Thursday, March 3, 2011

Bala keatas rakyat disebabkan Pemimpin

Pemimpin melayu  borek, rakyat melayu  Rintik

Dari 'Aisyah radhiallahu 'anha bahwa orang-orang Quraisy sedang menghadapi persoalan yang menggelisahkan, yaitu tentang seorang wanita tokoh Bani Makhzumiyah yang mencuri lalu mereka berkata, "Siapa yang mau merundingkan masalah ini kepada Rasulullah ﷺ ?" Sebagian mereka berkata, "Tidak ada yang berani menghadap beliau kecuali Usamah bin Zaid, orang kesayangan Rasulullah ﷺ . Usamah pun menyampaikan masalah tersebut lalu Rasulullah ﷺ bersabda: "Apakah kamu meminta keringanan atas pelanggaran terhadap aturan Allah?" Kemudian beliau berdiri menyampaikan khuthbah lalu bersabda: "Bangsa sebelum kalian menjadi binasa karena apabila ada orang dari kalangan terhormat (pejabat, penguasa, elit masyarakat) mereka mencuri, mereka membiarkannya dan apabila ada orang dari kalangan rendah (masyarakat rendahan, rakyat biasa) mereka mencuri mereka menegakkan sanksi hukuman atasnya. Demi Allah, sendainya Fathimah binti Muhammad mencuri, pasti aku potong tangannya". (HR. Al-Bukhari No. 3475

Dari tafsiran di atas , Allah membinasakan bangsa tidak menyebut ugama dengan cara menimbulkan sikap tidak takut membuat jenayah dikalangan rakyat walaupun rakyat ugama islam.
Segala jenayah yang berlaku di Malaysia ini dimulakan oleh ahli politik, vvip dan kerajaan melayu. Ahli politik vvip dan kerajaan melayu buat jenayah tanpa ditangkap dan bicara menyebabkan hati rakyat melayu terbuka membuat jenayah.
Hukuman Perasuah dikalangan pemerintah dan vvip  melayu tidak sama dikalangan rakyat menyebabkan rasuah menjadi budaya dikalangan melayu
Hukuman Pencuri dikalangan pemerintah dan vvip melayu tidak sama dikalangan rakyat  melayu menyebabkan banyak kejadian curi/rompak, ragut boleh dikatakan setiap hari hingga polis tidak boleh membuat tindakkan apa-apa
Hukuman pembunuh dikalangan pemerintah dan vbip melayu  tidak sama dikalangan rakyat melayu menjadi pembunuhan setiap hari dari kanak-kanak hingga ke orang tua dan kebanyakan pembunuh terdiri dari orang melayu dan mangsa orang melayu
Hukuman perogol dikalangan pemerintah  dan vvip  melayu tidak sama dikalangan rakyat menyebabkan kejadian rogol sentiasa berlaku

Saolah-olah menjadi bala dimana kebanyakan penjenayah tidak dapat ditangkap dari jenyah kecil hingga jenayah besar
Bermacam-macam cara untuk mengurangkan jenayah tapi tidak ada jalan penyelesaian. Adakah ALLAH menutup hijab sehingga tidak ada ilham dikalangan polis menangkap penjenayah disebabkan hukuman tidak sama antara pemerintah atau rakyat.
Sekarang dah menjadi tren banyak  kematian dikalangan melayu samaada kemalangan, penyakit dll. 
Rendah moral dikalangan melayu
Pembunuhan dikalangan melayu bolih katakan selalu. Pembunuh melayu dan mangsa melayu . kakak bunuh adik, anak bunuh ibu bapa, anak saudara bunuh emak saudara. Cucu bunuh nenek. Adik beradik berbunuhan.  Kes  kebakaran dan bunuh sekolah  tahfiz 100%  melayu  yang dilakukan orang melayu.Kejadian buli dan pembunuhan  dikalangan melayu dalam sekolah ugama, sekolah asrama dan tentera. Adakah bala tuhan melupuskan bangsa melayu kerana menyokong pemimpin korup dikalangan melayu.
Bala terus menimpa bangsa melayu walaupun berdoa, solat hajat dan minta ampun sebab menteri kalangan melayu vvip dan kroni  masih memerintah sebagai penghalang.

Yang peliknya malaysia juga banyak bangsa cina,india, bagla dan indon tapi kes kemalangan maut dan berbunuhan sendiri bolih dikatakan hampir tidak berlaku. 

Hebahan media sosial spt facebook,tittok,youtube,istagram dan electrik paper yang mana kes kecurian kebanyakan melayu yang mencuri dan meragut.

