Saturday, December 10, 2022

Dengki

Orang dengki ,Cipta satu  fitnah, tak berjaya, cipta fitnah lain dan seterusnya buat perancangan jahat antara gengnya .kedengkian nampak jelas jika lebih dari satu fitnah. Mereka juga cipta satu fitnah dan rekaan cerita karut musuh politiknya dan menyebarkan cerita ini menyebabkan orang dengar atau baca cerita ini percaya dan ditanam dalam otaknya malahan  dibrainwash dgn disetkan dalam otaknya satu fahaman pemikiran musuh politiknya jahat,teruk walaupun tiada bukti yang jelas 

Diapi apikan orang dapat habuan dan rasuah.Senang je nak kenal, masuk media sosial dgn cakap merapu tanpa asas dan bukti,buat andaian dan ramalan melalut , bila kalah berhujah, labelkan dgn nama buruk. Yang pelik ada yang sokong dan percaya sebab dah taksub. Betul la kata ulama dulu, bila dah taksub menjadi dungu ,percaya 100% walaupun melalut dan tak masuk akal.fakta.Orang ini merasa jiwa tenang bila idea dungunya mendapat sokongan  dan pujian tapi memberontak jiwanya bila idea dungunya mendapat bangkangan dan dijawab dengan jawapan mengalih isu, melalut dan mencarut. Niatnya bukan mencari kebenaran tapi nak menang.  Mereka mencari kelemahan musuh politiknya dan membesarkan isu sebab mereka sangka dirinya sempurna tidak pernah melakukan kesalahan.

Disebarkan oleh orang bodoh. Percaya sesuatu isu perkara tanpa menyelidik dan menyebarkan pada orang lain.(tanpa tabayun). Mereka mengaku beriman tapi tindakan macam orang tidak beriman.Spt dalam ayat dibawah salah satu tanda orang beriman

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

 Cukuplah bagi seseorang itu digelar pendusta apabila menceritakan semua yang didengarinya (tanpa tabayyun).  Mereka buat tak kisah,tidak merasa menyesal,tidak bertaubat dan memohon maaf pada orang yang difitnahkan, bila tahu berita itu palsu. Sebab hati mereka dah keras. Yang pelik mereka ni juara dalam sambutan maulidurasul tapi anti sunah nabi saw. Sunah nabi bila dapat maklumat isu berkenaan sesorang , nabi akan siasat dan minta kepastian iatu tanya orang berkenaan samaada betul apa yang ia dengar. Nabi saw akan menasihati jika benar apa yang ia dengar.

Dipercayai dan dilaksanakan oleh orang dungu. Maka melekat kepercayaan karut musuh politiknya dalam pemikiran  orang dungu.Kepercayaan dan fahaman  yang dah terlekat dalam otak mereka mejadikan kayu ukur  untuk menilai apa apa isu dan pandangan yang diterima. Jika apa apa perkara lain atau bukti lain atau isu lain yang menyanggah kepercayaannya akan dibangkang walaupun ternyata benar. Mereka akan menyokong bulat bulat perkara atau isu  kepercayaannya yang sealiran dalam pemikirannya walaupun karut,melalut  dan fitnah. Mereka jadi taksub pada parti sokongannya. Orang cerdik bila dah taksub bertukar jadi dungu dan mendungukan dirinya. Orang dungu ni bila kalah behujah dan tak bolih lawan hujah maka  mereka akan balas dgn emosi,mengutuk ,melalut  mencarut dan melabelkan dgn nama yang buruk.Orang taksub ni pakar spin fakta jadi macam auta, spin auta jadi macam fakta.Orang dungu merasa jiwa tenang bila idea dungunya mendapat sokongan  dan pujian tapi memberontak jiwanya bila idea dungunya mendapat bangkangan. Niatnya bukan cari kebenaran tapi nak menang. Jenis mereka ini tak bolih terima nasihat orang dan memusuhi orang yang menasihatnya.

