Monday, October 23, 2023

Kafir zimmi

 Nabi SAW memandang berat terhadap mereka yang menyakiti kafir zimmi. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa menzalimi kafir yang diikat perjanjian setia kepada kerajaan Islam atau mengurangkan haknya, atau membebankannya di luar keupayaannya atau diambil sedikit daripada haknya tanpa kebenarannya, maka aku menjadi pembelanya pada hari Kiamat." (Riwayat Abu Dawud)

https://youtu.be/5ZX-uS1SnTk?si=axxECwbDUbSeOIQB

https://youtu.be/97LpOzfWvSs?si=zHHzOrXmu3MGlem5

Thursday, October 19, 2023

Mempertahan Maruah Saudara Muslim

 Mempertahan Maruah Saudara Muslim


Sesiapa yang mempertahankan maruah saudaranya semasa berjauhan, menjadi hak Allah untuk membebaskannya daripada neraka. [HR al-Tirmizi 1931, Sahih]


Sesiapa yang mempertahankan seorang mukmin daripada keburukan seorang munafiq, Allah akan mengutus untuknya satu malaikat yang akan melindungi dagingnya daripada api neraka Jahannam pada hari kiamat. Sesiapa yang menuduh seorang muslim dengan sesuatu tuduhan dengan tujuan memburuk-burukkannya, Allah akan menghalangnya di atas jambatan neraka Jahannam sehinggalah dia keluar daripada tuduhannya itu. [HR Abu Daud 4883, Hassan]

Wahai sekalian manusia yang mendakwa beriman dengan lidahnya, namun iman tidak masuk ke dalam hatinya, jangan kamu menyakiti kaum muslimin, jangan kamu mengaib dan mencari-cari keaiban mereka.

Sesiapa yang mencari-cari keaiban kaum muslimin, maka Allah akan mencari keaibannya. Sesiapa yang Allah cari keaibannya, maka Allah akan mendedahnya sekalipun di rumahnya.” [HR at-Tirmizi].

Yakni jika kita dedah rahsia orang, rahsia kita pun akan didedahkan orang juga.

Wednesday, October 4, 2023

Islamophobia

 Islamophobia dimalaysia.

Kes howard lee menjadikan syntom islaophobia menjadi teruk dimalaysia yang dimainkan oleh melayu islam bertunjangkan pas dan bersatu.

.Islamophobia yang diwar warkan oleh  pas,pn spin menjadikan haram mengambil apa apa petikan alquran oleh orang kafir.lebih lebih lagi terkena diri mereka sendiri. Ada pemimpin pas bangga diceramahnya tidak ambil petikan alquran.

Horward lee hanya ambil petikan alquran bahagian akhlak dan politik tidak menyentuh akidah tapi orang melayu islam tanpa meneliti apa yang dicakapnya buat keputusan alquran untuk orang islam.

Dalam alquran ada akidah,ketuhanan, hari kebangkitan, peraturan,muamalat, akhlak, politik, fekah dan ibadah.ada juga nasihat, larangan,amaran untuk rujukan semua manusia.Alquran untuk semua dan membentuk akhlak manusia tidak kira kafir atau islam.

Dalam alquran ada Amalan baik diikuti dan amalan jahat dilarang yang bolih diambil petikan untuk panduan manusia malahan digalakkan diwar warkan.

Hadi dan pas ambil petikan alquran dalsm takzirahnya  berkenaan kafir mengharamkan undi dap. Hadi dan pas ambil ayat tidak lengkap perkataan kafir  dalam alquran . Ia tidak ambil ayat sebelumnya iaitu allah cop kafir yang menentang dan memusuhi islam,orang islam , islam,ajaran islam,alquran dan hadis iaitu kafir harbi termasuk munafik.

Tindakan pas menunjukan memusuhi ajaran islam dengan mengepikan ayat dibawah.

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum menghina kaum yang lain, kerana barangkali mereka yang dihina itu lebih baik dari mereka yang menghina.”

(Surah al-Hujurat: 11)

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

(Al-Hujuraat 49:12)

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.


(Al-Maaidah 5:8)

Dan pas mengenepikan hadis

Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:


“Seorang mukmin bukanlah tukang mencela, tukang melaknat orang, tukang berkata kotor dan berkata rendah.”


(Riwayat Tarmizi)


“Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang berkata kotor untuk memasukinya.”


(Riwayat oleh Ibn Abi Dunia dan Abu Naim dari hadis Abdullah bin Amru)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya kata-kata kotor dan berkata-kata kotor bukan dari Islam, dan sebaik–baik keislaman manusia adalah yang paling baik akhlaknya.”

Nabi SAW memandang berat terhadap mereka yang menyakiti kafir zimmi. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa menzalimi kafir yang diikat perjanjian setia kepada kerajaan Islam atau mengurangkan haknya, atau membebankannya di luar keupayaannya atau diambil sedikit daripada haknya tanpa kebenarannya, maka aku menjadi pembelanya pada hari Kiamat." (Riwayat Abu Dawud)