Saturday, July 29, 2023

Solat pilih pemimpin

 Oh ye, mula dari sekarang solat isthikarah ye, jika kamu ikhlas mencari pemimpin yang amanah, bijak, baik,tidak tamak kuasa ,tidak pulun harta rakyat,tidak dengki, tidak rakus,bekerja untuk rakyat.


YA ALLAH ,tuhan yang tahu hatihati manusia,niat hati manusia ,tahu apa berlaku didepan mereka,dibelakang mereka,tunjukkan kami pemimpin yang benar,beramanah,yang berkelayakan memimpin negara ini supaya kami meyokongnya dan bantu kami memilihnya,mengundinya dan menasihat yang lain mengundinya.  Aaamiiin

Ya allah tunjukan kami pemimpin berniat jahat,tidak amanah,tamakkuasa, dengki, mengadudombaa, memecahbelah masyarat supaya kami tidak mengundinya  dan menghalang orang dari mengundinya.

Aaamiiin


Moga allah memberi kuasa pemerintahan pada pemimpin yang ikhlas, jujur,beramanah, yang berkelayakan memimpin negara ini.

Aaamiiin ya rabbil alamin

Friday, July 28, 2023

Perjuangan melayu ala mahathir

 Adakah ini perjuangkan melayu, semasa ia jadi PM dulu, habis tanah melayu diberi pada kroni melayu,cina dan india.

Bangunan klcc dibena diatas tanah yang dijual pada kroni india dgn harga yang murah dgn pajakan 999 tahun. Duit  petronas dibazirkan membayar sewaan tanah  jutaan tahunan. Jika tun M memperjuangkan Melayu kenapa tak beri syarikat melayu spt tabung haji, pnb,simedarby, felda,guthrie.

Semua Anak melayu masuk universiti dapat biasiswa dan dermasiwa dan diberhentikan   dalam pemerintahan. Dalam jangka masa 2 tahun tun M jadi PM memberhentikan biasisawa anak melayu masuk universiti dan diberikan pinjaman. Saya terkilan junior saya masuk u kena ambil pinjaman. Tahun kemasukan saya adalah kumpulan pelajar terakhir dapat biasiswa. Sekarang sedikit anak melayu yang layak dapat biasiswa bersyarat 8A . Mana pergi keuntuntungan petronan berbillion itu digunakan untuk mengkayakan kroni melayu,india,cina dgn buat projek mega.

Berbillion habis dalam projek Klia yang besar hanya bolih guna tak sampai 30%. 70% kosong

Projek formula one yang habis beliion dimasuk dalam poket kroni

Cyberjaya,staduim Bukit jalil 

Plus menjerat rakyat dengan tol yang membuat perjanjian puluhan tahun dgn menaikan kadar tol tahunan. Kerajaan terpaksa bazirkan duit bayar subsidi disebabkan perjanjian menguntung kroninya dan menjerat rakyat

Semasa ia jadi PM tiada projek mega mengkayakan rakyat spt kapal nelayan yang moden dan termaju, projek dan mesin pertanian yang moden dan termaju. 





Friday, July 7, 2023

Apa sanusi buat untuk rakyat. Pandai sembang

Apa sanusi buat untuk rakyat negeri kedah

Selangor

.Sanusi ni Tin Kosong pal tu bunyi je bising kuat tapi satu sen tak berguna utk rakyat & negeri Kedah !