Menambahkan sakithati orang yang berdendam sebab tak dapat projek,tak dapat habuan dan tidak dapat apa yang sepatutnya ia dapat atau termakan hasutan orang dengki . Pendendam ini mengeluarkan dan mewarwarkan isu lama. Dendamnya bertambah bila cakapnya,tulisannya dibantah dgn menjawab atau melalut balas balik dgn beremosi sebab niatnya nak menang bukan mendapat kebenaran. Orang ini tak perlu dilayan sebab setan dah berada dalam dirinya saperti yang sabda nabi saw. Bahawasanya jika kamu mengata sesuatu dan orang itu membalas balik dgn kata keji,dan caci. Maka jauhilahnya. Sebab setan dah bersarang dalam diri.

Baginda bersabda: "Dua orang yang saling mencaci adalah dua syaitan yang saling merendahkan dan saling berkata-kata dusta." (HR Ahmad No: 16836) Status: Hadis Sahih

Dan menguntungkan pemimpin rakus dan tamak kuasa, mereka ini untung sebab tak perlu buat apa apa kerja , hanya cipta isu dan fitnah , goyong kaki sebab pemfinah,orang dapat habuan,orang dungu dan orang bodoh sukarela sokong  untuknya. Mereka sokong gila Orang ini cakap  walaupun melalut.

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam

Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahwa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka? (47:29)

Dan kalau Kami kehendaki, Niscaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya  melalui pecakapan,tulisan dan berbuatan) . Dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu  (47 :30)

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sesat,atau disesat, gelincir atau digelincirkan, dizalimkan, atau menzalimkan orang lain atau jahil atau memperbodohkan diri.  Aaamiiin 

Hadis Abu Daud 5094



Thursday, December 8, 2022

Text kutbah tiada alquran dan hadis

  Majlis Fatwa Negeri Sembilan iaitu bilangan (2) pada tahun 2016 menyebutkan umat Islam di negeri ini hendaklah berpegang teguh dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dihimpunkan oleh al-Imam Abu al-Hasan alAsh’ari dan al-Imam Abu Mansur al-Maturidi. Manakala hukum hakam feqah hendaklah berdasarkan empat mazhab yang utama dan dalam amalan tasawwuf pula berdasarkan manhaj ulama sufi yang berwibawa seperti al-Imam Junaid al-Baghdadi dan al-Imam al-Ghazali.

Tek kutbah tidak memasukan alquran dan hadis sebagai sumber utama sebagai panduan.

Terima kasih pihak masjid forward text kutbah.

Pandangan saya 

Dari ayat dalam kuthbah ranking utama saperti dibawah:-

1.Kitab dihimpun al-Imam Abu al-Hasan alAsh’ari dan al-Imam Abu Mansur al-Maturidi. 

2. Hukum hakam feqah empat mazhab

3 Tasawuf Junaid al-Baghdadi dan al-Imam al-Ghazali.


Persoalan 

A.Alquran dan hadis tidak disebut,tiada dalam ranking sebagai rujukan utama.

B.adakah kitab no 1 hingga no 3 sebagai rujukan utama tanpa memerlukan alquran dan hadis.?

C. Adakah kitab buatan manusia tidak ada kelemahan dan terpelihara dari diubah suai mengikut kehendak manusia spt taurat dan injil.

D. kitab ini bersesuian pada zaman ia dibuat ,adakah kitab ini bersesuian dengan peredaran zaman.? Mungkin berubah sedikit mengikut peredaran zaman.

E. Marah bila orang mengenepikan alquran dan hadis dan dianggap kafir. Tapi tanpa disedari secara halus mengenepikan alquran dan hadis melalui kutbah.

F. Adakah isi kandungan kitab kitab diatas lengkap dan sempurna meliputi setiap ayat dan surah dalam alquran.

Kandungan dalam kitab  dijuzuk , dikategori  dalam tajuk tajuk tertentu yang ditulis oleh ulama diatas dan memasukan  petikan alquran dan hadis untuk mengukuh hujah.

