Saturday, December 10, 2022

Dengki

Orang dengki ,Cipta satu  fitnah, tak berjaya, cipta fitnah lain dan seterusnya buat perancangan jahat antara gengnya .kedengkian nampak jelas jika lebih dari satu fitnah. Mereka juga cipta satu fitnah dan rekaan cerita karut musuh politiknya dan menyebarkan cerita ini menyebabkan orang dengar atau baca cerita ini percaya dan ditanam dalam otaknya malahan  dibrainwash dgn disetkan dalam otaknya satu fahaman pemikiran musuh politiknya jahat,teruk walaupun tiada bukti yang jelas 

Diapi apikan orang dapat habuan dan rasuah.Senang je nak kenal, masuk media sosial dgn cakap merapu tanpa asas dan bukti,buat andaian dan ramalan melalut , bila kalah berhujah, labelkan dgn nama buruk. Yang pelik ada yang sokong dan percaya sebab dah taksub. Betul la kata ulama dulu, bila dah taksub menjadi dungu ,percaya 100% walaupun melalut dan tak masuk akal.fakta.Orang ini merasa jiwa tenang bila idea dungunya mendapat sokongan  dan pujian tapi memberontak jiwanya bila idea dungunya mendapat bangkangan dan dijawab dengan jawapan mengalih isu, melalut dan mencarut. Niatnya bukan mencari kebenaran tapi nak menang.  Mereka mencari kelemahan musuh politiknya dan membesarkan isu sebab mereka sangka dirinya sempurna tidak pernah melakukan kesalahan.

Disebarkan oleh orang bodoh. Percaya sesuatu isu perkara tanpa menyelidik dan menyebarkan pada orang lain.(tanpa tabayun). Mereka mengaku beriman tapi tindakan macam orang tidak beriman.Spt dalam ayat dibawah salah satu tanda orang beriman

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

 Cukuplah bagi seseorang itu digelar pendusta apabila menceritakan semua yang didengarinya (tanpa tabayyun).  Mereka buat tak kisah,tidak merasa menyesal,tidak bertaubat dan memohon maaf pada orang yang difitnahkan, bila tahu berita itu palsu. Sebab hati mereka dah keras. Yang pelik mereka ni juara dalam sambutan maulidurasul tapi anti sunah nabi saw. Sunah nabi bila dapat maklumat isu berkenaan sesorang , nabi akan siasat dan minta kepastian iatu tanya orang berkenaan samaada betul apa yang ia dengar. Nabi saw akan menasihati jika benar apa yang ia dengar.

Dipercayai dan dilaksanakan oleh orang dungu. Maka melekat kepercayaan karut musuh politiknya dalam pemikiran  orang dungu.Kepercayaan dan fahaman  yang dah terlekat dalam otak mereka mejadikan kayu ukur  untuk menilai apa apa isu dan pandangan yang diterima. Jika apa apa perkara lain atau bukti lain atau isu lain yang menyanggah kepercayaannya akan dibangkang walaupun ternyata benar. Mereka akan menyokong bulat bulat perkara atau isu  kepercayaannya yang sealiran dalam pemikirannya walaupun karut,melalut  dan fitnah. Mereka jadi taksub pada parti sokongannya. Orang cerdik bila dah taksub bertukar jadi dungu dan mendungukan dirinya. Orang dungu ni bila kalah behujah dan tak bolih lawan hujah maka  mereka akan balas dgn emosi,mengutuk ,melalut  mencarut dan melabelkan dgn nama yang buruk.Orang taksub ni pakar spin fakta jadi macam auta, spin auta jadi macam fakta.Orang dungu merasa jiwa tenang bila idea dungunya mendapat sokongan  dan pujian tapi memberontak jiwanya bila idea dungunya mendapat bangkangan. Niatnya bukan cari kebenaran tapi nak menang. Jenis mereka ini tak bolih terima nasihat orang dan memusuhi orang yang menasihatnya.

Menambahkan sakithati orang yang berdendam sebab tak dapat projek,tak dapat habuan dan tidak dapat apa yang sepatutnya ia dapat atau termakan hasutan orang dengki . Pendendam ini mengeluarkan dan mewarwarkan isu lama. Dendamnya bertambah bila cakapnya,tulisannya dibantah dgn menjawab atau melalut balas balik dgn beremosi sebab niatnya nak menang bukan mendapat kebenaran. Orang ini tak perlu dilayan sebab setan dah berada dalam dirinya saperti yang sabda nabi saw. Bahawasanya jika kamu mengata sesuatu dan orang itu membalas balik dgn kata keji,dan caci. Maka jauhilahnya. Sebab setan dah bersarang dalam diri.

