Monday, November 17, 2008

Islam sempit ala UMNO

Datuk Dr Hilmi Yahaya (Umno-Teluk Bahang mempersoalkan sama ada Lim - seorang bukan Islam - layak menggunakan ayat al-Quran untuk merujuk kepada urustadbir negeri yang ditadbirnya.

Ulasan.
Kenyataan beliau menunjukkan berapa ceteknya pengetahuan ugama islam atau islam ala UMNO, Alquran untuk umat manusia termasuk orang islam dan kafir. Didalam Alquran ada menyatakan semua manusia termasuk Islam, Kafir, Munafik Fasik, Yahudi, nasrani dan Majusi. Alquan juga menyatakan meyatakan manusia secara umumnya sebanyak 400 kali saperti Albaqarah:21, Albaqarah:44, albaqarah:83 dll.

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa. (albaqarah:21);

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayat dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman). (Albaqarah:143)

Tuesday, September 2, 2008

Pakatan rakyat memerintah. Siapa pelapis?

Saya terbaca Email dari rakan. BN Mungkin mengunakan Polis, BPR dan Peguam Negara menghalang Pakatan Rakyat Memerintah , Adakah PKR menyediakan pasukan pelapis YAB Anwar.. "Backup" atau rancang kedua untuk mengatasi masalah pembentukan kerajaan baru., jika dihalang melalui ISA atau tuduhan baru keatas Saudara Anwar .

AN-NASR


















Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1]Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan [2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai; [3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Sunday, August 24, 2008

Semangat Patriot ala Malaysia

Semangat patriot diwarwarkan hanya ditujukan kepada rakyat.. tetapi tidak kepada pemimpin BN.. adakah peminpin sekarang BN bersemangat patriot dengan songlap duit rakyat masuk poket kroni, menganiaya dan menipu rakyat dan orang yang tidak disukai, rasuah dimana-mana dan jabatan kehakiman dan peguam yang bercelaru,hukuman terpilih dan mengadakan saksi palsu dan tuduhan palsu, melenyapkan saksi benar, menaikan harga barang dan harga minyak dan fitnah orang dengan sesuka hati, etika kewartawan dan media yang bercelaru.





Rakyat yang benar bersemangat patriot menghapus gelaja yang merosakkan negara saperti pemimpin yang korup, penindasan rakyat, memperbaiki sistem kehakiman,memperbetulkan system kerajaan , polis, dan BPR, menghalang segala kemungkaran yang dipupuk oleh kerajaan sekarang.




siapakan ada semangat patriotik, BN atau Pakatan Rakyat. ?? . lu pikir lah sendiri.

Tuesday, July 29, 2008

Kerajaan Malaysia ala plot cerita Filem Hindustan/tamil

Akhir akhir ini, Kerajaan malaysia ala plot cerita hindustan /tamil. plot nya sama Tutup kes orang kaya berpengaruh dengan menghilang dan perasungut saksi sabenar, mengadakan saksi bohong, Menguna pengaruh perasungut dan mempergunakan Polis, hakim, doktor, media dan bermacam cara untuk menutup kesalahan orang berpengaruh.
Saksi keluarga mungkin berada dalam bahaya memandangkan beberapa insiden saksi-saksi penting kes berprofil tinggi di Malaysia pernah diugut, dipaksa dan hilang entah ke mana," saperti kes lingam, altantuya dan saksi kes rasuah.

Mereka juga mempergunakan Polis, hakim, doktor, media dan bermacam cara untuk menganiaya hero termasuk perasugut dan menghilangkan keluarga hero. Walaubagaimana pun hero tetap menang dan bentuk kerajaan baru, Bila agaknya Hero menang. dan bentuk kerajaan baru.

Sunday, July 27, 2008

PAS terikut rentak UMNO?

Akhir ini, PAS terikut rentak dimainkan oleh UMNO dari muzakarah, muqabalah hingga ke bentuk parti baru, PAS sepatutnya berhati hati dengan strategi yang dimainkan oleh UMNO untuk meraih keuntungan didalam perpecaahan pakatan rakyat. saya pelik kenapa PAS beriiya iya nak berbaik dengan UMMO, DAP tak sibuk nak berbaik dengan MCA, Jika ini berterusan , Kerajaan Baru nak dibentuk mengkin akan bertambah celaru. Saya cadangkan berhenti sahaja dari berbaik dengan UMNO. PAS sibuk dengan agenda berbaik dengan UMNO boleh menyebabkan agenda Pakatan rakyat termasuk PAS yang dilaungkan semasa Pilihan raya lalu terbengkalai,,, Saya cadangkan Kerajaan Pakatan Rakyat membuat satu polisi ,misi dan peraturan bersama antara pakatan rakyat supaya berkara ni tidak berlarutan. dan PAS lebih baik menyibuk dengan misi nasional dan ketepikan misi UMNO.