Jika ikut logik statistik dan kebarangkalian  peratus penduduk orang melayu 60%  bangsa lain 40% maknanya setiap 2 pembunuh melayu perlaku 1 pembunuh bukan melayu. Setiap 2 kematian eksiden orang melayu maka terjadinya 1 kematian eksiden bukan melayu.contoh kematian 23 pelajar melayu  sekolah tahfiz  dlm kianat kebakaran Tapi ia tidak berlaku kematian 12 orang pelajar bukan melayu. Begitu juga kematian kemalangan 2 orang melayu tapi tidak berlaku kematian kelalangan 1 orang bukan melayu. Tapi kejadian itu tidak berlaku saperti yang dijangka kan

Dinegara jiran Singapura. Rakyat dan pelancung takut membuang sampah merata-merata, Denda yang dikenakan ada saperti di Malaysia dan punguatkuasa ada saperti di Malaysia, tapi kenapa takut, adakah ALLAH timbul sifat gerun dikalangan penduduk dan pelancung  tidak membuang sampah merata-rata kerana dikalangan pemerintah  dan vvip  disini dihukum jika melanggar undang undang.

Di Malaysia ,tiada tindakan atau dakwaan syarikat besar atau syarikat kepunyaan vvip membuang sampah tapi dikenakan denda dikalangan rakyat menyebabkan rakyat berani membuang sampah merata rata.

Saperti di Negara Jepun, adik saya pergi ke Jepun. Ia berkata, pernah nampak pelancung membuang sampah, Kebetulan saorang rakyat jepun lalu disitu mengutip sampah dan membuang ke tong sampah. Ada kah Allah myemaikan sifat kebersihan dikalangan rakyat Jepun kerana Pemimpin mengamalkan Sifat kebersihan. 

Dinegara cina perasuah dikalangan pemimpin dihukum tembak. Negara cina menjadi berkuasa besar dalam pentadbiran,ketenteraaan dan perniagaan hingga digeruni negara barat. Walaupun negara kafir adakah allah beri kekuatan sebab mengamalkan sunah nabi saw ?
Kisah kalifah umar menghukum anaknya 100 rotan sebab minum arak dan berzina dan allah mentakdirkan negara yang berjaya dan terkuat hingga dapat menawan rom. Sebab ia mengamalkan hadis diatas.
Allah tak mengubah bangsa itu kecuali bangsa itu berusaha berubah.
Nabi SAW pernah bersabda hendaklah kamu menyuruh membuat kebaikan dan mencegah membuat kemungkaran sebelum tiba satu zaman dimana ALLAH tidak turun rahmat kepada kamu, jika kamu berdoa,doa kamu tidak dimakbulkan,jika kamu minta tolong, ALLAH tidak menolong kamu. kita sudah di sampai zaman yang Nabi Maksudkan, adakah kita akan terus begini.
Tak kan orang islam sanggah hadis nabi saw

Saturday, January 8, 2011

Tindakan PR memenangi dalam Pilihan Raya akan datang

Beberapa tindakan yang sepatutnya dirancang dan dibuat dari sekarang untuk memenangi Pilihan Raya.

1. Berbaik dengan Sultan-Sultan dan DYMM Agung

Sejarah menunjukan sultan dan raja-raja memainkan peranan dalam pengekalan kuasa walaupun sutan ditipu atau diberi maklumat yang salah. Dalam permerintahan Pertugis, Belanda, Inggeris dan BN; ketua mereka berbaik dengan sultan dan raja-raja dan memberi maklumat pada sultan dan raja-raja.Pakatan Rakyat perlu berbaik dan selalu berjumpa membuat perbincangan dengan sultan dan Agong. Ketua Umum YAB Anwar Ibrahim selalu berjumpa YAB Agong secara rasmi dan tidak Rasmi memberi informasi keadaan Pakatan Rakyat, Misi dan Perancangan akan Datang. Begitu Juga MB dan exco negeri selalu berjumpa Sultan kerana mereka ini memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam pembentukan Karajaan Baru dan menghindarkan dari Sabotaj BN.

2. Halang Politik Wang.

Rasuah dan wang adalah Nadi BN. tidak ada wang mereka lumpuh. Penyokong- Penyokong dan petugas BN tidak bersemangat membuat tugasan kerana mereka tidak dapat impuhan.Dalam Pilihan raya akan datang. Pakatan Rakyat membuat strategi baru dari melapurkan duit kopi , rasuah dikalangan BN kepada bertindak lebih jauh . Lapuran dan aduan tidak memudaratkan BN kerana Jentera kerajaan dalam tangan kuasa mereka dan rakyat menjadi keliru dan tak faham. Pada pandangan pengundi pilih calon bila dapat wang.