Baginda bersabda: "Dua orang yang saling mencaci adalah dua syaitan yang saling merendahkan dan saling berkata-kata dusta." (HR Ahmad No: 16836) Status: Hadis Sahih

Dan menguntungkan pemimpin rakus dan tamak kuasa, mereka ini untung sebab tak perlu buat apa apa kerja , hanya cipta isu dan fitnah , goyong kaki sebab pemfinah,orang dapat habuan,orang dungu dan orang bodoh sukarela sokong  untuknya. Mereka sokong gila Orang ini cakap  walaupun melalut.

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam

Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahwa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka? (47:29)

Dan kalau Kami kehendaki, Niscaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya  melalui pecakapan,tulisan dan berbuatan) . Dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu  (47 :30)

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sesat,atau disesat, gelincir atau digelincirkan, dizalimkan, atau menzalimkan orang lain atau jahil atau memperbodohkan diri.  Aaamiiin 

Hadis Abu Daud 5094



Thursday, December 8, 2022

Text kutbah tiada alquran dan hadis

  Majlis Fatwa Negeri Sembilan iaitu bilangan (2) pada tahun 2016 menyebutkan umat Islam di negeri ini hendaklah berpegang teguh dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dihimpunkan oleh al-Imam Abu al-Hasan alAsh’ari dan al-Imam Abu Mansur al-Maturidi. Manakala hukum hakam feqah hendaklah berdasarkan empat mazhab yang utama dan dalam amalan tasawwuf pula berdasarkan manhaj ulama sufi yang berwibawa seperti al-Imam Junaid al-Baghdadi dan al-Imam al-Ghazali.

Tek kutbah tidak memasukan alquran dan hadis sebagai sumber utama sebagai panduan.

Terima kasih pihak masjid forward text kutbah.

Pandangan saya 

Dari ayat dalam kuthbah ranking utama saperti dibawah:-

1.Kitab dihimpun al-Imam Abu al-Hasan alAsh’ari dan al-Imam Abu Mansur al-Maturidi. 

2. Hukum hakam feqah empat mazhab

3 Tasawuf Junaid al-Baghdadi dan al-Imam al-Ghazali.


Persoalan 

A.Alquran dan hadis tidak disebut,tiada dalam ranking sebagai rujukan utama.

B.adakah kitab no 1 hingga no 3 sebagai rujukan utama tanpa memerlukan alquran dan hadis.?

C. Adakah kitab buatan manusia tidak ada kelemahan dan terpelihara dari diubah suai mengikut kehendak manusia spt taurat dan injil.

D. kitab ini bersesuian pada zaman ia dibuat ,adakah kitab ini bersesuian dengan peredaran zaman.? Mungkin berubah sedikit mengikut peredaran zaman.

E. Marah bila orang mengenepikan alquran dan hadis dan dianggap kafir. Tapi tanpa disedari secara halus mengenepikan alquran dan hadis melalui kutbah.

F. Adakah isi kandungan kitab kitab diatas lengkap dan sempurna meliputi setiap ayat dan surah dalam alquran.

Kandungan dalam kitab  dijuzuk , dikategori  dalam tajuk tajuk tertentu yang ditulis oleh ulama diatas dan memasukan  petikan alquran dan hadis untuk mengukuh hujah.

Jika ada Tafsiran alquran ulama diatas mengikut masa,kebudayaan,cara hidup masa itu dan mungkin bolih berubah pada masa sekarang. Mungkin tiada tafsiran atau  tafsiran salah sebab tidak dijumpai semasa itu dan baru dijumpai sekarang saperti cakerawala,bintang ( Surah At-Taariq:1-3), kejadian pertemuan dua lautan(ar rahman;10 ), kisah mumi firaun (yunus:92 ). 

G.Adakah isi kandungan kitab kitab diatas lengkap dan sempurna meliputi sunah dan hadis.

H. Adakah kitab diatas digunakan seluruh dunia sebagai panduan dan mereka tidak mengunakan kitab lain dari disebut diatas.

I. Mungkin padangan ulama sakarang mengenepikan alquran dan hadis untuk menjuruskan pemikiran mengikut aliran kitab diatas mengelakan percanggahan pendapat jika mengunakan alquran dan hadis sebagai rujukan utama.Ini tidak ada sikap keterbukaan dalam ilmu pengetahuan.

J "menyebutkan umat Islam di negeri ini hendaklah berpegang teguh dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dihimpunkan oleh ..." maknanya terima tanpa bangkang dan soal. Seolah oleh kitab diatas lebih diutama dari alquran dan hadis


Mungkin ini nampak remeh pada pandangan orang tapi kesannya melibatkan masyarakat dan generasi dimana alquran dan hadis secara tanpa disedari  dilenyapkan dalam fikiran dan kehidupan orang islam . Dan mungkin ujud golongan yang berpendapatan tak perlu alquran dan hadis sebab kitab no 1,2,3 sudah lebih dari cukup.

