Tuesday, February 12, 2008

Buka Fikiran dalam Pilihan Raya

Kita buka fikiran tidak mengundi wakil BN dalam pilihan raya, Lebih 50 tahun memerintah dan wakil BN merasa kebal dan melanggar etika semua bidang termasuk badan kehakiman. Bila telah lama memerintah berbagai korup dan jenayah dari BN walaupun berjaya dibongkarkan tapi mereka menutupnya dengan berbagai tipu muslihat saperti dalam cerita hindustan, bezanya cerita hindustan hanya cerita rekaan tapi Di malaysia cerita benar. Jenayah dilakukan oleh ahli politik dan kroni mereka terlepas dan mengkambing hitam kan orang lain saperti kes altantuya, Norita dan banyak lagi kes-kes yang cuba disembunyikan, tapi jika jenayah dilakukan oleh bukan kroninya, akan dikenakan hukuman. Sampai bila kamu nak biarkan, adakah dah terkena batang hidung sendiri baru nak menyesal, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Hadis nabi SAW semasa kisah Seorang perempuan bangsawan yahudi didapati berzina hanya bayar denda sahaja tidak dikenakan rejam saperi yang dikenakaan rakyat biasa, Nabi SAW bersabda umat Yahudi terdahulu binasa kerana kesalahan yang sama golongan bangsawan dan kroni dihukum ringan tapi golongan rakyat dihukum mengikut hukuman yang termaktub dalam undang-undang.adakah kamu dan anak keturunan binasa saperti Nabi SAW sabdakan?

kes rompakan yang tidak pernah selesai pembunuhan Nurin dan kehilangan kanak kanak lain yang tidak dihebuhkan dan tidak dijumpai, adalah bala dari tuhan, sehingga sembahyang hajat pun ALLAH tidak makbulkan kerana tidak menyuruh membuat kebaikan dan tidak mencegah kemungkaran. kerajaan sekarang lebih menyuruh membuat kemngkaran dan mencegah kebaikan, saperti Nabi SAW pernah bersabda hendaklah kamu menyuruh membuat kebaikan dan mencegah membuat kemungkaran sebelum tiba satu zaman dimana ALLAH tidak turun rahmat kepada kamu, jika kamu berdoa,doa kamu tidak dimakbulkan,jika kamu minta tolong, ALLAH tidak menolong kamu. kita sudah di sampai zaman yang Nabi Maksudkan, adakah kita akan terus begini, gunakan kuasa mengundi kamu menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran.


Kes pita lingam contoh kes yang menyelamatkan kroni, kemungkinan Lingam dan kroni lepas tapi yang kena tangkap orang yang rakam video dan mencipta tuduhan keatasnya. sebarang kes melibatkan kroni kerajaan sudah dijangka hasilnya, kroni lepas, rakyat yang kena.

Kepada yang dapat kontrak kerajaan, kamu terpaksa beri duit kepada Wakil BN untuk merasuah rakyat. kamu untung sikit tapi terpaksa tabur duit untuk pilihan raya ini, setiap pilihan raya kamu terpaksa buat begitu.


kita nampak seolah olah negara diperintah oleh Vincent Tan dan BN hanya boneka Vincent Tan.Vincent Tan yang menentukan politik negara MALAYSIA

Jika Parti alternative Menang dan memerintah Malaysia, disebabkan baru memerintah malaysia, semangat dan motivasi lebih kepada memperjuangkan rakyat dan belum ujud lagi semangat mementingkan diri dan segala korupsi yang dilindungi sebelumnya kemungkinan akan terbongkar. Tidak ada dalam sejarah negara huruhara jika negara bertukar pemerintah malahan negara yang bertukar pemerintah lebih telus dan adil sapeti Jepun, Korea, UK, US. Kemungkinan yang yang huru hara wakil BN dan kroninya dan cabut lari ke Negara Lain

No comments:

Post a Comment