Jika ada Tafsiran alquran ulama diatas mengikut masa,kebudayaan,cara hidup masa itu dan mungkin bolih berubah pada masa sekarang. Mungkin tiada tafsiran atau  tafsiran salah sebab tidak dijumpai semasa itu dan baru dijumpai sekarang saperti cakerawala,bintang ( Surah At-Taariq:1-3), kejadian pertemuan dua lautan(ar rahman;10 ), kisah mumi firaun (yunus:92 ). 

G.Adakah isi kandungan kitab kitab diatas lengkap dan sempurna meliputi sunah dan hadis.

H. Adakah kitab diatas digunakan seluruh dunia sebagai panduan dan mereka tidak mengunakan kitab lain dari disebut diatas.

I. Mungkin padangan ulama sakarang mengenepikan alquran dan hadis untuk menjuruskan pemikiran mengikut aliran kitab diatas mengelakan percanggahan pendapat jika mengunakan alquran dan hadis sebagai rujukan utama.Ini tidak ada sikap keterbukaan dalam ilmu pengetahuan.

J "menyebutkan umat Islam di negeri ini hendaklah berpegang teguh dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dihimpunkan oleh ..." maknanya terima tanpa bangkang dan soal. Seolah oleh kitab diatas lebih diutama dari alquran dan hadis


Mungkin ini nampak remeh pada pandangan orang tapi kesannya melibatkan masyarakat dan generasi dimana alquran dan hadis secara tanpa disedari  dilenyapkan dalam fikiran dan kehidupan orang islam . Dan mungkin ujud golongan yang berpendapatan tak perlu alquran dan hadis sebab kitab no 1,2,3 sudah lebih dari cukup.

Sebagai contoh pokok, alquran dan hadis ibarat akar dan  batang. Tafsiran,pendapat ulama pelbagai sebagai dahan,ranting,daun,bunga dan buah.   Dahan,ranting,daun,bunga dan buah tidak bolih hidup tanpa batang dan akar. 

Cadangan saya ayat yang ada dalam text kutbah diolah supaya alquran dan hadis sumber rujukan dan ilmu utama diikuti oleh kitab yang lain. 



Friday, December 2, 2022

Menaikan ekport dan menurunkan import

 Ekonomi kukuh dengan menaikan ekport dan menurunkan import secara langsung memasukan wang dalam negara dan bolih mengukuhkan wang negara. Sekurang kurangnya nisbah export dan import  70%  export dan 30% import.

Perancangan dan tindakan serampang dua mata mengurangkan import dan menambahkan export dengan membuat projek hasil tani.

Negara malaysia mempunyai tanah yang subur tapi kosong tanpa diusahakan. Kadang kadang terfikir ayat alquran, jika kamu bersyukur kami tambah nikmat, jika kamu kufur azab kami amat pedih.

Besyukur bukan saja ucap syukur malahan mengunakan nikmat allah beri sebaikbaiknya spt mengusahakannya.

Contoh Projek lembu katakan budget RM250 juta.

Katakan setiap penternak mendapat RM100,000 maka bolih menjayakan 2,500 penternak yang sedia ada d 70% dan pentenak baru 30%

Jika diberi peruntukan setiap negeri 200 penternak.

Dengan sumbangan  RM100,000 katakan 70% beli anak lembu dan 30% belanja lain spt kandang, air, dan,makanan dan upah pekerja. Maka dengan harga anak lembu RM300 bolih menternak 200 ekor anak lembu setiap penternak dan menghasilkan 200×2,500 iaitu 500,00 ekor lembu dalam masa 2 tahun.  Beri anak lembu bukan duit. Tidak digalaklan menubuh  syarikat sebab nisbah hasil dan kos rendah dengan kos pengurusan yang tak perlu .