Sejarah Zaman Nabi Mhammad SAW, bermacam macam taktik orang kafir ,munafik terdiri dari orang arab nak berbaik dengan NABI Muhammad SAW dengan bemacam macam cara dari menawar nabi harta, kerjaan dan wanita, dan memomokkan demi bangsa arab termasuk membina masjid dirar. Adakah PAS tidak terfikir perkara itu...

Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada sekarang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Dia tetap menguji kamu) sehingga Dia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman) dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib itu). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar. (Alimran:179)

Wednesday, July 16, 2008

Kerjasama UMNO Dengan PAS.. PAS akan Kucar Kacir

Kerjasama UMNO Dengan PAS akan Mengundang bahaya kepada PAS, Kerana falsafah perjuangan UMNO adalah Fintah, Menipu, Rasuah ,Mengkayakan kroni, dalan sanggup menuduh orang MElayu ISLAM LIWAT.. Boleh percaya ke?. Ahli PAS mungkin akan berpecah. Ini saya cara UMNO untuk memecah belahkan PAS satelah tidak dapat memecah belahkan PKR.

Jika UMNO nak bebaik Dengan PAS, ahli UMNO kena bertaubat mengikut cara islam, Sanggup ke UMNO bertaubat.
Jika ia bedosa kepada manusia, saperti menipu satu malaysia, sanggupke ia memberitahu dan mengaku penipuan yang dibuat satu persatu selama ini dan minta maaf rakyat satu malaysia
jika ia merompak wang rakyat, , sanngupke memberitahu jenayahnya satu persatu dan ia memulangkannya.

Jika ia menyebarkan fitnah, Sanggupke mereka memberitahu dan mengaku satu persatu fitnah yang disebarkan dan minta maaf satu malaysia.
Jika mereka rasuah sanggupke, sanggupke mereka memberitahu kes nya satu persatu dan Mereka dihukum,
Jika ia menginaya rakyat dan mengunakan Polis, FRU dan segala egen kerajaan, sanggupke ia minta maaf kepada Rakyat Malaysia...
Sanggup ke mereka berhenti dari kebudayaan tradisi mereka.


Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada sekarang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Dia tetap menguji kamu) sehingga Dia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman) dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib itu). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar. (Alimran:179)


Dan mereka (golongan munafik) berkata: (Kami) taat, kemudian apabila mereka keluar dari majlismu, segolongan dari mereka memutuskan pada malam hari satu rancangan yang lain daripada (pengakuan taat) yang mereka katakan (kepadamu). Sedang Allah (perintahkan malaikat) menulis apa yang mereka rancangkan itu; maka berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka, (janganlah dihiraukan apa yang mereka rancangkan), serta berserahlah kepada Allah; kerana cukuplah Allah menjadi Pembela (yang memeliharamu dari angkara mereka). (ALnisa':81)

\Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat dan melarang dari perbuatan yang baik dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik. (At-Taubat:67)


Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Al-Imran:104)

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik(AL_IMRAN :110)

Tuesday, July 15, 2008

YAB Anwar betandinglah ketika Pakatan Rakyat Memerintah Negara

Jika YAB Anwar Ibrahim nak bertanding, eloklah bertanding ketika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. Kerana dalam keadaan sekarang ni susah untuk menang kerana segala dikawal dan mengikut arahan Kerajaan BN. Kerajaan BN sekarang akan mengunakan apacara pun saperti penipuan,Undi Hantu, Polis, Samseng, SPR dan Media. Jika ketika Pakatan rakyat Memerintah Malaysia. BN tidak dapat mengunaan semua diatas termasuk penipuan. Dan pilihanraya ini menjadi telus. Semoga Berjaya... Amin

Wednesday, June 11, 2008

Kenaikan harga miyak jangan diusik tapi lain tak apa

Kerajaan BN, mencadangkan macam cara untuk memujuk rakyat, saperti kurang kan road tax, perbelajaan berhemah, pantau kenakan harga barang, potong elaun menteri tapi tidak langsung berhasrat menurunkan harga minyak. Kerajaan mengenakan tindakan dan hukuman kepada peniaga jika naik harga barang tapi tak menghukum Tenaga Nasional kerana naik kan tarif.. hukuman terpilih?. Kerjaan BN berfikiran sejak dahulu, cara mendapat kekayaan hasil dari rakyat saperti tol, kenaikan beras, kenaikan minyak dan beras.

