Tuesday, June 7, 2022

Hadis melayu- dosa fitnah/mengumpat

 Bila keluar kenyataan keburukan menteri/vvip rasuah,salahguna kuasa ,pecah amanah harta negara dan harta rakyat yg ia sokong  keluarlah kenyataan

Tidak baik memfitnah dan mengumpat berdosa. Dosanya antara ia dengan allah.

Bila keluar hadis melayu maka termansuhlah ayat quran saperti dibawah dalam fikiran mereka.

1. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.


(A-li'Imraan 3:104) | <

2.Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.

(A-li'Imraan 3:114) |

3.Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

(Al-Hajj 22:41)

3. Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.


(At-Taubah 9:67)

Perbezaan fitnah dan kebenaran

 Kebenaran

1. Ada bukti

Contoh

Kes songlap wang rakyat.

a. Penyata bank dengan sejarah transaksi ,masa, tarikh jumlah wang.dari akaun bank yg dia soglap ke akaun bank peribadinya spt kes felda,1MDB, FIDLOT..yayasan akal budi.

b. Sejarah transaksi dari akaun banknya selepas dari masuk dlm akaun bank ia soglap bila harta harga yg banyak spt kes fidlot beli kondo di singapura.

c. Kenyataan pegawai bank yg terlibat pengurusan cek dan hitam putih dokumen yang telah ditatangani oleh orang yg songlap.

d, dokumen ,minute meeting pertukaran status tanah dari rezab melayu ke awam .


2. Tidak bercanggahan antara bukti bukti lain. 

Tiada percangahan antara penyata bank ke penyata bank lain dan dokument lain  yg terlibat urusniaga yg sama.

3. Bukti bolih dikukuhkan dari sumber maklumat lain spt luar negara..

Kes 1md sumber pembelian hartanah,saham, barang berjenama  luar negara berkaitan 

Kes perpindahanwang secara besar dilondon oleh bekas mb negeri sembilan mempunyai rekod di bank dan hartanah dilondon.

Kes beli kondo disingapore pengunaan wang projek lembu.


Fitnah

1,Tiada bukti

2. Jika ada bukti, tapi bercanggahan antara satu dengan lain.

3. Tiada pengukuhan dari sumber maklumat lain iaitu dari luar negara

Mengumpat yg tidak dibenarkan


Keburukan diri yang ia tidak sukai yg mana tidak menyusahkan dan memudaratkan orang lain

Saperti.

keretanya buruk,dalam rumahnya berbau busuk,anaknya bodoh,masakannya tak sedap,mukanya hodoh,pemalas,meyusahkan orang tuanya, tak  beri duit pada ibubapanya, suami malas makan hasil isteri lepak dikedai kopi pagi hingga petang, habis rebung,pucuk paku disungai dikebasnya dan meyebutnamanya dengan mengambarkan siapa orangnya hingga yang dengar menjadi tahu/kenal siapa orannhya.

Mengumpat yang dibenarkan

Imam al-Nawawi sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitabnya. Mengumpat yang dibenarkan dengan tujuan yang sahih dan syar’i yang mana tidak akan dikecapi melainkan dengannya, terdapat enam jenis:



Mengumpat yg dibenarkan melibatkan masalah dan kesusahan orang ramai dan rakyat

Membuat aduan apabila dizalimi kepada sultan atau hakim.

Membantu dalam menentang perkara yang munkar dengan tujuan mengembalikan pelaku maksiat ke jalan yang benar.

Menceritakan kepada mufti bagi tujuan fatwa.

Mencegah umat Islam daripada sesuatu keburukan serta menasihati mereka seperti mereka mengambil ilmu daripada bukan ahlinya.

Menceritakan perihal orang yang melakukan dosa secara terang-terangan.

Menyebut sesuatu sifat yang telah makruf (diketahui) kepada diri seseorang itu seperti bisu atau buta dan sebagainya. Akan tetapi, jika mampu memanggilnya dengan panggilan yang lain adalah lebih baik dan haram memanggil panggilan-panggilan tersebut dengan niat menghina.

 Untuk itu, keenam perkara ini dinyatakan oleh para ulama dan sebahagian besarnya disepakati akannya. Adapun, kesemua ini datang daripada dalil-dalil atau hadith-hadith yang sahih lagi masyhur. [Lihat: Riyadh al-Solihin, 432-433]

Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi di dalam kitabnya ada juga menyebut jenis-jenis mengumpat yang dibenarkan oleh syarak sama seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi di atas. [Lihat: Mukhtasar Minhaj al-Qasidin, 172-173]

Peragai orang sekarang memilih mengumpat yg tidak dibenarkan dibudayakan dan mengumpat yg dibenarkan dihalangkan lebih lebih lagi melibatkan ketua ,pemimpin politiknya yang ternyata rasuah,salahguna kuass,pecah amanah harta negara dan harta rakyat dan menteri besarnya melenyapkan tanah rezab melayu


Dengan ada hadis melayu ni secara tak lansung mengangap nabi pun mengumpat sahabatnya mencerita kisah kesilapan kelemahan  sahabat saperti umar ,saklabah,amru bin ash, ibnu umar ,Saidina ali, abu bakar dan lain dan juga menuduh mengumpat kepada  orang yang menceritakan kisah mereka dari zaman nabi hingga  sekarang yang disampaikan olih perawi hadis dan ulama.
Dengan ada hadis ini allah pun dituduh dosa yang tertulis dalam alquran mengumpat nabi yunus lari dari dakwah, adik beradik nabi yusuf, kisah anak nabi lut dan nabi noh.