Sebagai contoh pokok, alquran dan hadis ibarat akar dan  batang. Tafsiran,pendapat ulama pelbagai sebagai dahan,ranting,daun,bunga dan buah.   Dahan,ranting,daun,bunga dan buah tidak bolih hidup tanpa batang dan akar. 

Cadangan saya ayat yang ada dalam text kutbah diolah supaya alquran dan hadis sumber rujukan dan ilmu utama diikuti oleh kitab yang lain. 



Friday, December 2, 2022

Menaikan ekport dan menurunkan import

 Ekonomi kukuh dengan menaikan ekport dan menurunkan import secara langsung memasukan wang dalam negara dan bolih mengukuhkan wang negara. Sekurang kurangnya nisbah export dan import  70%  export dan 30% import.

Perancangan dan tindakan serampang dua mata mengurangkan import dan menambahkan export dengan membuat projek hasil tani.

Negara malaysia mempunyai tanah yang subur tapi kosong tanpa diusahakan. Kadang kadang terfikir ayat alquran, jika kamu bersyukur kami tambah nikmat, jika kamu kufur azab kami amat pedih.

Besyukur bukan saja ucap syukur malahan mengunakan nikmat allah beri sebaikbaiknya spt mengusahakannya.

Contoh Projek lembu katakan budget RM250 juta.

Katakan setiap penternak mendapat RM100,000 maka bolih menjayakan 2,500 penternak yang sedia ada d 70% dan pentenak baru 30%

Jika diberi peruntukan setiap negeri 200 penternak.

Dengan sumbangan  RM100,000 katakan 70% beli anak lembu dan 30% belanja lain spt kandang, air, dan,makanan dan upah pekerja. Maka dengan harga anak lembu RM300 bolih menternak 200 ekor anak lembu setiap penternak dan menghasilkan 200×2,500 iaitu 500,00 ekor lembu dalam masa 2 tahun.  Beri anak lembu bukan duit. Tidak digalaklan menubuh  syarikat sebab nisbah hasil dan kos rendah dengan kos pengurusan yang tak perlu .

Kerajaan buat perancangan export dan jalan cara dan negara dan berbicang dengan MITI dan kementerian luar sekurang 10%  pada tahun pertama hasil sebagai asas untuk export seterusnya jika berlebihan, pemantauan.

Begitu juga projek ternakan lain spt ayam,itek,kambing,ikan dlll

Projek ternak ayam dan itik, digalakan penternak ayam secara kecilan dikampung diberi 10-20 ekor anak ayam kepada penduduk yang sediaada membela ayam dan yang dah ada kemudahan bela ayam dpt reban atau pagar. Kursus ringkas perlu di beri melalui jabatan pertanian dengan kerjasama jkkk,penghulu dan masjid di dewan serbaguna dan bangunan KEMAS kampung.

Kerajaan buat perancangan export dan jalan cara dan negara dan berbicang dengan MITI dan kementerian luar sekurang 10% pada tahun pertama hasil sebagai asas untuk export seterusnya jika berlebihan dan  pemantauan dari beri sumbangan hingga pengeksportan melalui komputer

Harga makanan ternakan melambung disebabkan import. Sementara mengunakan makanan import Kerajaan dengan bantuan jabatan pertanian, MARDI UPM membuat penyelidikan dan membuat kilang memproses makanan ternakan setiap zon.

Makanan ternakan kambing dan lembu berasaskan rumput  lalang,daun  kelapa,pokok pisang. Rumput dan lalang  sepanjang tepi jalan kawasan  kena potong oleh majlis penbandaran setiap dua minggu atau tingga minggu, rumput dan lalang yang dah dipotong dihantar ketempat pemprosesan makanan ternakan menukar kpd palet makanan. Tak perlu kilang yang besar memadai dibuat dikawasan rumah dikampung dgn mengunakan mesin pemprosesas sebesar mesin perah kelapa iaitu feed making machine yang bolih dibeli di negara cina.



Pertanian

Sepanjang jalan dari kampung ke bandar banyak tanah kosong yang ditumbuhi lalang ,rumput dan belukar.

Dicadangkan jabatan pertanian melalui ketua kampung,penghulu, mengkaji tanaman yang sesussi untuk kegunaan harian dan lebihnya diposess dan diexport mentah atau diperoses spt kelapa, serai,cili,keladi,keledek,kentang ,jagung pisang ,buah buahan yang ada potensi export dan lain lain tanaman kontang.