Alasan tak logik

A. harga minyak terendah,

Perbandingan dibuat tidak adil dan tidak mengikut etika statistik dimana perbandingan mestilah adil dan tidak mengikut kehendak dan tujuan pihak tertentu

Adalah tidak adil membandingkan dengan Negara pengimpot minyak bukan negara pengesport minyak. dan kerajaan BN tidak membanding skil gaji jawatan yang sama dengan negara luar.


B. Kerajaan terpaksa beri subsidi minyak.

Subsidi minyak hanyalah rekaan je, Logik ke empunya dusun durian menjual durian dengan harga pasaran kepada ahli keluarganya. Kerajaan BN menganggap rakyat adalah orang luar saperti negara luar .Kenaikan harga minyak dunia adalah alasan untuk menaikan harga minyak di negara ini. dan boleh le kerajaan BN membolot keuntungan minyak.

Dengan kenaikan harga minyak kerajaan dapat untung lebihan dari pengesportan minyak dan keuntungan itu boleh digunakan menampung subsidi (?) minyak jika kerajaan BN berjiwa rakyat?. tapi kerajaan BN menindas jiwa rakyat.


C. Keuntungan minyak untuk pembangunan Negara

Betulke, atau untuk keroni, pembagunan dalam kamus BN, maknanya projek dapat ke kroni mereka, duit masyuk beb... kaya beb, rakyat hanya dapt bangunan je?

Wednesday, April 16, 2008

Semoga ALLAH kurniakan kejayaan kepada Pakatan Rakyat

Semoga ALLAH kuniakan kejayaan pemerintahan Pakatan rakyat dan semoga ALLAH memberi petunjuk mereka kearah pemerintahan yang berjaya. Semoga ALLAH melindungan mereka dari bala dan fitnah dari golongan dengki, UMNO, BN, binatang atau makluk yang jahat. Selawat dan salam keatas junjungan nabi Muhammad SAW sebanyak bintang dilangit dan sebanyak makhluk di bumi dan di langit dari awal dunia hingga hari kiamat. Semoga dengan berkat selawat ini terpeliharalah Pakatan rakyat dari finah dan kianat BN, UMNO dan usaha mereka memerintah kerajaan Malaysia dengan jayanya. ALLAHUMMASALI ALAI SAIDINA MUHAMMAD WAALA ALIHI SAIDINA MUHAMMAD- AMIN

Polis dan BN Cakap tak serupa bikin- kena bala

Polis berkata "polis menangkap dan menahan sesiapa tanpa mengira pangkat atau kedudukan". Persoalan kenapa polis tak tangkap Umno terengganu mengatakan sultan sebagai binatang saperti terhukumnya Al-Amin kerana dituduh menentang agong dan juga mengkap Umno Pulau pinang membuat perhimpunan haram kononnya memperjuangkan DEB. semoga ALLAH turun bala kerana sifat munafik dan cakap tak serupa bikin lebih-lebih lagi kepada polis atau BN yang cakap macam tu.. padan muka. pengajaran bagi orang menghukum terpilih.

Friday, April 11, 2008

Bangkang Penganut Ugama Lain masuk Islam tapi tidak pula penganut ugama lain masuk kristian

Satu isu yang pelik, bila penganut ugama hindu, budha, dan ugama lain masuk ugama kristian mereka tidak membangkang, malah menyokong penuh . malah tiada peraturan dan akta digubal untuk menghalang penganut ugama mereka masuk kristian,

Cadangan membenar mualaf masuk semula ugama asal adalah sungguh bahaya, kemungkinan mereka akan memujuk, brainwash, memerasugut, dan menawarkan golongan mualaf memasuki ugama asal. mereka cukup fobia bila ugama mereka(buddha, Hindu dan lain) masuk ugama islam. Jika didapati golongan mualaf ahli kalangan golongan mereka, mereka akan berusaha sungguh menukar balik ke ugama mereka, tapi tidak bila penganut ugama mereka masuk kristian, mereka merelakan. pelik tapi benar

Wednesday, April 9, 2008

Pakatan Rakyat- Sumber Kewangan Alternatif

BN perasugut rayat lima negeri tidak memberi peruntukan keatas negeri dengan menganggap hartanya dan mereka ini lah penghianat dan perompak harta rakyat yang berlesen. semoga ALLAH turun bala keatas perbuatan mereka yang terlibat ini.. amin.

1. Saya cadangkan hasil cukai pendapatan dan lain lain hasil dari lima negeri ini tidak diserahkan kepada kerajaan pusat, pengumpulan dana dari JHDN negeri diserahkan kepada kerajaan negeri, jika nak beri juga beri 10% sahaja kepada kerajaan pusat. Dengan hasil ini kerajaan negeri boleh membuat budget sendiri tanpa bantuan kerjaan pusat.