MENTERI BESAR

SELANGOR

1.Insetif muasasah haji setiap jemaah RM5OO
2. Insetif roda darul  ehsan pada ehailing bantuan tunai dan carumam kwsp RM550

3. Skim bantuan tadika selangor . Bayaran tunai setahun sebagai subsidi tadika RM550
4. RM500 skim bantuan peduli sihat selangor RM500

5. Skim air  darul ehsan,bantuan pusat tuisyen,bas smart selangor PERCUMA

MENTERI BESAR KEDAH

1.TIADA
2.TIADA
3.TIADA
4.TIADA
5. TIADA
Yang pelik masih ada yang sokong dan taksub pada sanusi

Dendang lagu salahkan DAP

 Lagu DAP fobia

DAP jadi pembangkang, salah
DAP jadi kerajaan, salah
DAP 4 orang menteri,salah
DAP sokong  PM7, salah
DAP sokong PM10,salah
DAP sokong PAS, salah
DAP sokong Tun M,salah
DAP sokong UMNO/BN,salah
DAP sokong perlembagaan ,salah
DAP ada ahli melayu,salah
DAP tolong menyelamatkan maruah perempuan melayu yang dihina oleh pemimpin melayu,  salah
DAP menang pilihan raya ,salah
DAP setuju jumpa muhydin selepas muhydin  keluar umno ,salah
DAP bantu muhydin menang dipagoh ,salah
DAP 7 orang menteri , Salah
Bila dah benci/tak suka pengadilan berasaskan emosi bukan fakta dan kebenaran.
Kesian DAP

 Wahai Tuhanku, Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

(Al-Hujuraat 49:11) | 

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

(Al-Maaidah 5:8)

Monday, July 3, 2023

Salah DAP lagi

 1. Saya merujuk kepada kenyataan terbaru Tun Dr. Mahathir Mohamad bertarikh 3 Julai 2023 yang membuat dakwaan melulu tanpa asas terhadap DAP.

2. Dakwaan tidak berasas beliau kononnya DAP dengan kedudukan 40 kerusi Parlimen dalam kerajaan hari ini akan mengugut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengubah kedudukan Islam sebagai agama rasmi dengan tanpa agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab. 

3. Saya dengan tegas mengulangi pendirian DAP bahawa semua Ahli Parlimen DAP akan mempertahankan semua perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk menghormati kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan pada masa yang sama agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai seperti termaktub dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.

4. DAP tidak pernah dan tidak akan mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

5. Saya berasa amat kecewa dengan dakwaan Tun kononnya DAP akan mengugut Perdana Menteri. Apakah beliau sudah lupa bahawa semasa beliau menjadi Perdana Menteri dari Mei 2018 sehingga Februari 2020, beliau didokong oleh 42 Ahli Parlimen DAP? Adakah DAP pernah menarik sokongan daripada beliau atau mengugut kedudukannya?;

6. Sejak negara mencapai kemerdekaaan, Malaysia terkenal sebagai sebuah negara berbilang kaum yang dapat hidup bersama secara aman. Adakah Tun lupa berkenaan visi beliau untuk melahirkan Bangsa Malaysia melalui Wawasan 2020? Mengapa hari ini beliau sanggup mengambil satu pendirian yang begitu bermusuhan dengan masyarakat berbilang kaum di Malaysia? 

7. DAP tidak akan bermusuhan dengan mana-mana kaum. Kita akan terus berkhidmat demi negara dan memainkan peranan untuk membina sebuah masyarakat yang bersatu padu berasaskan prinsip-prinsip Rukun Negara.

8. Tun Dr. Mahathir tak perlu bimbang. Malaysia akan sentiasa kekal sebagai anggota OIC di bawah Kerajaan Perpaduan. 

LOKE SIEW FOOK

SETIAUSAHA AGUNG DAP

3 JULAI 2023

Saturday, July 1, 2023

Larang merendahkan puak

 Wahai Tuhanku, Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

(Al-Hujuraat 49:11) | 

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

(Al-Maaidah 5:8)

Musuh Perikatan nasional

 Musuh Perikatan Nasional (PN) bukan DAP,bukan PH, bukan YAB Anwar ibrahim.

Musuh sebenar Perikatan Nasional adalah pentaksub dan pengampu di dalam Perikatan Nasional yang jadi punahsihat yang melingkupkan Perikatan nasional

Menyokong dan mengampu pemimpin Perikatan Nasional (PN) memfitnah,mengadu domba dan cakap  dan andaian melalut tanpa fakta dan bukti jelas menyebabkan pemimpin Perikatan Nasional syok sendiri.