Sekarang ini sepanjang jalan kiri dan kanan dibawah seliaan majlis perbandaran dan rezab majlis dan rezab jalan ditanam tanaman yang tidak ada hasil yang diguna. Dicadangkan menanam tananam yang mendatangkan hasil spt cili, serai,kunyit, sawi, bayam, pokok buah buahan, kelapa(jauh sedikit dari jalan raya) dll. Hasilnya ssmaada majlis uruskan untuk jualan atau sesiapa bolih ambil samaada kegunaan sendiri atau jual.

Jadikan budaya, rakyat membuang atau menanam  biji buah buahan ditanah kosong ,belukar, hutan salepas memakan buahnya. Tanpa memperdulikan tanah kepunyaaan siapa.

Urusan jualan dan export melalui jabatan kerajaan dengan berbincang orang /syarikat yang dah ada pengalaman terus memguruskan pengedaran dalam negara dan export. 

Kartel, import berbincang dengannya atau ambil pekerja dalam urusan export jika berlebihan. Kartel walupun jahat tapi ia ada pengalaman urusan perniagaan dan mempunyai asset dalam urusan import dan export. 

Rancangan Jangka panjang , mengalakan anak petani dan nelayan mengambil bidang sains pertanian ,perikanan atau berkaitan dengan kerjaya ibubapanya  di kolej atau universiti untuk kesinambungan kerja ibu bapanya.

Dan juga mengutamakan kemasukan universiti putra bidang pertanian dan peternakan dimana ibubapanya mempunyai tanah sekurang kurang 1 ekar supaya lepasan universiti bidang ini tidak menganggur sebab tidak ada tanah yang hendak diusahakan.

Monday, November 21, 2022

Perojek membonzaikan fiikiran melayu

 Projek membonzaikan pemikiran melayu.

Pokok bonzai telah dibuat semasa kecil dan bentuk bentuk menjadi kekal hingga dewasa walaupun ditiup angin  Bonsai ialah suatu seni menggubah pokok miniatur dalam bekas pasu hiasan menyerupai pokok besar melalui penyimpanan spesies pokok tertentu di dalam pasu yang bersaiz kecil, mengawal tumbesarannya serta mengoleh pangkas bentuk semula jadi susunan dahan, ranting, daun dan juga banirnya mengikut gaya yang dikehendaki.

Malaysia sudah membuat polisi dan mengamalkan melalui agensi kerajaan spt biro tata negara ,PLKN seminar ceramah danl lain hampir seluruh negara malaysia. Dah banyak dan bertahun tahun  dibuat hingga pemikiran melayu mengikut acuan umno. Kejayaan ini nampak hasil pembonzain pemikiran melayu hingga kekal pemikiran melayu acuan umno ke mati dalam kehidupan melayu dari umur remaja hingga tua, dari orang kampung hingga golongan professional.Dengan cara ini BN bertahan selam 60 tahun

Kandungannya

1. Menakutkan orang melayu dengan perkataan DAP

Menakut-nakutkan Melayu tentang bahaya orang asing. Orang asing yang dimaksudkan oleh gerombolan ini tidak lain dan tidak bukan - orang Cina. Kaum ini dijadikan “momok” untuk terus menakut-nakutkan orang Melayu.Akan ditimbulkan pelbagai cerita untuk membuktikan bahawa ekonomi negara ini dimiliki oleh orang Cina. Racun membenci Cina telah memandulkan fikrah Melayu untuk melihat dengan jelas bahawa wujud persekongkolan intim antara kroni gerombolan UMNO dengan para cukong Cina.Para cukong yang mengaut harta kekayaan sebenarnya bekerjasama dengan gerombolan UMNo- kerjasama mereka ini seperti hubungan abang dengan adik.

Mereka dimomokan DAP anti islam, jika DAP memerintah habis melayu kena sembelih. Keluarlah fatwa ,hadis dan alquran tidak bolih undi kafir DAP. Bila tanya MCA tu buka kafir ke? .  Jawapannya.itu tak apa MCA geng UMNO.

2. Menyebar berita dongeng bahawa sesiapa yang menentang UMNO bererti menentang tuhan ,raja dan monarki.Kejahatan kerajaan pemimpin umno tidak bolih dipanjang. Mereka disetkan pemikirannya , bahawa umno ini maksum sama level dengan tuhan dan nabi. Bila keluar isu korup dan rasuah umno  berbakul bakul lah alasannya untuk melindung gengnya keluar la hadis, alquran, dosa memfitnah,dosa mengumpat, tapi ia jadi juara bila berkenaan fitnah dan keburukan  musuh politiknya. 