2. Sebahagian dari hasil ini 20%-30% di kumpulkan didalam tabungan Pakatan Rakyat untuk pembangunan umum berkaitan dengan negeri Pakatan Rakyat.


3. Untuk pembahgian sumber dan pekerjaan semua kaum terutama dalam bidang perniagaan, kerjaan barisan pakatan rakyat mencadangkan pembahgian kerja setiap kedai, kilang atau sebarang bentuk perniagaan dimasukkan tiga kaum Melayu, Cina dan India, contohnya tiga jenis kaum bekerja satu kedai runcit,kedai hardware, kedai komputer.

4. Penguasaan semua bahasa dengan membuat kelas tambahan peringkat, sekolah, universiti dan tempat bekerjaan . Bangsa melayu tahu bahasa cina dan india, bangsa cina menguasai bahasa melayu dan india dan bangsa India menguasi bahasa cina dan melayu.

5. Setiap negeri mempunyai premisis Tenaga Nasional, penyiasatan menyeluruh dibuat keatas premisis samada mempunyai CF, keluasan tanah, status, dan cukai tanah yang dikenakan.Dari hasil siasatan ini Pakatan Rakyat boleh berbincang dengan Tenaga Nasional menurun kadar tarif letrik. begitu juga dengan syarikat tol.

Jangan harap sangat BN membantu, kita dah tahu dasarnya lanun, perasungut dan mereka tidak akan bagi peruntukan saperti berlaku kepada kelantan.

Wednesday, March 5, 2008

DOA

"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."
"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."
"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungan dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik." "Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."
"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah."
"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancnagan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."
"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."
Amin

Undi siapa ?Solat Istikharah

Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.Solat itu boleh saja di waktu mengerjakan sunat Rawatib atau Tahiyatul-masjid dan boleh pula di waktu malam atau pun siang, sedang bacaan sehabis Al-Fatihah dapat dipilih sekehendaknya

Sabda Nabi : "Beruntunglah bagi yang beristikharah".

Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini. mengundi Parti PAS/BA. baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

Thursday, February 28, 2008

BN buat lagi pembangunan.. untuk kroni

BN mengulakan rakyat dengan projek pembagunan saperti bina rumah kos rendah,sekolah, masjid, jalan raya dan macam macam jenis pembagunan, segala projek pembangunan telah dibau oleh rakyat bertujuan masuk kantung kroninya. Bila ada pembangunan, kroni dapat untung tapi bangunan rendah kualiti dari bumbung bocor sehingga bangunan runtuh, pelajar sekolah sakit perut makan makan basi dan macam lagi. jika bumbung bocor lagi untung kroni, baiki bocor masuk lagi poket kroni kemudian naik kan cukai,naikan barang dan macam cara sedut duit rakyat.

Wednesday, February 27, 2008

Undi BN dapat 2,500 tapi rugi 25,000 lebih

BN mengulakan pengundi dengan memberi 2,500 dengan harapan mereka akan menyokong nya lagi, tidakkah pengundi terfikir duit itu datang dari mana, duit itu datang dari syarikat yang dapat keuntungan dari rakyat sendiri, syarikat saperti Tenaga nasional, PLUS,petronas dan lain lain syarikat melaburkan duit kepada BN dengan harapan dapat keuntungan dengan menaikan harga barang cukai dan perhidmatan. Dengan menaikan perhidmatan asas sapert minyak,api, air akan menaikan harga barang dari keperluan harian higga ke yuran kemasukan Universiti. Keuntungan segelintir rakyat sebayak 2,500 sekejap je. tapi menanggung rakyat kerugian sepanjang BN memerintah.

BA memerintah tidak akan menaikan harga keperluan asas saperti minyak,tol dan electrik kerana mereka tidak terhutang dengan syarikat ini.

Tuesday, February 19, 2008

Umpan BN

korporat melabur duit pada BN dalam pilihan raya ini utuk keuntungan lebih besar dengan menekan rakyat pada masa yang akan datang. Polisi korporat sekarang adalah keuntungan dari menindas rakyat dengan menaikan tol, minyak, tarif letrik, indahwater dan harga barang . Tidak saperti negara maju polisi keuntungan dengan mengesport barang keluar nergara.

Tidak penyokong BN terfikir, segala pemberian ini samaada duit poket atau jadi kuli semasa pilihan raya ini adalah umpan, untuk mendapat keuntungan BN lebih besar dimasa akan datang. Penyokong BN untung sikit tapi Ahli politik BN untung besar, Cuba Penyokong BN fikirkan, kamu hanya dapat sedikit sahaja dalam plihan raya ini, tapi kamu rugi lagi banyak selepas pilihan raya dengan kenaikan harga barang, cukai, pinjaman PTPN dengan interest dikenakan keatas anak kamu, kos sara hidup melambung dengan kenaikan gaji yang sedikit, Barang naik 10%, gaji naik 3%, jadi kamu defesit (-7%).

