Thursday, October 19, 2023

Mempertahan Maruah Saudara Muslim

 Mempertahan Maruah Saudara Muslim


Sesiapa yang mempertahankan maruah saudaranya semasa berjauhan, menjadi hak Allah untuk membebaskannya daripada neraka. [HR al-Tirmizi 1931, Sahih]


Sesiapa yang mempertahankan seorang mukmin daripada keburukan seorang munafiq, Allah akan mengutus untuknya satu malaikat yang akan melindungi dagingnya daripada api neraka Jahannam pada hari kiamat. Sesiapa yang menuduh seorang muslim dengan sesuatu tuduhan dengan tujuan memburuk-burukkannya, Allah akan menghalangnya di atas jambatan neraka Jahannam sehinggalah dia keluar daripada tuduhannya itu. [HR Abu Daud 4883, Hassan]

Wahai sekalian manusia yang mendakwa beriman dengan lidahnya, namun iman tidak masuk ke dalam hatinya, jangan kamu menyakiti kaum muslimin, jangan kamu mengaib dan mencari-cari keaiban mereka.

Sesiapa yang mencari-cari keaiban kaum muslimin, maka Allah akan mencari keaibannya. Sesiapa yang Allah cari keaibannya, maka Allah akan mendedahnya sekalipun di rumahnya.” [HR at-Tirmizi].

Yakni jika kita dedah rahsia orang, rahsia kita pun akan didedahkan orang juga.

No comments:

Post a Comment