3. Menentang umno bererti menentang tuhan.

Otak mereka telah di hadamkan segala percakapan,ceramah.propaganda selari dengan umno dan gengnya kena telan bulat bulat walaupun tak logik  tanpa soal dan mengkaji kesahihannya. Tak bolih persoalkan. Jika persoalankan saolah olah mempersoalkan nabi saw dan persoalkan tuhan..

Bolih kenal orang yang telah dibonzaikan  atau telah dibrain wash otaknya melalui percakapan dan tindakannya. 



Monday, October 17, 2022

Pemimpin Yang Berdusta dan Zalim

 Pemimpin Yang Berdusta dan Zalim

Pemimpin Berdusta dan Zalim


عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَةَ قَالَ خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْ دَخَلَ وَنَحْنُ تِسْعَةٌ وَبَيْنَنَا وِسَادَةٌ مِنْ أَدَمٍ فَقَالَ إِنَّهَا سَتَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ يَكْذِبُونَ وَيَظْلِمُونَ فَمَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَصَدَّقَهُمْ بِكِذْبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ وَلَيْسَ بِوَارِدٍ عَلَيَّ الْحَوْضَ وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَيُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ وَهُوَ وَارِدٌ عَلَيَّ الْحَوْضَ


Daripada Ka’ab bin Ujrah ia berkata, “Rasulullah SAW pernah keluar atau masuk menemui kami, ketika itu kami berjumlah sembilan orang. Dan di antara kami ada bantal yang diperbuat dari kulit. Baginda lalu bersabda: “Sesungguhnya akan ada setelahku para pemimpin yang berbuat pendustaan dan kezaliman. Barangsiapa mendatangi mereka kemudian membenarkan pembohongan mereka, atau membantu mereka dalam kezalimannya, maka ia bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya. Serta ia tidak akan minum dari telagaku. Dan barangsiapa tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu mereka dalam berbuat kezaliman, maka ia adalah dari golonganku dan aku adalah dari golongannya. Dan kelak ia akan minum dari telagaku.” (HR Ahmad No: 17424) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1. Menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk mencegah kezaliman dan maksiat yang berlaku di sekeliling mereka dengan hikmah dan bijaksana.


2. Sesiapa yang dilantik sebagai pemimpin jangan sekali-kali melakukan pendustaan, pembohongan dan kezaliman.


3. Mana-mana kebenaran dan hak yang dilakukan oleh pemimpin, menjadi kewajipan untuk bersama mempertahankan. Mana-mana yang berbentuk kezaliman dan maksiat, menjadi tanggungjawab untuk menghalangnya daripada berterusan dengan cara yang hikmah dan dibenarkan oleh syarak.


4. Rasulullah SAW memberi amaran kepada mereka yang bersetuju dan menyokong pembohongan dan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin di kalangan mereka dengan tidak mengaku mereka sebahagian dari umatnya dan tidak layak untuk minum air dari telaga Rasulullah SAW.


5. Muslim yang mencanggahi pembohongan dan kezaliman pemimpin di kalangan mereka dan tidak membantu mereka berterusan dalam kezaliman, maka ia bersama Rasulullah dan Rasulullah SAW akan bersamanya dan layak untuk minum air dari telaga Rasulullah SAW.


Semoga kita tergolong dari kalangan orang yang bersama dengan Rasulullah SAW di hari Akhirat dan Rasulullah SAW bersama dengan kita. Semoga Negara kita memiliki pemimpin yang adil, amanah dan berintegriti ke arah Malaysia yang maju dan makmur serta di rahmati.

Wednesday, October 12, 2022

Perkataan kecing ganti tipu

  Perkataan kencing sinonim digunakan menganti perkataan tipu/bohong. Kena tipu digantikan kena kencing. Bila teruk kena tipu maka ditambah hancing.


Persoalannya kepada yang suka mengantikan tipu sebagai kencing.


Pernah kah kamu menipu ibu bapa kamu maknaya kamu pernah kecing ibubapa kamu. Dasyatnya anak ini,ibubapanya pun sanggup ia kencing


Pernahkahnkamu kena tipu oleh anak kamu, maknamya kamu pernah kena kecing anak kamu.atau anak kamu kencing kamu - kesian anak kamu kencing kamu.


Jika kencing diganti tipu Pernah tak Menteri umno tipu kamu. Dah banyak kali entah dah bolih mandi dan minum air kencing mereka hingga tak bolih fikir. 


Setiap perkataan yang keluar dari mulut atau tulis oleh orang muslim bolih jsdi satu doa. 



