Thursday, December 8, 2022

Text kutbah tiada alquran dan hadis

  Majlis Fatwa Negeri Sembilan iaitu bilangan (2) pada tahun 2016 menyebutkan umat Islam di negeri ini hendaklah berpegang teguh dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dihimpunkan oleh al-Imam Abu al-Hasan alAsh’ari dan al-Imam Abu Mansur al-Maturidi. Manakala hukum hakam feqah hendaklah berdasarkan empat mazhab yang utama dan dalam amalan tasawwuf pula berdasarkan manhaj ulama sufi yang berwibawa seperti al-Imam Junaid al-Baghdadi dan al-Imam al-Ghazali.

Tek kutbah tidak memasukan alquran dan hadis sebagai sumber utama sebagai panduan.

Terima kasih pihak masjid forward text kutbah.

Pandangan saya 

Dari ayat dalam kuthbah ranking utama saperti dibawah:-

1.Kitab dihimpun al-Imam Abu al-Hasan alAsh’ari dan al-Imam Abu Mansur al-Maturidi. 

2. Hukum hakam feqah empat mazhab

3 Tasawuf Junaid al-Baghdadi dan al-Imam al-Ghazali.


Persoalan 

A.Alquran dan hadis tidak disebut,tiada dalam ranking sebagai rujukan utama.

B.adakah kitab no 1 hingga no 3 sebagai rujukan utama tanpa memerlukan alquran dan hadis.?

C. Adakah kitab buatan manusia tidak ada kelemahan dan terpelihara dari diubah suai mengikut kehendak manusia spt taurat dan injil.

D. kitab ini bersesuian pada zaman ia dibuat ,adakah kitab ini bersesuian dengan peredaran zaman.? Mungkin berubah sedikit mengikut peredaran zaman.

E. Marah bila orang mengenepikan alquran dan hadis dan dianggap kafir. Tapi tanpa disedari secara halus mengenepikan alquran dan hadis melalui kutbah.

F. Adakah isi kandungan kitab kitab diatas lengkap dan sempurna meliputi setiap ayat dan surah dalam alquran.

Kandungan dalam kitab  dijuzuk , dikategori  dalam tajuk tajuk tertentu yang ditulis oleh ulama diatas dan memasukan  petikan alquran dan hadis untuk mengukuh hujah.

Jika ada Tafsiran alquran ulama diatas mengikut masa,kebudayaan,cara hidup masa itu dan mungkin bolih berubah pada masa sekarang. Mungkin tiada tafsiran atau  tafsiran salah sebab tidak dijumpai semasa itu dan baru dijumpai sekarang saperti cakerawala,bintang ( Surah At-Taariq:1-3), kejadian pertemuan dua lautan(ar rahman;10 ), kisah mumi firaun (yunus:92 ). 

G.Adakah isi kandungan kitab kitab diatas lengkap dan sempurna meliputi sunah dan hadis.

H. Adakah kitab diatas digunakan seluruh dunia sebagai panduan dan mereka tidak mengunakan kitab lain dari disebut diatas.

I. Mungkin padangan ulama sakarang mengenepikan alquran dan hadis untuk menjuruskan pemikiran mengikut aliran kitab diatas mengelakan percanggahan pendapat jika mengunakan alquran dan hadis sebagai rujukan utama.Ini tidak ada sikap keterbukaan dalam ilmu pengetahuan.

J "menyebutkan umat Islam di negeri ini hendaklah berpegang teguh dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dihimpunkan oleh ..." maknanya terima tanpa bangkang dan soal. Seolah oleh kitab diatas lebih diutama dari alquran dan hadis


Mungkin ini nampak remeh pada pandangan orang tapi kesannya melibatkan masyarakat dan generasi dimana alquran dan hadis secara tanpa disedari  dilenyapkan dalam fikiran dan kehidupan orang islam . Dan mungkin ujud golongan yang berpendapatan tak perlu alquran dan hadis sebab kitab no 1,2,3 sudah lebih dari cukup.

Sebagai contoh pokok, alquran dan hadis ibarat akar dan  batang. Tafsiran,pendapat ulama pelbagai sebagai dahan,ranting,daun,bunga dan buah.   Dahan,ranting,daun,bunga dan buah tidak bolih hidup tanpa batang dan akar. 

Cadangan saya ayat yang ada dalam text kutbah diolah supaya alquran dan hadis sumber rujukan dan ilmu utama diikuti oleh kitab yang lain. 



No comments:

Post a Comment