Saturday, December 10, 2022

Dengki

Orang dengki ,Cipta satu  fitnah, tak berjaya, cipta fitnah lain dan seterusnya buat perancangan jahat antara gengnya .kedengkian nampak jelas jika lebih dari satu fitnah. Mereka juga cipta satu fitnah dan rekaan cerita karut musuh politiknya dan menyebarkan cerita ini menyebabkan orang dengar atau baca cerita ini percaya dan ditanam dalam otaknya malahan  dibrainwash dgn disetkan dalam otaknya satu fahaman pemikiran musuh politiknya jahat,teruk walaupun tiada bukti yang jelas 

Diapi apikan orang dapat habuan dan rasuah.Senang je nak kenal, masuk media sosial dgn cakap merapu tanpa asas dan bukti,buat andaian dan ramalan melalut , bila kalah berhujah, labelkan dgn nama buruk. Yang pelik ada yang sokong dan percaya sebab dah taksub. Betul la kata ulama dulu, bila dah taksub menjadi dungu ,percaya 100% walaupun melalut dan tak masuk akal.fakta.Orang ini merasa jiwa tenang bila idea dungunya mendapat sokongan  dan pujian tapi memberontak jiwanya bila idea dungunya mendapat bangkangan dan dijawab dengan jawapan mengalih isu, melalut dan mencarut. Niatnya bukan mencari kebenaran tapi nak menang.  Mereka mencari kelemahan musuh politiknya dan membesarkan isu sebab mereka sangka dirinya sempurna tidak pernah melakukan kesalahan.

Disebarkan oleh orang bodoh. Percaya sesuatu isu perkara tanpa menyelidik dan menyebarkan pada orang lain.(tanpa tabayun). Mereka mengaku beriman tapi tindakan macam orang tidak beriman.Spt dalam ayat dibawah salah satu tanda orang beriman

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

 Cukuplah bagi seseorang itu digelar pendusta apabila menceritakan semua yang didengarinya (tanpa tabayyun).  Mereka buat tak kisah,tidak merasa menyesal,tidak bertaubat dan memohon maaf pada orang yang difitnahkan, bila tahu berita itu palsu. Sebab hati mereka dah keras. Yang pelik mereka ni juara dalam sambutan maulidurasul tapi anti sunah nabi saw. Sunah nabi bila dapat maklumat isu berkenaan sesorang , nabi akan siasat dan minta kepastian iatu tanya orang berkenaan samaada betul apa yang ia dengar. Nabi saw akan menasihati jika benar apa yang ia dengar.

Dipercayai dan dilaksanakan oleh orang dungu. Maka melekat kepercayaan karut musuh politiknya dalam pemikiran  orang dungu.Kepercayaan dan fahaman  yang dah terlekat dalam otak mereka mejadikan kayu ukur  untuk menilai apa apa isu dan pandangan yang diterima. Jika apa apa perkara lain atau bukti lain atau isu lain yang menyanggah kepercayaannya akan dibangkang walaupun ternyata benar. Mereka akan menyokong bulat bulat perkara atau isu  kepercayaannya yang sealiran dalam pemikirannya walaupun karut,melalut  dan fitnah. Mereka jadi taksub pada parti sokongannya. Orang cerdik bila dah taksub bertukar jadi dungu dan mendungukan dirinya. Orang dungu ni bila kalah behujah dan tak bolih lawan hujah maka  mereka akan balas dgn emosi,mengutuk ,melalut  mencarut dan melabelkan dgn nama yang buruk.Orang taksub ni pakar spin fakta jadi macam auta, spin auta jadi macam fakta.Orang dungu merasa jiwa tenang bila idea dungunya mendapat sokongan  dan pujian tapi memberontak jiwanya bila idea dungunya mendapat bangkangan. Niatnya bukan cari kebenaran tapi nak menang. Jenis mereka ini tak bolih terima nasihat orang dan memusuhi orang yang menasihatnya.

Menambahkan sakithati orang yang berdendam sebab tak dapat projek,tak dapat habuan dan tidak dapat apa yang sepatutnya ia dapat atau termakan hasutan orang dengki . Pendendam ini mengeluarkan dan mewarwarkan isu lama. Dendamnya bertambah bila cakapnya,tulisannya dibantah dgn menjawab atau melalut balas balik dgn beremosi sebab niatnya nak menang bukan mendapat kebenaran. Orang ini tak perlu dilayan sebab setan dah berada dalam dirinya saperti yang sabda nabi saw. Bahawasanya jika kamu mengata sesuatu dan orang itu membalas balik dgn kata keji,dan caci. Maka jauhilahnya. Sebab setan dah bersarang dalam diri.

Baginda bersabda: "Dua orang yang saling mencaci adalah dua syaitan yang saling merendahkan dan saling berkata-kata dusta." (HR Ahmad No: 16836) Status: Hadis Sahih

Dan menguntungkan pemimpin rakus dan tamak kuasa, mereka ini untung sebab tak perlu buat apa apa kerja , hanya cipta isu dan fitnah , goyong kaki sebab pemfinah,orang dapat habuan,orang dungu dan orang bodoh sukarela sokong  untuknya. Mereka sokong gila Orang ini cakap  walaupun melalut.

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam

Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahwa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka? (47:29)

Dan kalau Kami kehendaki, Niscaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya  melalui pecakapan,tulisan dan berbuatan) . Dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu  (47 :30)

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sesat,atau disesat, gelincir atau digelincirkan, dizalimkan, atau menzalimkan orang lain atau jahil atau memperbodohkan diri.  Aaamiiin 

Hadis Abu Daud 5094



No comments:

Post a Comment