Thursday, September 29, 2022

Konsep tabaruk

    tidak bolih percaya bulat bulat.kena selidik percakapannya walaupun sesiapa supaya tidak tertipu.Pihak atau sesiapa nak siasat spt ppim kena selidik dahulu, cara selidik tanya individu . Cara tanya

1. Tanya apa yang berlaku

2. Tanya macam mana berlaku dari A keZ

3. Tanya sekali lagi dari A ke Z dan bandingkan jawapan dengan pertanyaan sebelumnnya

4. Tanya setiap step process dan step dari j ke M 

5. Tanya setiap step process dan step terbalik dari y ke L.

6. Tanya siapa yang terlibat. Spt Semasa itu orang yang pukul pakai pakaian apa dan mangsa pakai pakaian apa spt jenis pakaian, warna dan bentuk. Selepas 2 jam tanya balik soalan sama.

7. Tanya sesiapa yang nampak atau tahu kejadian.

8. Tanya juga yang memukulnya dan orang yang saksi di tempat berasingan.

9. Jika yang memukul tipu dapat tahu percanggahan dibandingkan dengan orang yang melihatnya.

10. dan bandingkan dengan maklumat lain.

Bandingkan semua jawapan. Penipuan bolih dikesan jika bercanggahan.


Wednesday, September 21, 2022

Zat allah

 Dari Ibnu Abbas R.a, dari Nabi S.a.w, sabdanya:" Fikirkanlah mengenai segala apa jua (yang diciptakan Allah), tetapi janganlah kamu memikirkan zat Allah.."

(Hadis Riwayat Abu Syeikh)

Di dalam hadis lain juga menyebutkan:

Dari Abu Dzar R.a, dari Nabi S.a.w, sabdanya:" Fikirkanlah mengenai segala makhluk Allah dan janganlah kamu memikirkan tentang Zat Allah kerana yang demikian menyebabkan kamu binasa (dalam kesesatan)."
(Hadis Riwayat Abu Syeikh)

Dari Ibnu Umar R.a, dari Nabi S.a.w, sabdanya:" Fikirkanlah mengenai segala nikmat Allah dan pemberian-Nya dan janganlah kamu memikirkan tentang Zat Allah."

Tuesday, August 9, 2022

Lagu anak kecil main api di perhimpunan umno PWTC

 Orang yang nyanyi lagu anak kecil main api  perhimpunan umno  di PWTC  gadai tanah rezab melayu ke cina

Orang yang nyanyi lagu anak kecil main api perhimpunan umno  di PWTC  songlap duit rakyat dan duit negara melayu kwsp,kwap,felda dll.

Orang yang nyanyi lagu anak kecil main api perhimpunan umno  di PWTC halau penduduk melayu di setinggan dan tanah sementara .

Orang yang nyanyi lagu anak kecil main api perhimpunan umno  di PWTC hilangkan peruntukan projek melayu

Orang yang nyanyi lagu anak kecil main api perhimpunan umno  di PWTC  gadai tanah tentera di mindef dan sg besi

Orang yang nyanyi lagu anak kecil main api perhimpunan umno  di PWTC faraid duit 1md kepada cina jho low

Orang yang nyanyi lagu anak kecil main api perhimpunan umno  di PWTC beri projek sendayan kepada CinA

 Orang yang nyanyi lagu anak kecil main api perhimpunan umno  di PWTC kebas  dana Yayasan Akalbudi

  Orang yang nyanyi lagu anak kecil main api perhimpunan umno  di PWTC terlibat    penyelewengan dana pembelian kapal LCS dan melesapkan kapal perang

Orang yang nyanyi lagu anak kecil main api perhimpunan umno  di PWTC  dapat komisen pembelian kapal selam

Orang yang nyanyi lagu anak kecil main api perhimpunan umno di PWTC masih bebas disana sini tanpa rasa malu

Umno/bn merealiasikan lagu anak kecil bermain api

Tuesday, June 7, 2022

Hadis melayu- dosa fitnah/mengumpat

 Bila keluar kenyataan keburukan menteri/vvip rasuah,salahguna kuasa ,pecah amanah harta negara dan harta rakyat yg ia sokong  keluarlah kenyataan

Tidak baik memfitnah dan mengumpat berdosa. Dosanya antara ia dengan allah.

Bila keluar hadis melayu maka termansuhlah ayat quran saperti dibawah dalam fikiran mereka.

1. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.


(A-li'Imraan 3:104) | <

2.Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.

(A-li'Imraan 3:114) |

3.Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

(Al-Hajj 22:41)

3. Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.


