Thursday, March 3, 2011

Bala keatas rakyat disebabkan Pemimpin

Pemimpin borek, rakyat Rintik

Dizaman Nabi SAW, Seorang bangsawan yahudi disabitkan kesalahan zina hanya dibayar denda tapi orang biasa dihukum dengan berat. Nabi SAW ' Bersabda" Umat dahulu binasa kerana hukuman golongan bangsawan lebih ringan dari orang biasa."
Dizaman Nabi SAW, Seorang bangsawan yahudi disabitkan kesalahan mencuri hanya dibayar denda je tapi orang biasa dihukum dengan berat. Nabi SAW ' Bersabda" Umat dahulu binasa kerana hukuman golongan bangsawan lebih ringan dari orang biasa."
Segala jenayah yang berlaku di Malaysia ini dimulakan oleh ahli politik dan kerajaan, Ahli politik dan kerajaan buat jenayah tanpa ditangkap dan bicara menyebabkan hati rakyat terbuka membuat jenayah.
Dari tafsiran di atas , Allah membinasakan bangsa tidak menyebut ugama dengan cara menimbulkan sikap tidak takut membuat jenayah dikalangan rakyat walupun rakyat ugama islam.
Hukuman Perasuah dikalangan pemerintah tidak sama dikalangan rakyat menyebabkan rasuah menjadi budaya dikalangan rakyat
Hukuman Pencuri dikalangan pemerintah tidak sama dikalangan rakyat menyebabkan banyak kejadian curi/rompak, ragut boleh dikatakan setiap hari hingga polis tidak boleh membuat tindakkan apa-apa
Hukuman pembunuh dikalangan pemerintah tidak sama dikalangan rakyat menjadi pembunuhan setiap hari dari kanak-kanak hingga ke orang tua dan kebanyakan pembunuh terdiri dari orang melayu dan mangsa orang melayu
Hukuman perogol dikalangan pemerintah tidak sama dikalangan rakyat menyebabkan kejadian rogol sentiasa berlaku
Hukuman atas kesalahan dalam undang-undang dikalangan pemerintah tidak sama dikalangan rakyat.
Saolah-olah menjadi bala dimana kebapenyakan penjenyah tidak dapat ditangkap dari jenyah kecil hingga jenayah besar
Bermacam-macam cara untuk mengurangkan jenayah tapi tidak ada jalan penyelesaian. Adakah ALLAH menutup hijab sehingga tidak ada ilham dikalangan polis menangkap penjenayah disebabkan hukuman tidak sama antara pemerintah atau rakyat.

Dinegara Jiran singapura. Rakyat dan pelancung takut membuang sampah merata-merata, Denda yang dikenakan ada saperti di Malaysia dan punguatkuasa ada saperti di Malaysia, tapi kenapa takut, adakah ALLAH timbul sifat gerun dikalangan penduduk dan pelancung kerana dikalangan pemerintah tidak membuang sampah merata-rata.
Saperti di Negara Jepun, adik saya pergi ke Jepun. Ia berkata, pernah nampak pelancung membuang sampah, Kebetulan saorang rakyat jepun lalu disitu mengutip sampah dan membuang ke tong sampah. Ada kah Allah myemaikan sifat kebersihan dikalangan rakyat Jepun kerana Pemimpin mengamalkan Sifat kebersihan.
Membunuh diri menjadi biasa dikalangan rakyat jepun kerana mempertahankan Negara adalah disebabkan pembunuhan diri berlaku dikalangan pemerintah.
Nabi SAW pernah bersabda hendaklah kamu menyuruh membuat kebaikan dan mencegah membuat kemungkaran sebelum tiba satu zaman dimana ALLAH tidak turun rahmat kepada kamu, jika kamu berdoa,doa kamu tidak dimakbulkan,jika kamu minta tolong, ALLAH tidak menolong kamu. kita sudah di sampai zaman yang Nabi Maksudkan, adakah kita akan terus begini.

No comments:

Post a Comment