Jadi Pakatan Rakyat mensabotajkan system pemberian rasuah yang mereka buat sebelum ini, bermula dari wang diambil,penghantaran dan pemberian kepada pengundi. PR fikirkan cara dan buat atau solat hajat supaya ALLAH memberi Ilham yang terbaik.

Pemberian wang cara BN
Wang perlu sampai kepada mereka dahulu untuk:
a. Sebelum kempen
- upah buat,edar dan tampal poster.
- sebagai duit poket untuk makan, minyak,tol ,tempat tinggal ,membayar pemasangan kemah kerana mereka tidak akan mengunakan duit sendiri kerana BN.


b. semasa kempen
- duit sogokan kepada pengundi.
- duit makan, minum, minyak dan tempat tinggal mereka.

Falsafah Mereka. Tak ada wang tak sokong BN.


Cara Saya fikirkan adalah memerlukan kerjasama beberapa orang atau kumpulan yang boleh dipercayakan memasang pengintip memastikan siapa, dimana dan bila wang itu diedarkan. Satelah dapat maklumat mereka membuat serbuan dan larikan wang itu dan tidak melaporkan kepada polis buat seketika. Kerana polis akan memfitnah mereka sebagai perompak. wang itu boleh lah dikembalikan kepada polis satelah kerajaan baru ditubuhkan.

Mereka tidak akan melaporkan kehilangan wang pada polis . Kerana polis akan bertanya berapa banyak. ambil dari mana dan buat apa sebagai maklunat untuk membuat laporan. Laporan boleh diakses disemua pejabat polis. dan ada juga kalangan polis tak sokong BN akan membocorkan rahsia. Mereka juga takut rahsia mereka bocor pada wartawan dan rakyat. Jika mereka memaklumkan pada petugas BN yang menunggu imbuhan, petugas BN membuat 1001 spekulasi dan sibuk dengan menuntut wang dan berbalah antara satu dengan lain dan mereka tidak bersemangat berkempen. Dan dikalangan mereka mensabotaj BN kerana tidak puashati dan balas dendam.

Jika ini berjaya, mereka akan lumpuh dan penyokong mereka tidak akan berkerja sama dan sering bercakaran dan tuduh menuduh antara satu dengan lain kerana mereka tidak dapat imbuhan.



3. Pemilihan Calon untuk bertanding.

Dalam pemilihan calon yang terbaik perlu ketelitian dan maklumat lengkap calon mengelakkan pembelian, peras ungut dan membawa lari calon yang menang. Dalam hal ini perlu perbincangan dan membuat solat istiqarah moga ALLAH memberi calon yang terbaik. kerana ALLAH saja yang lebih tahu dan pemilihan ini diserahkan pada ALLAH, Buat perbincangan dengan Ulama pemilihan calon kalangan kafir zimi samada boleh membuat solat istiqarah oleh orang islam. Pada pandangan saya Kafir zimi lebih baik dari orang Munafiq.

Moga Malaysia dalam pemerintahan kerjaan baru yang adil, berintegriti,,telus dan berkhidmat pada rakyat mengenepikan keuntungan peribadi.

4. Halang Pengundi Hantu
Pengundi hantu datang dengan kenderaan awam saperti bas, Pihak penyokong PKR mencari Bas yang disyaki membawa pengundi Hantu dan Semasa hari pilihan raya halang mereka dengan cara mudah saperti pancit semua tayar bas kalau boleh dijalan raya yang ada ramai orang. Kerana urusan untuk mengantikan tayar bas mengambil masa yang lama. Buat persiapan dengan menyediakan kamera video, Jika mereka menukarkan ke bas lain. kita akan nampak mereka ini Pendatang asingke atau rakyat malaysia.

Amin

Tuesday, January 4, 2011

Bunuh, rogol, rasuah & nilai Melayu

Bunuh, rogol, rasuah & nilai Melayu

Hishamuddin Rais
Jan 3, 11
3:10pmDunia Melayu kini telah berubah. Ini bukan sekali air bah, sekali emak meninggalkan abah. Yang berubah ini bukan emak dan abah. Yang berubah ialah nilai manusia Melayu. Ini satu perubahan yang amat besar. Dalam masa hanya satu generasi telah dilihat satu perubahan budaya nilai Melayu yang amat jelas. Satu anjakan atau lebih tepat lagi satu lonjakan nilai telah berlaku.

Lonjakan nilai manusia Melayu ini bukan dibawa oleh tok lebai atau oleh sasterawan negara atau cikgu sekolah. Nilai ini bukan datangnya dari sekolah pondok atau sekolah kebangsaan. Yang bertanggungjawab membawa nilai baru ini ialah struktur ekonomi.