(At-Taubah 9:67)

Perbezaan fitnah dan kebenaran

 Kebenaran

1. Ada bukti

Contoh

Kes songlap wang rakyat.

a. Penyata bank dengan sejarah transaksi ,masa, tarikh jumlah wang.dari akaun bank yg dia soglap ke akaun bank peribadinya spt kes felda,1MDB, FIDLOT..yayasan akal budi.

b. Sejarah transaksi dari akaun banknya selepas dari masuk dlm akaun bank ia soglap bila harta harga yg banyak spt kes fidlot beli kondo di singapura.

c. Kenyataan pegawai bank yg terlibat pengurusan cek dan hitam putih dokumen yang telah ditatangani oleh orang yg songlap.

d, dokumen ,minute meeting pertukaran status tanah dari rezab melayu ke awam .


2. Tidak bercanggahan antara bukti bukti lain. 

Tiada percangahan antara penyata bank ke penyata bank lain dan dokument lain  yg terlibat urusniaga yg sama.

3. Bukti bolih dikukuhkan dari sumber maklumat lain spt luar negara..

Kes 1md sumber pembelian hartanah,saham, barang berjenama  luar negara berkaitan 

Kes perpindahanwang secara besar dilondon oleh bekas mb negeri sembilan mempunyai rekod di bank dan hartanah dilondon.

Kes beli kondo disingapore pengunaan wang projek lembu.


Fitnah

1,Tiada bukti

2. Jika ada bukti, tapi bercanggahan antara satu dengan lain.

3. Tiada pengukuhan dari sumber maklumat lain iaitu dari luar negara

Mengumpat yg tidak dibenarkan


Keburukan diri yang ia tidak sukai yg mana tidak menyusahkan dan memudaratkan orang lain

Saperti.

keretanya buruk,dalam rumahnya berbau busuk,anaknya bodoh,masakannya tak sedap,mukanya hodoh,pemalas,meyusahkan orang tuanya, tak  beri duit pada ibubapanya, suami malas makan hasil isteri lepak dikedai kopi pagi hingga petang, habis rebung,pucuk paku disungai dikebasnya dan meyebutnamanya dengan mengambarkan siapa orangnya hingga yang dengar menjadi tahu/kenal siapa orannhya.

Mengumpat yang dibenarkan

Imam al-Nawawi sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitabnya. Mengumpat yang dibenarkan dengan tujuan yang sahih dan syar’i yang mana tidak akan dikecapi melainkan dengannya, terdapat enam jenis:



Mengumpat yg dibenarkan melibatkan masalah dan kesusahan orang ramai dan rakyat

Membuat aduan apabila dizalimi kepada sultan atau hakim.

Membantu dalam menentang perkara yang munkar dengan tujuan mengembalikan pelaku maksiat ke jalan yang benar.

Menceritakan kepada mufti bagi tujuan fatwa.

Mencegah umat Islam daripada sesuatu keburukan serta menasihati mereka seperti mereka mengambil ilmu daripada bukan ahlinya.

Menceritakan perihal orang yang melakukan dosa secara terang-terangan.

Menyebut sesuatu sifat yang telah makruf (diketahui) kepada diri seseorang itu seperti bisu atau buta dan sebagainya. Akan tetapi, jika mampu memanggilnya dengan panggilan yang lain adalah lebih baik dan haram memanggil panggilan-panggilan tersebut dengan niat menghina.

 Untuk itu, keenam perkara ini dinyatakan oleh para ulama dan sebahagian besarnya disepakati akannya. Adapun, kesemua ini datang daripada dalil-dalil atau hadith-hadith yang sahih lagi masyhur. [Lihat: Riyadh al-Solihin, 432-433]

Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi di dalam kitabnya ada juga menyebut jenis-jenis mengumpat yang dibenarkan oleh syarak sama seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi di atas. [Lihat: Mukhtasar Minhaj al-Qasidin, 172-173]

Peragai orang sekarang memilih mengumpat yg tidak dibenarkan dibudayakan dan mengumpat yg dibenarkan dihalangkan lebih lebih lagi melibatkan ketua ,pemimpin politiknya yang ternyata rasuah,salahguna kuass,pecah amanah harta negara dan harta rakyat dan menteri besarnya melenyapkan tanah rezab melayu


Dengan ada hadis melayu ni secara tak lansung mengangap nabi pun mengumpat sahabatnya mencerita kisah kesilapan kelemahan  sahabat saperti umar ,saklabah,amru bin ash, ibnu umar ,Saidina ali, abu bakar dan lain dan juga menuduh mengumpat kepada  orang yang menceritakan kisah mereka dari zaman nabi hingga  sekarang yang disampaikan olih perawi hadis dan ulama.
Dengan ada hadis ini allah pun dituduh dosa yang tertulis dalam alquran mengumpat nabi yunus lari dari dakwah, adik beradik nabi yusuf, kisah anak nabi lut dan nabi noh.

