Friday, July 7, 2023

Dendang lagu salahkan DAP

 Lagu DAP fobia

DAP jadi pembangkang, salah
DAP jadi kerajaan, salah
DAP 4 orang menteri,salah
DAP sokong  PM7, salah
DAP sokong PM10,salah
DAP sokong PAS, salah
DAP sokong Tun M,salah
DAP sokong UMNO/BN,salah
DAP sokong perlembagaan ,salah
DAP ada ahli melayu,salah
DAP tolong menyelamatkan maruah perempuan melayu yang dihina oleh pemimpin melayu,  salah
DAP menang pilihan raya ,salah
DAP setuju jumpa muhydin selepas muhydin  keluar umno ,salah
DAP bantu muhydin menang dipagoh ,salah
DAP 7 orang menteri , Salah
Bila dah benci/tak suka pengadilan berasaskan emosi bukan fakta dan kebenaran.
Kesian DAP

 Wahai Tuhanku, Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

(Al-Hujuraat 49:11) | 

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

(Al-Maaidah 5:8)

No comments:

Post a Comment