  kementerian pertanian  kelulusan dalam bidang pertanian tapi diterajui  oleh menteri yang ada asas pertanian. 


Kakitangan jawatan tinggi  kementerian perikanan   kelulusan dalam bidang perikanan tapi diterajui  oleh menteri yang tak kenal ikan.

Kakitangan jawatan tinggi  kementerian pertahanan   berpangkat jenderal tapi diterajui  oleh menteri yang kelulusan setakat spm/mce dan tak kenal alat peperangan.

Kakitangan jawatan tinggi  kementerian ekonomi kelulusan phd, master bidang economi tapi diterajui  oleh menteri yang tak tahu apa itu ekonomi macro dan pasaran kewangan.

Kakitangan jawatan tinggi  kementerian pendidikan kelulusan phd, master bidang pendidikan  dan berpengalaman mengajar tapi diterajui  oleh menteri  yang tak pernah mengajar dan tak kenal apa itu pedagogi.

Kakitangan jawatan tinggi  kementerian perhutanan kelulusan phd, master bidang perhutanan   dan berpengalaman luas dalam bidang perhutanan   tapi diterajui  oleh menteri  yang tak tak tahu jenis pokok.

Orang bodoh dalam bidang jawatannya dan otak opotunity/business spt menteri kesihatan memaksa  pesakit jadi pelanggannya .membeli productnya .Duit billion peruntukan kesihatan bolih digunakan memajukan dan memodenkan  hospital /kinik dan menambah doktor dan kakitangan.

Kakitangan jawatan tinggi  kementerian alam sekitar  kelulusan phd, master bidang    dan berpengalaman luas dalam bidang hutan , Kajibumi dan pengairan tapi diterajui  oleh menteri  yang tak tak tahu jenis pokok, tak kenal jenis tanah dan tak tahu jenis awan.

Dinegeri negeri pengarah tertinggi  perjngkat negeri lulusan sekurang kurangnya degree dan berpengalaman luas dalam pentadbiran tapi diterajui  menteri besar dan ecxo hanya baru beberapa bulan dan kelulusan setakat spm.

Bila ada issue dan masalah berlaku, maka keluar la idea bodoh dari menteri ini. Rakyat tetap sokongnya walaupun idea bodoh dari mereka. Kerana rakyat suka diperbodohkan oleh menteri.

Keluar la idea bodoh / idea tak cerdik bila harga barang berasaskan pertanian naik saperti kenaikan harga barang tidak sepatutnya menjadi masalah besar kepada mereka (pengguna) berbanding rakyat dari negara lain kerana keadaan mereka lebih teruk berbanding Malaysia. Perangai macam cerita bangau, menyalahkan orang lain.

Pegawai kerajaan lulusan universiti terima , ikut idea bodoh dan mempertahankan idea bodoh menterinya kerana sanggup memperbodohkan dirinya kerana ikut arahan

Sebabnya penyokongnya bodoh dan kuat mengampu. Penyokongnya bangga jika menteri dan vvip memperbodohkannya. Mereka tak senang duduk jika menteri tidak memperbodohkannya.

Keluar la ideo bodoh dan perancangan bodoh yg menjahanamkan negara dan menyusahkan rakyat. Rakyat terima akibat keatas kebodohan mereka.

Kerajaan suruh rakyat cintakan negara, bersemangat patriot dan pegang rukun negara tapi adakah menteri yang korup ,rasuah dan tidak amanah cintakan negara,bersemangat patriotic dan pegang rukun negara.

Menteri dalam jabatan bertangungjawab keatas tugas yang dipikulnya. Ia membuat  dan melaksanakan perancangan masa depan untuk memajukan kementeriannya.Dan berfikiran kedepan bagaimana melesaikan masalah jika ada masalah mungkin timbul dalam strategi. Menteri mesti pakar secara umum dalam kementeriannya yang diterajuinya supaya ia faham apa pegawai dalam kementerian menerangkan sesuatu isu dan perkara.(apa yg berlaku sekarang macam ayam bercakap dengan itik dan seorang manjat dinding dan sorang merangkak dilantai).

Adakah rakyat memilih menteri berdasarkan akhlak, amanah,jujur, tidak menipu, tidak pernah rasuah dan tidak pernah mugkir janji.

Adakah kamu tidak berfikir.