Wednesday, March 30, 2022

Perbezaan fitnah dan kebenaran

Al-Quran mendidik manusia berhati-hati apabila menerima maklumat atau berita daripada sesuatu pihak.

Allah SWT memerintahkan golongan beriman memeriksa dengan teliti berita yang disampaikan.

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam

Firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat, ayat 6 bermaksud

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan

Amalan tabayyun (menyelidik terlebih dahulu) itu amat dituntut syarak bagi memastikan setiap maklumat yang disebar tepat, diperoleh daripada sumber sahih serta boleh dipercayai.

Maka cara selidik kebenaran saperti berikut.

 Kebenaran

1. Ada bukti

Contoh

 Surat perjanjian, surat tawaran tender

Kes songlap wang rakyat.

a. Penyata bank dengan sejarah transaksi ,masa, tarikh jumlah wang.dari akaun bank yg dia soglap ke akaun bank peribadinya spt kes felda,1MDB, FIDLOT..yayasan akal budi.

b. Sejarah transaksi dari akaun banknya selepas dari masuk dlm akaun bank ia soglap bila harta harga yg banyak spt kes fidlot beli kondo di singapura.

c. Kenyataan pegawai bank yg terlibat pengurusan cek dan hitam putih dokumen yang telah ditatangani oleh orang yg songlap.

d, dokumen ,minute meeting pertukaran status tanah dari rezab melayu ke awam .


2. Tidak bercanggahan antara bukti bukti lain. 

Tiada percangahan antara penyata bank ke penyata bank lain dan dokument lain yg terlibat urusniaga yg sama.malahan perkaitan antara penyata bank,resit dan dokument

Tiada percanggahan antara dokumen,penyata bank dan keterangan pegawai yg teribat malahan memperkukuhkan bukti bukti.

3. Bukti bolih dikukuhkan dari sumber maklumat lain spt luar negara..

Kes 1md sumber pembelian hartanah,saham, barang berjenama luar negara berkaitan Kes perpindahanwang secara besar dilondon oleh bekas mb negeri sembilan mempunyai rekod di bank dan hartanah dilondon.Kes beli kondo disingapore pengunaan wang projek lembu.antara bukti bukti lain

4. Turutan peristiwa yang tetap dan ada peyambungan dan kaitan dengan peristiwa berikutnya,

5. Tiada percangahan keterangan saksi dengan dokumen. Dan keterangan antara saksi saksi mengukuh bukti samada turutan peristiwa,masa,tempat,orang, bahan bukti,dokumen dan lain yang berkaitan. 

6. Nampak dan jumpa samada perbuatan orang dan duit dlam premis


Fitnah

Terlalu umum dan tidak dapat dibuktikan spf fremason, agen yahudi, sgen amerika,DAP komunis, 

1,Tiada bukti

Freemason,agen israil ,agen amerika, 

a.tiada hubungan tallipon media antara kedua dua pihak.

b, tiada butir berbualan,text yang mencurigakan antara kedua dua pihak

c. Tidak ada transaksi pindahan dana kedua dua pihak..

Jika dituduh ada dalam freemason list, dimana dapat list,dari siapa spt nama ,jawatan. Siapa lagi dalam list, berapa ramai dalam list

2. Jika ada bukti, tapi bercanggahan antara satu dengan lain dan tiada hubungkaitan antara satu dengan lain.

3. Tiada pengukuhan dari sumber maklumat lain iaitu dari luar negara.

4.Tutrutan peristiwa yang tidak tetap dan tidak bersambung dari satu kejadian kekejadian yg berikutnya.

5. Percangahan keterangan saksi dengan dokumen. Dan keterangan antara saksi saksi tidak mengukuhkan  bukti samada turutan peristiwa,masa,tempat,orang, bahan bukti,dokumen dan lain yang berkaitan. 

6. Cakap merapu.

7. Edit video clip ambil sekerat ucapan atau ubah ucapan

8. Copy paste gambar dan tukar text .

Orang yang taksub satelah dibrainwash tak bolih fikir mana fitnah dan benar sebab ia berjustifikasi berdasarkan emosi dan anti hujah.

Orang yang berakal percaya kebenaran tapi orang yang beremosi percaya fitnah

Wednesday, March 2, 2022

Hadis galian yg diruskan orang jahat

 Nabi SAW menjawab,

Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)
Dari hadis ini negara yg kaya dengan galian iaitu afrika dengan galian emas tetap miskin kerana di monopoli oleh orang jahat spt amerika dan britain. Negara kaya dengan minyak spt indonesia, filipina,afganistan ,india dikategori miskin kerana dibolot oleh orang jahat.