Ahli politik kaya dari hasil memeras kamu, banding kan kehidupan kamu dengan mereka, saperti langit dengan bumi, kamu nak belanja kelurga terpaksa berdikit,dikit dan berhutang. Mereka mewah berlanja kelurga mereka saperti hotel lima bintang, melancung luar negeri.
Duit sinpana kamu? kalau ada pun tak sampai huujung bulan kena keluarkan balik kerana kesempitan hidup, Ahli politik simpananya banyak termasuk anak anak sekali melampau jutaan ringgit, hanya makan faedah sahaja.

Bandingkan rumah kamu yang kecil dan tidak cukup kelengkapan dan jika nak tambah perabut kena bayar ansuran, atau berhutang,Jika tak bayar hutang kena saman. Rumah meraka mewah dan di dalamnya macam hotel lima bintang.

Kenderaan kamu hanya motor kapcai atau kereta masih berhutang dan tepakasa kena tarik kerana tak bayar ansuran. Kereta mereka dari mercedes, BMW dan segala kereta mewah mereka nak bolih dapat.

Pakaian,makanan dan duit poket anak kamu dan anak mereka jauh bezakan ?

Jika kamu atau keluarga kamu buat salah dari segi undang, akan dikenakan hukuman, jika mereka dan kroni membuat kesalahan yang sama , kes mereka ditutup atau mengkambing hitamkan orang lain.

Iktibar kisah Saidina Omar

Saidina Omar mempunyai anak. Semasa Saidina Omar memerintah, Orang yahudi telah memerangkap anak saidina Omar meminum arak dan berzina. Satelah berlakunya perzinaan, Orang Yahudi telah mengadu kepada Saidina Omar anaknya berzina, Anaknya dibicara dan didapati bersalah. Saidina Omar menghukum anaknya dengan seratus sebatan saperti hukuman islam

Dari pengajaran disini didapati, Rahmat diturunkan dalam Pemerintahan Saidini Omar kerana Anak Pemimpin dihukum dengan kesalahan yang setimpal,

Negara Malaysia sekarang ,Jika pemimpin dan anak pemimpin buat salah kes ditutup, itulah sebabnya rahmat tuhan tak turun dan bermacam-macam bala turun.

Monday, February 18, 2008

Beri peluang PAS dan BA Memerintah Malaysia

Beri peluang PAS dan BA laksanakan perubahan
Haji Mahfuz Omar

Saya tertarik dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu lalu yang mengugut rakyat supaya tidak memperjudikan diri dan masa depan negara dengan mengundi pembangkang. Saya sebenarnya tidak begitu faham dengan analogi Pak Lah yang cuba mengaitkan perubahan sikap rakyat dengan perjudian masa depan. Adakah Pak Lah berfikir bahawa rakyat negara ini terlalu bodoh sehingga semudah itu diperalatkan oleh sesiapa sahaja termasuk sanggup menggadai masa depan negara.

Ironinya, pengalaman 50 tahun berada di bawah Kerajaan BN adalah satu perjudian yang besar dan rakyat telah 'kalah judi'!

Kita semua tahu bahawa rakyat dan negara ini sudah hampir bankrap dari segi politik, ekonomi dan sosial kerana perjudian mereka bersama BN. Tiba-tiba Pak Lah cuba mengugut rakyat supaya masa depan mereka tidak diperjudikan kerana bimbang ditipu oleh pembangkang.

Setakat ini tidak ada rekod pembangkang menipu rakyat, sebaliknya rekod Pak Lah sebagai penipu besar diteliti oleh rakyat setiap hari. Lihatlah bagaimana rakyat tertipu oleh slogan 'pendidikan percuma sepenuhnya' yang dilaungkan oleh Pak Lah dalam Bajet 2008. Tiba-tiba ibu bapa terpaksa membayar ratusan ringgit untuk persekolahan anak-anak mereka.

Bagi saya, kenyataan politik seperti ini amat tidak beretika dan dibuat semata-mata untuk mengaburi mata rakyat. Mengapa kita membuat spekulasi terhadap perkara yang tidak pasti sedangkan pembangkang belum diuji ketelusan dan kebolehan mereka melaksanakan janji.

Seolah-olah Pak Lah cuba mengatakan seseorang itu mandul terlebih awal sedangkan orang tersebut masih belum berkahwin. Jika rakyat mahu tahu hakikat sebenar atau kebolehan sebenar pembangkang sebagai 'kerajaan menunggu', mereka harus memberi peluang kepada PAS/BA untuk memerintah negara ini.