Struktur ekonomi ini telah diperkenalkan kepada manusia Melayu oleh United Malays National Organisation. Selama hampir 30 dahulu, Mahathir Mohamad melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah memasukkan satu nilai dan budaya baru dalam roh manusia Melayu.

Tiga puluh tahun sebelum hari ini, manusia Melayu adalah manusia pertanian. Ekonomi Melayu adalah ekonomi pertanian. Justeru, nilai yang dilahirkan oleh manusia Melayu ketika itu menggambarkan sopan santun dan damai mesra masyarakat pertanian.

Apabila DEB diperkenalkan, dasar ini menolak manusia Melayu ke satu dunia dan alam yang baru – alam jual beli atau alam perniagaan. Pada tahun tahun 70-an, manusia Melayu telah digalakkan datang berhijrah ke bandar dan kota. Dari kampung yang permai, manusia Melayu telah mula memasuki pekan dan bandar yang adat budayanya amat berbeza.

Perubahan yang dibawa oleh DEB ini bukan satu perubahan yang perlahan lahan, bukan evolusi. DEB ini telah mengheret dan memaksa manusia Melayu untuk menerima satu nilai dan budaya yang baru. Justeru, roh manusia Melayu ini pada tahun-tahun 90-an dahulu telah dipopularkan sebagai roh Melayu baru. Ini adalah garis pisah antara Melayu pertanian dengan Melayu peniagaan.

Sistem ekonomi yang dimunculkan oleh DEB pada asasnya ialah ekonomi sistem kapitalis. Tetapi dengan United Malays National Organisation, sistem kapitalis ini telah diubahsuai. Sistem kapitalisme ini tidak lagi menjadi satu perniagaan bebas, tetapi kapitalisme kroni. Kapitalisme jenis ini telah memilih anak bini kawan dan sahabat menjadi rakan niaga untuk menerima dana dan kontrek dari kerjaaan. Kapitalisma kroni inilah yang selama ini bertanggung jawab melahirkan satu nilai baru kepada manusia Melayu.

Asas nilai baru yang sedang dianjurkan oleh United Malays National Organisation ialah mengumpul pangkat, darjat, harta dan kekayaan. Tamak dan haloba dianggap nilai yang baik dalam budaya niaga.

Mementingkan kontrak dan tender

Hari ini jati diri Melayu - siapa Melayu, apa kepercayaan manusia Melayu, apa agama manusia Melayu – semuanya telah didifinasikan oleh United Malay National Organisation. Semua pengtakrifan baik dan buruk sedang dimonopoli oleh United Malays National Organisation.

Naratif yang berbeza dari apa yang diajar oleh United Malays National Organisation akan dianggap salah atau akan termasuk ke dalam bab ajaran sesat. Ajaran agama Islam juga telah didifinasi oleh United Malays National Organistation. Halal haram, baik dan buruk bukan lagi dirujuk melalui kitab kitab suci, tetapi melalui 'juruheboh' dan jurucakap agama yang dilantik oleh United Malays National Organistion.

Tidak dibenarkan, malah dilarang dan diharamkan apa sahaja naratif yang berlainan dari cerita yang dimulutkan oleh penyokong United Malays National Organistion. Kebenaran kini, telah dan sedang dimonopoli oleh United Malays National Organistion.

Rasuah yang pada satu ketika dahulu tidak ditemui atau berani menyerang masyarakat pertanian kini telah menjadi satu jalur budaya Melayu. Rasuah kini dilihat sebagai ciri budaya untuk menjalankan apa sahaja bentuk perniagaan. Malah kaum pemodal dan orang berniaga kini telah menerima pakai budaya rasuah. Dalam perhitungan jual beli, mereka telah menyediakan belanjawan khusus untuk merasuah sesiapa yang patut dirasuah – dari budak pejabat hingga ke ketua pegawai eksekutif (CEO).

Nilai Melayu baru ini tidak berhenti di tahap rasuah sahaja. Satu contoh klasik: Lebih dari satu dekad dahulu ada satu kes di mana seorang ketua menteri dikaitkan dengan anak sekolah bawah umur yang hamil. Kes ini menjadi heboh. Tetapi dengan nilai Melayu baru, kes 'rogol bawah umur' ini tidak mendatangkan mudarat kepada si perogol.

Manusia Melayu yang menganuti nilai baru ini telah tidak menyatakan rasa mual, benci atau merasa bersalah kerana kes rogol anak bawah umur telah dikaitkan dengan seorang ketua menteri. Nilai baru yang dihayati oleh manusia Melayu ini lebih mementingkan kontrak dan tender yang akan diperolehi daripada mementingkan salah atau benar seorang budak bawah umur yang dirogol.

