Friday, June 30, 2023

Prn 2023 tolak pemfitanh politik

 PRN 2023: TOLAK PEMFITNAH POLITIK

1. Pilihan raya adalah berkaitan dengan persaingan idea dan dasar, namun yang berlaku adalah sebaliknya, semakin berleluasanya fitnah dan penyebaran maklumat palsu.

2. Penyebaran maklumat palsu ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 (1), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Di bawah seksyen ini, seseorang yang didapati bersalah boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

3. Pengguna internet di Malaysia dianggarkan kira-kira 20 juta orang dengan 62 peratus mengguna media sosial dengan purata hampir lima jam sehari. Ini menunjukkan isu yang tersebar di Internet akan merebak kepada hampir 200,000 orang hanya dalam masa satu jam sahaja.

4. Bayangkan dengan kecepatan ini, impaknya terhadap keselamatan negara, keharmonian masyarakat, dan negara. Parti yang kerap difitnah ialah PH-BN dengan tujuan menakutkan rakyat supaya tidak menyokong kerajaan perpaduan sekarang.

5. Misalnya, DAP difitnah atas dakwaan parti ini mengancam kedudukan Melayu-Islam. DAP dituduh hendak menukar Malaysia menjadi republik, menghapuskan raja berperlembagaan dan Islam sebagai agama rasmi, melarang laungan kuat azan, menghentikan tilawah al-Quran, membenarkan anak hak mutlak memilih agama selepas 18 tahun, memansuhkan subjek agama Islam di sekolah, membubarkan MARA, mahkamah syariah, dan rejimen askar Melayu Diraja, menyokong komunis dan LGBT.

6. Berleluasakah fitnah politik ini? Lihat sahaja contoh ini. Pada 10 Februari 2023, Pesuruhjaya PAS Perak memohon maaf kepada PMX kerana menuduh beliau membawa agenda songsang LGBT dan menyokong agenda komunis.

7. Pada 25 Jun 2023, akhbar Harakah Daily memohon maaf kerana mendakwa Razali penasihat khas Lim Guan Eng. Pada hari ketiga Zulhijah, memohon maaf kerana mendakwa PMX melantik wanita DAP sebagai pengerusi Felda. 

8. Pada 25 Jun 2023, PMX yang bergurau meminta nombor telefon dengan pelajar tingkatan 6 yang bertanyakan soalan tentang ekonomi pun turut difitnah, sedangkan PMX hanya bergurau di depan ribuan hadirin, bukannya berwhatApps senyap-senyap sambil menghantar foto lucah. Tetapi kerana tiada isu, gurauan pun PN jadikan isu.

9. Jika hendak disebutkan, senarai fitnah PAS paling banyak. Sekadar menyebut beberapa: 25 Januari 2017 Hasan Ali vs Khalid Samad RM200,000, 10 November 2017 PJ PAS Perak vs DS Nizar RM200,000, 31 Januari 2019 TGHH vs Sarawak Report RM1.4 juta, 28 Februari 2020 KP PAS Selangor vs Teresa Kok RM80,000, 9 Julai 2020 KP PAS Pulau Pinang vs Eric Paulsen RM100,000, 10 Februari 2021 Masri Che Yusoff vs Husam Musa RM155,000, 30 Ogos 2022 AJK Dewan Ulama vs KP PAN Kelantan RM10,000, dan 3 April 2023 MB Kedah vs Mahfuz Omar RM120,000.

10. Sepatutnya sebagai sebuah parti Islam, PAS membawa akhlak yang baik, bukannya membuat persepsi dan tanggapan tanpa bukti. Tidak setuju, kritiklah. Jangan berkempen berunsur fitnah, perkauman, penghinaan dan unsur-unsur yang bercanggah dengan nilai Islam. 

11. Berkempenlah untuk memajukan negara, menaikkan ekonomi dan matawang yang jatuh teruk, bagaimana hendak menarik pelabur asing, dan menurunkan harga barang. Itu lebih baik kerana menyentuh kepentingan semua rakyat. 

12. Kerja ulama menyeru orang supaya beriman, jauh dari mungkar, buat kebaikan. Tunjukkan contoh kepada bangsa lain dengan akhlak yang baik supaya Islam dipuji dan dihormati. 

13. Demi generasi masa depan, hentikan politik fitnah. Ia budaya politik kotor dan keji. Fokus kepada usaha membina Malaysia yang lebih baik.

14. Cara terbaiknya ialah menjadi masyarakat Madani dengan mengangkat wacana, idea, polisi dan dasar, bukan serangan peribadi dan pembunuhan karakter. Jika hendak maju, kita perlu ada semangat perpaduan, kesatuan dan kerjasama, bukan sahaja sesama umat Islam, bahkan antara rakyat berlainan kaum dan agama.

15. Akhirnya, pesan saya kepada anak-anak muda. Tolak pemfitnah politik. Jangan biarkan diri ditunggang oleh mereka. 

16. Pilihan raya adalah soal memilih pemimpin yang boleh membawa negara kita ke pentas dunia dan memulihkan ekonomi negara kita yang sedang sakit, bukannya melantik seorang ketua kampung atau JKKK. Pada saya, buat masa ini hanya PMX sahaja yang mempunyai pakej terbaik untuk menggalas tanggungjawab ini.