Pemimpin BN tidak perlu menakut-nakutkan rakyat supaya jangan berubah. Bangsa yang maju fikirannya ialah bangsa yang bersedia untuk berubah kepada yang lebih baik. BN sedar bahawa mereka gagal mentadbir negara dengan baik dan berkesan. Di bawah regim mereka, rakyat ditindas, penyelewengan melata di mana-mana, rakyat hidup melarat tetapi pemimpin hidup mewah, keadilan terjejas dengan teruk dan rakyat hidup dalam ketakutan.

Tiba-tiba mereka menggunakan cara yang tidak senonoh iaitu mengugut rakyat bahawa masa depan negara akan lebih teruk di bawah pembangkang.

Bagi rakyat yang sudah lama tertindas dan dianiayai, mereka tidak perlu berfikir tentang keadaan masa depan yang kononnya lebih buruk di bawah pembangkang, tetapi harus berfikir bagaimana untuk menamatkan kezaliman yang sedia ada.

Rakyat sudah cukup menderita dengan kenaikan harga minyak mentah, tepung, tol dan tambang bas. Nanti harga petrol pula akan menyusul. Rawatan swasta di hospital kerajaan sudah diperkenalkan. Barang-barang makanan seperti roti dan kuih muih sudah mengalami kenaikan harga. Tetapi kerajaan BN masih tidak dapat mencari jalan mengurangkan beban hidup rakyat.

Dalam politik, negara ini benar-benar diperintah oleh segolongan elit BN dengan dipengaruhi oleh kroni-kroni mereka. Apa-apa dasar negara ditentukan berasaskan kepentingan mereka. Kerajaan BN mewujudkan WPI untuk kepentingan Singapura, membazirkan RM4.458 bilion (kos asal RM8 bilion meningkat kepada RM12.485 bilion selepas penangguhan) untuk menyiapkan landasan berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, juga kerana kepentingan Singapura dalam menghubungkan republik itu dengan China.

Manakala pegawai tinggi polis dan hakim tidak lagi dilantik secara bebas oleh Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya oleh sekumpulan gangster. Bahkan, pegawai-pegawai yang bermasalah dengan kroni pemimpin BN akan dihadap ke mahkamah, manakala penjenayah yang bersekutu dengan pemimpin BN terlepas begitu sahaja.

Perlaksanaan demokrasi sudah tidak demokratik lagi. Sistem pilihan raya kita sekadar mengesahkan proses demokrasi sahaja apabila hak rakyat untuk bersuara, berhimpun dan berpersatuan dinafikan. Indeks kebebasan media begitu dahsyat seteruk indeks rasuah. ISA dan akta draconian lain terus disalahgunakan untuk menutup mulut rakyat.

Lebih teruk lagi, pengundi-pengundi pos menjadi alat untuk mengekalkan kuasa politik BN. Pengerusi SPR sendiri bercakap bagi pihak regim, bukannya seorang yang berkecuali. Ini belum dikira soal kuasa politik orang Melayu yang semakin terjejas dan juga kegagalan pemimpin Umno melaksanakan keadilan dan undang-undang yang berteraskan al-Quran dan Sunnah. Masakan rakyat hidup terjamin apabila pemimpin BN bercakaran sesama sendiri untuk merebut kepentingan peribadi.

Kehilangan adik Sharlinie beberapa bulan selepas adik Nurin Jazlin sudah cukup untuk menggambarkan betapa parahnya keadaan sosial kita. Usah bercakap lagi soal bohsia, bohjan, dadah, rempit, mabuk, jenayah, zina dan lain-lain. Setiap hari kita mendengar masalah ragut, bunuh, rogol hinggalah penculikan kanak-kanak. Kita seperti hidup pada zaman batu yang tidak mempunyai peraturan sosial.

Apa tidaknya apabila menteri sendiri ‘berlakon’ untuk CD lucah, pemimpin tertinggi BN satu demi satu dikaitkan dengan skandal seks, pecah amanah, rasuah dan sebagainya. Dah bapa borek, sudah tentu anaknya rintik! Timbalan Perdana Menteri kononnya menyeru pemimpin BN supaya menjaga tingkah laku, walhal beliau sendiri beberapa kali dikaitkan dengan skandal.