Kerajaan buat perancangan export dan jalan cara dan negara dan berbicang dengan MITI dan kementerian luar sekurang 10%  pada tahun pertama hasil sebagai asas untuk export seterusnya jika berlebihan, pemantauan.

Begitu juga projek ternakan lain spt ayam,itek,kambing,ikan dlll

Projek ternak ayam dan itik, digalakan penternak ayam secara kecilan dikampung diberi 10-20 ekor anak ayam kepada penduduk yang sediaada membela ayam dan yang dah ada kemudahan bela ayam dpt reban atau pagar. Kursus ringkas perlu di beri melalui jabatan pertanian dengan kerjasama jkkk,penghulu dan masjid di dewan serbaguna dan bangunan KEMAS kampung.

Kerajaan buat perancangan export dan jalan cara dan negara dan berbicang dengan MITI dan kementerian luar sekurang 10% pada tahun pertama hasil sebagai asas untuk export seterusnya jika berlebihan dan  pemantauan dari beri sumbangan hingga pengeksportan melalui komputer

Harga makanan ternakan melambung disebabkan import. Sementara mengunakan makanan import Kerajaan dengan bantuan jabatan pertanian, MARDI UPM membuat penyelidikan dan membuat kilang memproses makanan ternakan setiap zon.

Makanan ternakan kambing dan lembu berasaskan rumput  lalang,daun  kelapa,pokok pisang. Rumput dan lalang  sepanjang tepi jalan kawasan  kena potong oleh majlis penbandaran setiap dua minggu atau tingga minggu, rumput dan lalang yang dah dipotong dihantar ketempat pemprosesan makanan ternakan menukar kpd palet makanan. Tak perlu kilang yang besar memadai dibuat dikawasan rumah dikampung dgn mengunakan mesin pemprosesas sebesar mesin perah kelapa iaitu feed making machine yang bolih dibeli di negara cina.



Pertanian

Sepanjang jalan dari kampung ke bandar banyak tanah kosong yang ditumbuhi lalang ,rumput dan belukar.

Dicadangkan jabatan pertanian melalui ketua kampung,penghulu, mengkaji tanaman yang sesussi untuk kegunaan harian dan lebihnya diposess dan diexport mentah atau diperoses spt kelapa, serai,cili,keladi,keledek,kentang ,jagung pisang ,buah buahan yang ada potensi export dan lain lain tanaman kontang.

Sekarang ini sepanjang jalan kiri dan kanan dibawah seliaan majlis perbandaran dan rezab majlis dan rezab jalan ditanam tanaman yang tidak ada hasil yang diguna. Dicadangkan menanam tananam yang mendatangkan hasil spt cili, serai,kunyit, sawi, bayam, pokok buah buahan, kelapa(jauh sedikit dari jalan raya) dll. Hasilnya ssmaada majlis uruskan untuk jualan atau sesiapa bolih ambil samaada kegunaan sendiri atau jual.

Jadikan budaya, rakyat membuang atau menanam  biji buah buahan ditanah kosong ,belukar, hutan salepas memakan buahnya. Tanpa memperdulikan tanah kepunyaaan siapa.

Urusan jualan dan export melalui jabatan kerajaan dengan berbincang orang /syarikat yang dah ada pengalaman terus memguruskan pengedaran dalam negara dan export. 

Kartel, import berbincang dengannya atau ambil pekerja dalam urusan export jika berlebihan. Kartel walupun jahat tapi ia ada pengalaman urusan perniagaan dan mempunyai asset dalam urusan import dan export. 

Rancangan Jangka panjang , mengalakan anak petani dan nelayan mengambil bidang sains pertanian ,perikanan atau berkaitan dengan kerjaya ibubapanya  di kolej atau universiti untuk kesinambungan kerja ibu bapanya.

Dan juga mengutamakan kemasukan universiti putra bidang pertanian dan peternakan dimana ibubapanya mempunyai tanah sekurang kurang 1 ekar supaya lepasan universiti bidang ini tidak menganggur sebab tidak ada tanah yang hendak diusahakan.