Ketika tulisan ini ditulis, satu lagi kes rogol sedang heboh dan rancak dibincangkan dalam laman sesawang. Telah diperkatakan bahawa seorang menteri kanan dalam pentabiran Abdullah Badawi dahulu dikatakan terlibat merogol seorang pembantu rumah dari Indonesia.

Sama ada kes ini sahih atau tidak, bukan persoalannya. Apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana manusia Melayu baru ini telah menjadi lali. Mereka tidak lagi teperanjat apabila membaca berita ini. Malah mereka tidak hairan yang berita ini telah tenggelam timbul selama dua tahun.

Nilai salah dan benar

Rasuah, rogol dan tipu ini telah menjadi satu yang lumrah. Ini kerana, ia sering berlaku atau dilakukan oleh mereka duduk di puncak kuasa, maka orang awam kini telah mula menerima perkara ini sebagai jalur nilai dan budaya Melayu.

Mari kita lihat satu lagi kes klasik yang telah membuktikan lonjakan perubahan nilai manusia Melayu ini. Kes yang dimaksudkan ini ialah kes pembunuhan model dari Mongolia. Dari apa yang umum baca, dengar dan lihat - ketika kes ini dibicarakan - umum telah tahu tentang kawan baik kepada Najib Razak (ketika itu timbalan perdana menteri) telah dituduh bersubahat dalam pembunuhan ini.

Malah dari apa yang umum diberitahu, mengikut laporan mahkamah Najib Razak bukan hanya kawan kepada orang yang tertuduh. Dari mulut saksi, perbicaraan umum telah diberitahu bahawa model yang dibunuh ini telah bertemu dengan Najib Razak di Paris. Malah melalui satu akuan bersumpah umum juga telah diberitahu yang Najib Razak ini adalah bekas kekasih model yang terbunuh. Najib bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Persoalan yang timbul di sini, bukan siapa yang membunuh. Atau siapa yang memberi arahan agar model ini dbunuh. Bukan ini yang ingin dibincangkan. Apa yang ingin ditimbulkan ialah bagaimana tiga juta manusia Melayu yang menjadi ahli United Malays National Organisation telah menjadi lali dan tuli bila berhadapan dengan kes pembunuhan model dari Mongolia ini.

Ketulian dan kelalian perasaan tiga juta ahli parti United Malays National Organisation ini terjadi kerana mereka telah menerima dan menghayati nilai dan budaya baru. Tiga juta manusia Melayu ini kini hanya boleh melihat melihat kontrak dan tender. Mata dan jiwa mereka tidak berupaya lagi melarikan diri dari kuasa, pangkat dan harta benda.

Jalur nilai baru ini tidak memiliki nilai salah dan benar. Malah salah dan benar telah pun ditakrif oleh juruheboh dan 'juruagama' United Malays National Organisation. Apabila juruheboh dan juruagama mengatakan Najib Razak ini suci dan bersih, maka tiga juta manusia Melayu ini juga akan mengangguk menerima perkara ini umpama wahyu.

Nilai baru ini menjadi amat merbahaya kerana sesiapa yang menghayati nilai ini tidak lagi ada keupayaan untuk menilai mana yang salah dan mana yang betul. Kerana ramai yang sanggup menerima dan berkongsi dengan nilai ini maka mereka merasa selamat dan betul. Angka dan jumlah yang banyak menjadikan mereka merasa kebal.

Anjakan nilai manusia Melayu ini telah menjadi bagitu songsang. Dari manusia pertanian yang jujur dan bersopan santun kini manusia Melayu akan berkira-kira tentang untung rugi sebelum membuat apa-apa keputusan. Mereka tidak lagi menilai sesuatu dengan salah benar atau halal haram. Akhirnya, tiga juta manusia Melayu yang menjadi ahli United Malays National Organisations bukan hanya menganggap sosok Najib ini suci dan bersih malah Najib Razak ini telah diangkat dan dinobatkan untuk menjadi ketua mereka.

Inilah krisis yang sedang dihadapi oleh manusia Melayu – krisis nilai. Maka terpulang kepada manusia Melayu lain – yang bukan termasuk dalam kategori tiga juta ini - jika mereka masih memiliki nilai salah benar untuk bangun dan bersuara. Krisis nilai orang Melayu ini akan berpanjangan dan membawa mudarat yang amat sangat ke atas negara bangsa. Mudarat akan sampai jika ramai orang Melayu yang bersopan santun dan jujur tidak melakukan sesuatu.