Kerajaan BN juga secara mudah menyalahkan para siswazah apabila mereka merungut kerana ketiadaan pekerjaan. Yang diungkitkan adalah kegagalan siswazah membina kompetensi diri sehingga mereka tidak laku di pasaran kerja. Sedangkan, Kerajaan BN gagal menyediakan persekitaran ekonomi yang kondusif yang menggalakan pertumbuhan. Bagaimana mahu bekerja jika tidak ada majikan untuk mengambil pekerja. Pelabur asing kurang berminat apabila Malaysia tersohor dek indeks rasuahnya.

Usahawan-usahawan baru begitu sukar untuk meneroka peluang-peluang perniagaan kerana ‘duit kopi’ yang terlalu besar dan permainan kroni yang terlalu licik. Kita kadang-kadang berasa hairan apabila anak menantu Perdana Menteri dan adik timbalannya begitu cepat melonjak naik, sedang siswazah lain terus terbungkam kerana ‘tidak kompeten’.

Bukankah di negara kita terdapat lebih 2.5 juta pekerja asing, tidak termasuk pendatang haram. Mereka menguasai pasaran buruh dengan kos yang rendah, sedangkan rakyat sebagai pekerja mahir tidak mendapat tempat. Universiti kini sudah mencecah 50 buah, tetapi peluang pekerjaan untuk graduan masih tidak bertambah. Jika siswazah tidak kompeten, apa tugas Kementerian Pengajian Tinggi untuk meningkatkan kebolehupayaan rakyat dalam menjana ekonomi. Rakyat sebetulnya sudah meluat dengan dasar-dasar aneh Kerajaan BN yang mengutamakan kroni dan keluarga, mengamalkan rasuah dan kolusi.

Jika kita meneliti secara ringkas gambaran susana politik, ekonomi dan sosial negara yang saya cerakinkan itu, nampaklah kita bahawa soal menggadai masa depan tidak timbul lagi. Keadaan sudah cukup kelam kabut sekarang. Dalam kata lain sudah 50 tahun rakyat kalah judi! Rakyat harus berfikir untuk menebuskan balik kekalahan judi di tangan BN ini dengan memberi peluang kepada pembangkang pula untuk mengotakan janji dan manifesto mereka.

PAS/BA berjanji untuk mengurangkan harga petrol sekurang-kurangnya 30 sen bagi satu liter, sedangkan kerajaan BN seperti yang dinyatakan oleh Pusat Kajian Ekonomi (MEIR) bahawa harga minyak akan dinaikkan sekurang-kurangnya 30 sen bagi satu liter.

Selain itu, PAS/BA berjanji menyediakan pendidikan percuma daripada sekolah rendah sehingga ke ijazah pertama dengan memberikan biasiswa dan menghapuskan yuran universiti. Dan bagi 220,000 graduan yang masih berhutang dengan PTPTN, PAS/BA berjanji hutang mereka akan dihapuskan. Rakyat perlu mengambil kesempatan ini sebelum kita terus menderita oleh kegagalan pengurusan dan pentadbiran BN.

Pembangkang tidak pernah berpeluang untuk menunjukkan kebolehan mereka memerintah dan rakyat tidak perlu takut untuk berubah. Pemimpin BN yang ada diketahui umum tidak beretika dan menggunakan pendekatan tidak beretika untuk menakut-nakutkan rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir juga sudah berpesan kepada rakyat supaya menolak pemimpin-pemimpin yang tidak berertika dalam pilihan raya ini. Jika rakyat berubah, mereka akan mendapat apa yang sekarang sedang dinikmati oleh rakyat Kelantan.

Dasar-dasar yang prorakyat oleh PAS di Kelantan ditiru satu demi satu oleh Kerajaan BN. Daripada rumah tiga bilik, cuti Sabtu dan Ahad hinggalah takaful kifalah dan armalah semuanya cuba dicedok oleh BN yang menunjukkan rakyat lebih terjamin di bawah PAS. Maka tidak terjejas masa depan rakyat dengan membuat perubahan.

Perubahan ke arah keadilan, kemakmuran dan kemajuan!

Tuesday, February 12, 2008

Kerajaan Borek Rakyat Rintik

Segala jenayah yang berlaku di Malaysia ini dimulakan oleh ahli politik dan kerajaan, Ahli politik dan kerajaan buat jenayah tanpa ditangkap dan bicara menyebabkan hati rakyat terbuka membuat jenayah.

Contoh 1
Fintah YAB Anwar Ibrahim, Musa Hassan Ketua Polis Negara mendakwa YAB Anwar Ibrahim sehigga berjaya memenjarakan YAB Anwar Ibrahim menyebabkan banyak kes kes jenayah tidak dapat diselesakan dan kes semakin bertambah, adakah ini bala dari tuhan kerana memilih orang tidak amanah dan membuat fitnah menjaga keaman negara. Tugas polis sekarang hanya merekod jenayah bukan menyelesaikan jenayah atau tidak menangkap penjenayah.

