Monday, March 27, 2023

Mata lalat dan mata lebah

 Tanggapan dan sangkaan .

Sebelum buat tangkapan dan sangkaan , tanya dirinya dulu adakah berfikiran adil dan terbuka, jika ia cenderung memenangkan kumpulan tertentu dan membenci kumpulan lain. Pandanganya akan menuju kebencian kearah kumpulan tertentu.

Pandangannya akan menjadi mata lalat iaitu mencari salah/keburukan kumpulan tertentu aje tanpa melihat kebaikan. Lalat akan menyebarkan keburukan pada lalat lain supaya datang kawasan kotor yang dijumpai.Orang yang bermata lalat akan meyebarkan keburukan orang /kumpulan tertentu supaya percaya dan mengikutnya.

Orang bermata lalat anggap dirinya perfect dan kumpulan yang dimusuhi tidak perfect.

Orang bermata lalat tidak nampak kebaikan kumpulan yang ia tidak suka

Orang bermata lalat menceritakan keburukan saja orang /kumpulan yang ia tidak tidak suka dan mengenepikan kebaikan.

Orang bermata lalat tidak bolih membezakan kelemahan/keburukan dengan kejahatan.

Orang bermata lalat tidak ada cadangan penyelesaian menambahbaikan kelemahan.

Jadilah mata lebah mencari kebaikan dan meyebarkan kebaikan pada orang lain

No comments:

Post a Comment