Membiarkan dan berdiam diri malah tidak menegur Pemimpin PN bila pemimpinnya rasuah,tak buat kerja,cakap dan andaian melalut.  lawan sultan,menentang yang dipertuan agong ,ponteng parlimen dan membiarkan muhydin bersengkolan dgn dap. 

https://youtu.be/IrAR-5_SSGU

Kenapa pentaksub PN tak berani saman fitnah DAP jika benar benar PN anti DAP.

Pentaksub PN spin segala kelemahan kerajaan sekarang sebagai jahat.

Pentaksub PN spin pemimpin PN menentang YDPA sebagai wira melayu.

Pentaksub PN dan penyokong PN spin pemimpin PN menghina sultan dan ydpa sebagai wira melayu.

Pentaksub PN spin kata pemimpin PN melalut ,kelaut dan auta sebagai fakta.

Pentaksub PN spin kata pemimpin kerajaan benar sebagai auta.

Pentaksub PN mewar warkan kejahatan DAP sedangkan pemimpin PN lagi jahat dari DAP dibiarkan malahan dispin nampak baik.

Semua pentaksub PN mengaku islam tapi perangai macam orang kafir dengan fitnah dan mengadu domba. Yang pelik bermula ucapan assamualaikum tapi pengisianya fitnah,mengadu domba ,ramalan dan adaian melalut.  

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam’

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Cukuplah bagi seseorang itu digelar pendusta apabila menceritakan semua yang didengarinya (tanpa tabayyun). Mereka buat tak kisah,tidak merasa menyesal,tidak bertaubat dan memohon maaf pada orang yang difitnahkan, bila tahu berita itu palsu. Sebab hati mereka dah keras.

Pentaksub PN menjawab komen dgn jawapan melalut ,auta,mencarut menyebab pembaca/nitezen menganggap mereka ini macam orang dungu.

Pentaksub Perikatan Nasional teruskan amalan kamu moga menghancurkan perikatan nasional atas tindakan kamu.

Pentaksub dan pengampu PN mewarkan perjuangan Melayu, berani ke PN mencalonkan melayu dikawasan majoriti cina/india semasa pilihan raya. Saya cabar pemimpin melayu PN mencalonkan semua melayu bertanding disemua kawasan di malaysia. Moga  cina india tidak mahu  jadi calon dalam perikatan Nasional sebab PN untuk melayu. Berani ke perikatan nasional kempen semasa pilihanraya parti PN untuk melayu. Konfirm tak berani, mereka akan spin parti PN untuk semua bangsa.

Pentaksub dan pemimpin PN memainkan isu DAP. Nama je islam tapi anti alquran. Mereka tak berani saman dap memfitnah muhydin jumpa DAP bila keluar UMNO. Perangai  PN bila tersepit cari DAP, bila dah lega musuhi DAP, ini dikatakan melepasi anjing tersepit.

Jika PN anti DAP mengapa muhydin dan PAS dalam kabinet dalam darurat.tak guna kuasa veto semasa jadi PM8  mengunakan akta darurat mengharamkan DAP. Nampak benar hipokrit.

https://youtu.be/g80Nl8-GzSM

https://youtu.be/IrAR-5_SSGU

https://youtu.be/LBExRQGZToc

Kononnya pn dan pas memperjuankan ajaran islam tapi anti ayat alquran dibawah ini

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

(Al-Hujuraat 49:11) |

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum menghina kaum yang lain, kerana barangkali mereka yang dihina itu lebih baik dari mereka yang menghina.”


(Surah al-Hujurat: 11)

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

(Al-Maaidah 5:8)


https://youtu.be/CYYirv1E9gY?si=ETg3KaICElacuvTE

Pentaksub PN teruskan tiindakan itu moga Perikatan Nasional hancur dgn tindakan kamu. Aamiin