Contoh 2
Buang sampah merata tempat oleh rakyat kerana ahli politik suka membuang sampah merata rata tempat dan tidak dikenakan tindakan. contoh jika kilang kepunyaan dato' atau ahli politik ternama membuang sampah tidak dikenakan tindakan dan tutup kes.

Contoh 3
Berzina dikalangan ahli politik tidak dikenakan tindakan. Kes Rahim Tambi Cik, pasangan Perempuan dituduh bohsia, so rakyat pun berzina

Contoh 4

Pembunuhan dikalangan Ahli politik tidak diselesaikan dengan adil saperti kes Altantuya, Norita. so rakyat pun suka berbunuhan

Contoh 5
Penagihan dadah anak ahli politik tidak dikenakan tindakan jadi terjadinya penagihan dadah dikalangan rakyat

Buka Fikiran dalam Pilihan Raya

Kita buka fikiran tidak mengundi wakil BN dalam pilihan raya, Lebih 50 tahun memerintah dan wakil BN merasa kebal dan melanggar etika semua bidang termasuk badan kehakiman. Bila telah lama memerintah berbagai korup dan jenayah dari BN walaupun berjaya dibongkarkan tapi mereka menutupnya dengan berbagai tipu muslihat saperti dalam cerita hindustan, bezanya cerita hindustan hanya cerita rekaan tapi Di malaysia cerita benar. Jenayah dilakukan oleh ahli politik dan kroni mereka terlepas dan mengkambing hitam kan orang lain saperti kes altantuya, Norita dan banyak lagi kes-kes yang cuba disembunyikan, tapi jika jenayah dilakukan oleh bukan kroninya, akan dikenakan hukuman. Sampai bila kamu nak biarkan, adakah dah terkena batang hidung sendiri baru nak menyesal, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Hadis nabi SAW semasa kisah Seorang perempuan bangsawan yahudi didapati berzina hanya bayar denda sahaja tidak dikenakan rejam saperi yang dikenakaan rakyat biasa, Nabi SAW bersabda umat Yahudi terdahulu binasa kerana kesalahan yang sama golongan bangsawan dan kroni dihukum ringan tapi golongan rakyat dihukum mengikut hukuman yang termaktub dalam undang-undang.adakah kamu dan anak keturunan binasa saperti Nabi SAW sabdakan?

kes rompakan yang tidak pernah selesai pembunuhan Nurin dan kehilangan kanak kanak lain yang tidak dihebuhkan dan tidak dijumpai, adalah bala dari tuhan, sehingga sembahyang hajat pun ALLAH tidak makbulkan kerana tidak menyuruh membuat kebaikan dan tidak mencegah kemungkaran. kerajaan sekarang lebih menyuruh membuat kemngkaran dan mencegah kebaikan, saperti Nabi SAW pernah bersabda hendaklah kamu menyuruh membuat kebaikan dan mencegah membuat kemungkaran sebelum tiba satu zaman dimana ALLAH tidak turun rahmat kepada kamu, jika kamu berdoa,doa kamu tidak dimakbulkan,jika kamu minta tolong, ALLAH tidak menolong kamu. kita sudah di sampai zaman yang Nabi Maksudkan, adakah kita akan terus begini, gunakan kuasa mengundi kamu menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran.


Kes pita lingam contoh kes yang menyelamatkan kroni, kemungkinan Lingam dan kroni lepas tapi yang kena tangkap orang yang rakam video dan mencipta tuduhan keatasnya. sebarang kes melibatkan kroni kerajaan sudah dijangka hasilnya, kroni lepas, rakyat yang kena.

Kepada yang dapat kontrak kerajaan, kamu terpaksa beri duit kepada Wakil BN untuk merasuah rakyat. kamu untung sikit tapi terpaksa tabur duit untuk pilihan raya ini, setiap pilihan raya kamu terpaksa buat begitu.


kita nampak seolah olah negara diperintah oleh Vincent Tan dan BN hanya boneka Vincent Tan.Vincent Tan yang menentukan politik negara MALAYSIA

Jika Parti alternative Menang dan memerintah Malaysia, disebabkan baru memerintah malaysia, semangat dan motivasi lebih kepada memperjuangkan rakyat dan belum ujud lagi semangat mementingkan diri dan segala korupsi yang dilindungi sebelumnya kemungkinan akan terbongkar. Tidak ada dalam sejarah negara huruhara jika negara bertukar pemerintah malahan negara yang bertukar pemerintah lebih telus dan adil sapeti Jepun, Korea, UK, US. Kemungkinan yang yang huru hara wakil BN dan kroninya dan cabut lari ke Negara Lain